Home » » LATAR BELAKANG ARTIKEL HITAM ATAU PUTIH PALING BEST?? | SEGMEN

LATAR BELAKANG ARTIKEL HITAM ATAU PUTIH PALING BEST?? | SEGMEN

EmpayarUtama - Tuesday, August 9, 2011 : 15 comments

Pertama sekali aku kena bagi kredit kepada Khairil dengan blognya MaiDariBendang sebab aku jumpa segmen ni masa blogwalking. Iyalah sebab kesibukan kerja jadi kadang-kadang aja aku dapat buat blogwalking.

Jangan terkejut lak blog aku ni tetiba ada segmen; blog pun rojak hehe.
Segmen ni anjuran WanCikguMuzik yang cuba membincangkan tentang LATAR BELAKANG ARTIKEL ataupun ENTRI korang; Sejauh mana keselesaan mata korang ketika membaca.. Adakah HITAM atau PUTIH atau warna2 yang lain??

Apa kelebihan latar belakang HITAM ni? Latar belakang HITAM ni nampak macam garang pun iya, 'elegant' pun iya juga. Pos entri biasanya putih atau warna terang biar nampak timbul. Warna untuk link pula mestilah lebih terang dan garang dari warna entri pos. Latar belakang hitam ni memang sangat sesuai untuk pos gambar sebab tu banyak gambar ada border hitam jadi frame. Kalau dah latar belakang hitam tak payah susah-susah nak buat border lagi dah.

Kelebihan latar belakang PUTIH ni pulak, tak payah fikir warna apa untuk buat entri atau link; semuanya kena. Dan kalau nak pos gambar pulak, border atau frame lagilah boleh dipelbagaikan. Tak gitu?

Lepas tu apa pula kelebihan latar belakang WARNA YANG LAIN2 nih? Sama ajalah, semua warna ada kelebihannya bergantung kepada kegemaran individu untuk memilih warna. Selain dari warna latar belakang, layout dan template jadi perkara pokok dalam mempengaruhi seseorang memilih. Jadi di sini timbullah warna-warna lain untuk kita semua, kan?

Aku pulak, kenapa pilih latar belakang PUTIH? Aku pernah guna warna hitam tapi kadang-kadang aku terlupa nak adjust warna entri bila buat ‘kopipes’. Jadi kalau ambil latar belakang putih tak pening dah. Satu lagi, bila tetiba teringin nak tukar warna latar belakang tu; banyak songel la nak kena tukar warna entri pos la pulak (aku dulu terkena masa guna latar belakang gelap dan entri pos putih dan link kelabu; bila tukar latar belakang putih entri dengan link semua tak nampak… hampeh tul). Blog rojak aku ni pulak boleh kata separuh bergambar. Jadi aku banyak pilihan border atau frame untuk gambar-gambar tu.

Satu lagi, aku nampak latar belakang PUTIH ni lebih kemas. Sebab tulah korang nampak aku selalu kemas bilik blog aku ni hehe kuangkuangkuang… Inilah kebaikan dan kehebatan warna latar belakang pilihan aku sebab tu aku pilih warna putih.

Aku pernah tanya kepada Ratu Satin soalan yang sama sewaktu dia mula nak berblog dan jawapannya lain sikit. Dia memilih layout dan template yang (mungkin) belum lagi digunakan oleh blogger lain di blog RATU SATIN STUDIO untuk kesesuaian persembahan artikelnya. Jadi dia terikat dengan pilihan warna ini. Tapi berbeza dengan personal blognya - RATU SATIN - yang jelas berlatarbelakang warna putih untuk pos entri.

Boleh aku katakan ‘ego’ juga mempengaruhi pemilihan warna; bukan saja keselesaan (maaf yea kalau aku salah; ini pendapat aku sendiri).

Dan aku berterima kasih kat wan_cikgumuzik sebab aku dapat tambah entri kat blog aku. Tapikan, satu yang aku perasan; wan_cikgumuzik mintak kita semua bagi pendapat, dia sendiri tak bagipun pendapat dia. Tak percaya cuba pergi ke entri WanCikguMuzik. Dah pergi ke situ; bagilah pendapat untuk segmen ni. Bagus apa dapat kongsi ilmu.

Ada berani, jawab…




15 Comments

15 comments:

  1. latar putih!! heheh.. sokong.. nampak kema..^^! baru sini~

    ReplyDelete
  2. hahaha... hujahan yang sangat menarik nih.. terrbaeek lahh.. gaya penulisan yang kemas..

    err.. nak tahu pendapat saya?? sebernya pendapat saya adalah pendapat anda semua.. tanpa kompromi saya menyokong semua pendapat.. Bukan saya tak ada pendirian.. Tapi saya lebih suka gunakan pendapat majoriti bagi memuaskan hati semua pihak..

    thanks join segmen cikgu... saya sangat hargainya.. thanks berkongsi pendapat..

    terrbaeeekkkk...!!

    ReplyDelete
  3. hahaha... hujahan yang sangat menarik nih.. terrbaeek lahh.. gaya penulisan yang kemas..

    err.. nak tahu pendapat saya?? sebernya pendapat saya adalah pendapat anda semua.. tanpa kompromi saya menyokong semua pendapat.. Bukan saya tak ada pendirian.. Tapi saya lebih suka gunakan pendapat majoriti bagi memuaskan hati semua pihak..

    thanks join segmen cikgu... saya sangat hargainya.. thanks berkongsi pendapat..

    terrbaeeekkkk...!!

    ReplyDelete
  4. Salam!

    We're selling beautiful PRINTED SATIN SCARVES and PLAIN CREPE SATIN SCARVES! Jemput lawat blog kami :)

    http://myra-mode.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Aku dulu pun pernah guna templete berlatarbelakang dengan warna putih,memang nampak kemas,cuma ...pendapat aku lah,lama kelamaan mata menjadi silau apalagi kalau banyak barner yang berkelap kelip disidebar.Rasanya putih ni ibarat "suci dalam debu"...sorry.

    ReplyDelete
  6. Assalam...
    Pernah guna background hitam tapi bila ditukar ke putih, rasa lebih selesa kerana dari kecil2 kita diajar untuk membaca dan menulis di atas kertas bewarna putih. Oleh itu, putih lebih serasi.

    ReplyDelete
  7. as requested so here I am :

    Black or white ey???

    Why don't u just mix them together?

    So it'll become grey..^^

    Example : of course my dear bloggy

    Haha!

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Bkgrnd PUTIH - tulisan HITAM : nmpak bersih & kemas, senang baca & blh ltk lagi banyak kaler

    Bkgrnd HITAM - tulisan PUTIH : Elegent!!

    Paling best : PINK!!! (^___^)

    ReplyDelete
  10. hai incik pemilik empayar utama..

    usah jeles lagi saya datang sini komen..hihi.. ^_^"

    hujah yang menarik, dikupas dengan ayat sendiri tanpa kopipes memang bagus..sangat suka ok.hihi..

    putih menang & hitam juara... dua-dua ada kelebihan tersendiri.. mana-mana pun ok, cuma terserah pada pemilik blog sendiri, selera manusia berbeza kalau tersama itu seiring sejalan namanya...

    salam persahabatan di dunia blogging ya! ^_^

    ReplyDelete
  11. @semua; (eheh ramai la pulak tak terlarat aku nak taip satu-satu)
    Terimakasih sebab sudi bagi pandangan dan berkongsi sekali. Selain dari @wan_cikgumuzik; meh la join segmen tu boleh bagi pendapat berdasarkan pengalaman dan dari sudut jelingan mata, kannnnnn... :)

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~