Home » » Jadilah pembeli yang bijak

Jadilah pembeli yang bijak

EmpayarUtama - Tuesday, July 26, 2011 : 20 comments

Maap bebanyak sebab agak lama tak update blog (lama ke?). Kan aku dah kata aku ni part time je jadi susah sikitle nak update selalu. Tapi kali ni aku nak kongsi satu benda yang agak penting juga buat semua.

Ini bukan kad raya tapi biasalah dah dekat nak puasa; promosi sempena Raya memang berlambak. Tak kisahle
apa barangpun semua ada promosi dah. Nuffnang pun dah mula bukak iklan Samsung. Jadi kat sini aku ambik satu contoh - barangan elektrik berupa TV LCD oleh SHARP dan aku pilih satu model seperti kat bawah ya:
Semalam aku sempat ronda-ronda dan tanya kat kedai yang aku singgah. Barangan elektrik ni boleh didapati kat Courts, Pasaraya dan kedai elektrik. Jadi aku pecahkan kepada tiga (3) bahagian utama: Courts; Pasaraya (aku ambik Jusco, Giant, OCEAN); kedai elektrik aku ambik LionMas, SenQ dan Khin Guan sebagai contoh. Kepada kedai-kedai yang tak berjaya jadi contoh kat sini nantilah aku buat entri lain kalau berkesempatan.

OK, untuk model yang aku bulatkan kat atas tu, SHARP tak letak harga jualannya. Jadi ikut suka kedai nak letak berapapun. Kita tengok satu-satu:

Tergezut bila sampai depan Courts sebab dah berkumandang lagu-lagu raya silih berganti. Puasa pun belum lagi bang. Hehe biarlah dia suka nak pasang.
Courts ni boleh beli tunai dan boleh beli secara ansuran. Kalau tunai harga dia RM2,299.00. Ansuran pulak terbahagi kepada dua. Satu untuk pemegang kad Home Club dan satu lagi bukan. Apa kelebihannya?

Kalau pemegang kad Home Club harganya runtuh jadi RM1,888.00 dan kena ikat minima 4 tahun maksima 5 tahun. Bukan pemegang kad pula cuma boleh ikat maksima 3 tahun. Dan biasanya tak payah bayar deposit untuk selama 3 bulan ikut promosi. Sebenarnya siapa saja pun boleh jadi pemegang kad tu, bayar aja sepuluh hinggit dapatle. Cuma satu aja; kalau mingguan kena bayar RM30.92; bulanan dekat RM124.00. Kira sendirilah berapa kena bayar untuk 3 tahun; dan seterusnya 5 tahun. Kadar faedahnya lebih 3%.

OK. Kita pegi pula ke pasaraya. Rata-rata pasaraya letak harga RM2,099.00 untuk model ini dan biasanya pasaraya akan bagi diskaun dalam 10% jadilah harganya tinggal RM1,899.00.
Kat pasaraya pun boleh buat pilihan sama ada nak beli tunai atau ansuran tau. Kalau bayar guna kad kredit biasanya maksimum setahun je boleh ikat (RM317.00/6 bulan; RM158.00/12 bulan). Kalau nak buat pinjaman melalui AEON kredit pulak; boleh ikat sampai 2 tahun (RM356.00/6 bulan; RM193.00/12 bulan; RM138.00/18 bulan dan RM111.00/24 bulan). Jadi kiralah sendiri berapa kadar faedah yang dikenakan tanpa dan melalui AEON.

Kita jengah pulak ke kedai elektrik:

SenQ buat tawaran RM1.00 je downpayment. Dan harga tunainya RM2,199.00.
Kalau nak bayar secara ansuran, masih ada dua pilihan juga. Sama ada ansuran setelah menjadi ahli SenQ Plus One atau tidak. Boleh bayar selama dua tahun setengah. Kalau rasa-rasa cam tak nak jadi ahli kelab; ansurannya RM378.00/6 bulan; RM205.00/12 bulan; RM118.00/24 bulan; dan RM101.00/30 bulan.

Tengok kat LionMas pulak. LoinMas ni banyak kat negeri Johor, boleh kata setiap daerah ada. Dia letak harga RM1,999.00 dan sebenarnya masih boleh tawar harga jika betul-betul nak beli tunai. Harga boleh potong lagi dua ratusle...
Kalau nak bayar secara ansuran; boleh ikat antara 6 bulan hingga dua tahun setengah. Kadar faedahnya 1.8% ikut harga asal. Kiralah sendiri berapa... Cam biasa AEON akan jadi penyumbang pinjaman.

Tengok satu lagi, kita jengah Khin Guan pulak aaa... Khin Guan punya harga tunai paling murah daaa... RM1,688.00 je. Nak hutang bayar ansuran pun oleh - AEON Credit lagi...
Aku tak boleh lama kat Khin Guan sebab dulu tekel amoi cantik kat situ tak dapat-dapat. Malu seyyy... hehehe.

Cerita pasal AEON ni, dia bukan bank yang keluarkan kredit kad tapi AEON ni jadi penyumbang terbesar setakat ni untuk pinjaman 'consumer'. Kena ambik ke?
Cerita pasal kad kredit pulak; yang sebenarnya ada dua kriteria kad kredit ni. Tengok kedai tu apa kredit kad yang diterima tanpa faedah. Maksudnya ada kredit kat yang diterima sebagai bayaran tunai dan pengguna kad tu kira berhutang kepada kad pulakla. Kalau kad kredit tu tak masuk senarai, kedai akan kenakan caj lagi 3%... Ikutle.
Sempena bulan puasa yang akan menjelma nanti, aku ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca muslim. Kalau nak beli barangan - perabot ke, barang elektrik ke; belilah tapi jadilah pembeli dan pengguna yang bijak...




20 Comments

20 comments:

  1. Assalam..
    Rajinnya buat perbandingan harga...
    Kalau rajin mmg boleh berjimat...

    ReplyDelete
  2. @ iza; makasih. Yg sebenarnya gi makan cendol depan courts tu, terdengar la pulak lagu-lagu raya. Tu yg masuk nengok-nengok...

    ReplyDelete
  3. Kedai mana yg bro tahu byr bulanan x melalui aeon.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgr cite courts skrg murah gila rege brg. paling murah 28sen. ye ke? sempena annivesary courts yg ke 28 kot. sbb tu kot bnyk nau iklan dlm paper

      Delete
    2. yeee! Said nampak gembira dgn kluarga die tu. Um psl promo tu, ak rs klau ko pegi laman ni http://www.courts.com.my/index.html (courts punye laman web) kat katalog diorg ade byk lg promo :)

      Delete
  4. hiye2 je. aku rasa tu bukan harga brg 28 sen tu. tu maybe kadar ansuran. patut la 28 sen.

    ReplyDelete
  5. Ada hari sambutan tertentu jadi hari promosi tapi barangan terpilih dan terhad. Untuk 2-3 hari promosi tersebut ramai akan beratur dan biasanya 100 pertama sahaja yang dapat. Itupun bukan barangan yang kita nak beli,

    Ini salah satu taktik promosi. Ramai datang dan barang promosi habis. Dah datang dari jauh masuk ajalah tengok-tengok mungkin 30% dari jumlah pengunjung itu akan beli barang lain, courts masih buat untung, kannnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. btol bos. strategi marketing katakan. mmg stiap kompeni ada cara pemasaran diorg sendiri kan. so depend kat kita je nak beli ke tak. hehe. nice opinion bos,

      Delete
  6. ni kalau murah confirm limited punya barang. tak nyempat eh nk dapat. sejak bila courts ada tunai? setau aku bayar ansuran je semua. sbb tu mahal

    ReplyDelete
  7. elokle. dh lame2 tu tingkatkan le servis. biar smua org puas ati. huhu

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. ye ke rip? aku tgk mkin brkembang besar ada la. ari tu ada pg kt courts setapak yg baru bukak. makin maju. mewah gila nampak.

      Delete
    2. courts setapak tu bukan baru. cuma pembukaan semula. hehe. tp memang, aku pegi time weekend, mmg bnyk brg2 jual murah2 kt courts setapak. sempat jugak la sambar sebijik dua brg2 letrik. hehe

      Delete
  9. weekend cash deal le tu. mmg. kt courts kalau ujung mnggu mmg ramai org. sbb bnyk brg dijual murah. aku perati je kalau kt courts usj dgn sri damansara. tiap2 mnggu ada sale.

    ReplyDelete
  10. mana lg jimat n berbaloi, bli cash ke ansuran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat courts dua2 jimat. kau bli cash pon ada diskaun, bli ansuran pon ada diskaun. terpulang pd pembeli

      Delete
  11. dgrnya courts sri serdang wat anniversary. brg2 kt stu djual start dari harga seringgit. start 28hb ogos smpai 10 september

    ReplyDelete
    Replies
    1. peh biar btul? aku br tau ni hehe. kna bgtau org umah ni, boleh g cr brg2 baru letak kt umah. gaji pon dh masuk. mana tau dpt bli dgn harga rm1. sepuluh barang baru rm10

      Delete
  12. Courts ni pada fikiran saya adalah satu kedai consumer (pengguna) yang membolehkan masyarakat berpendapatan peringkat pertengahan mampu miliki barangan yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Maksudnya pada peringkat gaji/pendapatan yang tak berapa rendah dan tak berapa tinggi mereka tetap boleh dapat barangan ikut trend terkini.

    Sebab itu Courts ada buat tawaran beli tunai; bayar mingguan; bulanan; atau ikut kesesuaian pengguna supaya tidak rasa terbeban tapi masih boleh eksyen dengan jiran sebelah ahahahahahahah :)

    Betulkan saya jika saya salah - Sebahagian dari barangan yang dipromosi atau ditawar pada harga rendah sebenarnya adalah stok kitar semula. Errr maksud saya barangan yang dah dijual belum sampai sembilan bulan yang telah ditarik semula dari pengguna yang tak mampu nak teruskan bayaran ansuran. Ia nampak baru dan jika ada jaminan; Courts masih memegang jaminan atau kad jaminan.

    Sebab itu secara umumnya ada barangan tertentu kedai akan kata 'jika ada masalah datang balik pada kita' dan 'jika ada masalah terus hantar ke pengedar sah yang terdekat'. 2 phrasa yang berbeza.

    Hantar balik ke kedai beri maksud kedai tersebut yang beri warranty; bukan pengedar sah. Contoh terbaik H/Phone AP

    Hantar ke pengedar sah terdekat beri maksud pengguna terus berurusan dengan pengeluar (Contoh Canon, Samsung) atau boleh hantar ke kedai dan kedai akan tolong hantarkan kepada pengeluar untuk claim warranty. Contoh terbaik H/Phone Original

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~