Home » » Mona-Vie Tembusi Pasaran

Mona-Vie Tembusi Pasaran

EmpayarUtama - Saturday, July 9, 2011 : 4 comments

Senin baru ni aku ke sekolah Agama ambik penyata setengah tahun anak-anak. Aku ada masa jadi aku sorangle berlegar-legar pergi ke kelas kena ambik no giliran lagi.

Semua kelas pun camni, sebab waktunya dari pukul 7.30 pagi hingga doblas tengahari aja:
Penyata
Kat luar pulak meriah dengan gerai bagi sekolah untung sikit. Baguslah ada insiatif untuk dapatkan wang tambahan untuk sekolah. Cuma satulah aku perasan, kalau ada apa-apa aktiviti aja sekarang ni, gerai jualan antara kemestian dalam aktiviti tersebut. Pergilah mana-mana acara pun. Baik acara sukan, persembahan, karnival, expo, apa ajalah. Tapi hari tu cuma nak ambik penyata aja, pun bukak gerai.
Gerai
Di samping gerai, adalah pengusaha gerai bagi risalah-risalah tentang produk yang dijual. Risalah-risalah tu lebih merujuk kepada IQ anak-anak. Bagus juga.
Gerai
Kelab dan persatuan sekolah pun tak ketinggalan bukak gerai.
Gerai
Yang ni spesel sikit. Sebelum hari ambik penyata tu, ibu bapa kena menderma apa-apa yang patut untuk sekolah jual balik kepada pengunjung.

Teringat aku masa sekolah rendah dulu - ada 3-4 gerai camni (gerai-gerai kat atas tu tak ada) ibu bapa akan bagi kelapa, kopi, koko, ubi, keladi - senang cakap lebih kepada makanan mentah untuk dipamerkan dan sesiapa berminat boleh beli kat gerai yang disediakan. Dah macam pasar tani masa dulu tu.
Gerai
Gerai ni approach aku tentang Program Wakaf Al-Quran anjuran PERSONA AMAL. Senang cerita, kita dermalah Al-Quran kepada organisasi ni untuk diagihkan ke tempat-tempat yang sepatutnya. Dalam pada itu aku tertarik kepada botol-botol yang dipamerkan kat meja tu.
Mona-Vie
Perghhhh.... Mona-Vie masuk pasaran sekolah agama pada hari pengambilan penyata murid setengah tahun seyyyyy.....



4 Comments

4 comments:

  1. open day bosan..
    dtg kejap je pas ue cabut terus..
    err mona-vie tu halal ke? musykil..

    ReplyDelete
  2. arr lupe lak..
    ta update post pasal bersih?
    ohoho!

    ReplyDelete
  3. @Sakura~chan; ntahle kena baca produk detailnya dulu. Pasal bersih - akupun tak berapa bersih lorrr (mana ada manusia perfect?)

    ReplyDelete
  4. huu.. mane le tau g join bersih nye gathering ue..
    at kl an?
    ta follow cite pun so tawu gitu2 je..

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~