Home » » Trafik Jem 2 Hari

Trafik Jem 2 Hari

EmpayarUtama - Monday, August 22, 2011 : 18 comments

Aku tak berapa pandai nak tulis ayat 'skema', jiwang maupun carut-marut; dan kalau boleh aku cuba elakkan peten ayat-ayat macam tu.

Ni gambar ntah bila ntah aku ambik atas jejambat Jalan Skudai. Sesak sebelah jalan.


Macammana aku nak tolong jawabkan sama ada penting ke tidak trafik tu yea. Cam nilah, aku tunjukkan statistik seminggu blog aku sebagai contoh. Mungkin senang sikit nak jelaskan.

Hehehe mana ada trafik jem. Semalam ngan dua hari lepas trafik sikit je sebab aku balik kampung.

Trafik tu bolehlah ditafsirkan sebagai kemeriahan pengunjung ke sesuatu laman web atau blog. Statistik kat atas tu tunjukkan berapa ramai yang datang menjengah; dan berapa ramai yang dikira sebagai 'Unique Views'. Kita dapat lihat dalam tempoh 24 jam berapa ramai pengunjung baru bertandang ke blog kita dan selebihnya adalah pengunjung yang sama datang lagi dalam tempoh 24 jam itu. Boleh jadi juga pengunjung yang sama melihat 2-3 atau lebih entri pos kita tetapi IPnya dikira sebagai 1 (satu) unik view sahaja.

Kalau aku ambil contoh Nuffnang; program ini merekod unik view setiap 24 jam bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam esoknya. Sekiranya A melihat blog B pada jam 11.55 malam 23/8/11 - B akan dapat 1 trafik (unik view) dan jika A terus melihat 5-6 entri-entri B hingga ke pukul 11.59 malam; B dapat 5-6 trafik lagi dari A walaupun unik view dari A dikira satu saja. Jika selepas pukul 12 (dah masuk 24/8/11) B dapat satu unik view dari A untuk hari baru itu (24/8/11) dan jika A masih melihat beberapa entri B selepas itu; tiap-tiap entri yang dilihat itu akan jadi tambahan trafik tapi bukan unik view. Dari contoh atas; pada 15/8/11 aku dapat 187 page view tapi cuma 137 sahaja dikira sebagai unik view.

Apa beza page view dengan unik view tu? Itu hanya statistik. Penting atau tidaknya view tu bergantung kepada apa yang tuanpunya blog / website tu paparkan. Antaranya:

~ Personal blog mungkin hanya untuk informasi.
~ Business blog yang jual barangan atau perkhidmatan.
~ Salah satu dari yang atas atau gabungan kedua-duanya; siap dengan iklan.

Iklan pula boleh jadi:
~ Iklan berdasar klik - CPC (Cost per Click) atau CPA (Cost per Action) baru dapat earning;
~ Iklan berdasar view - CPM (Cost per Million) di mana harga dah ditetapkan bagi iklan CPM itu (bagus untuk mereka yang dapat banyak page view setiap hari); dan
~ iklan berdasar view dan klik.

Blogger yang buat bisnes online biasanya akan letak iklan kerana berpendapat segala usaha untuk promot blog pasti akan hasilkan trafik yang tinggi jadi apa salahnya letak iklan untuk pendapatan sampingan. Untuk personal blog - kalau dah publish entri untuk tontonan umum; juga perlukan trafik ini kan? Kalau tak, buat apa publish entri-entri tu betul tak. Macam tulah lebih kurang yang aku faham. Mungkin kat luar sana ada penerangan yang lebih jelas atau sesiapa nak berkongsi info bolehla bagi komen kat sini. Aku pun masih belajar lagi ni.

Ish, seminggu lagi raya;
Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin ~ EmpayarUtama





18 Comments

18 comments:

  1. hehe.. kira banyak la tu, tak update pun tetap ada orang masuk..

    ReplyDelete
  2. @Dunia CMRatu;
    Iya ke? Rasanya kalau hari kelima langsung tak update kena keluar masuk sendirilah jawabnya hehe

    ReplyDelete
  3. trafik kak liza pun drop sejak demam seminggu kelmarin

    ReplyDelete
  4. @Adzriel @ Liza AB;
    cepat-cepat makan ubat nnt cepat sembuh Raya dah dekat ni...

    ReplyDelete
  5. @hyz;
    @Edina Kasyah;
    @e-news;
    makasih... nanti aku singgah. Nak gi Giant jap...

    ReplyDelete
  6. salam kenal dari akak ..
    info yg sgt menarik .. thanx sudi share :)

    klik nuff utk adik :)

    ReplyDelete
  7. Yo!
    Da faham da..
    Haha slow je kene lecture 2 kali..
    Arigatou ye oji-san..^^

    ReplyDelete
  8. Assalam...
    kira byk juga tu..
    trafik memang penting..
    juga bagi semangat utk kita terus blogging.

    ReplyDelete
  9. @ieda;
    terima kasih kak, kejap lg saya singgah
    @Fea Sakura;
    sama-samalah kita belajar, akupun tengah merangkak-rangkak nih :)
    @Henry Zackery;
    makasih bro, nnt aku jengah ko aaa
    @iza;
    thanks bagi pandangan; aku cuba gak ikut cara ko tp kena slow-slow le. Lg pun aku blogging suka-suka je...

    ReplyDelete
  10. salam EU...

    baru saya faham...selama ini saya hanya menulis...tak peduli orang baca atau tidak, kerana saya anggap blog hanya diari saya...

    terima kasih atas info ini...

    ReplyDelete
  11. mana lebih baik? Nuffnang atau Advertlets?

    ReplyDelete
  12. Salam;
    betullah apa yg empaya utama kata tu..tak ada yg salah dan sili.

    ReplyDelete
  13. @simanis;
    alamak cikgu hehe saya patut belajar ngan cikgula :)
    @BLADE EDGE;
    w'salam, sama-sama. Nanti aku datang yea
    @zulfizan;
    ish ni da lari topik nih. Aku rasa sama je, dua-dua ada pilihan untuk CPC/A atau CPM. Tp aku lebih suka cupcup :p
    @yusuf Laili;
    iya ke? Aku takut gak salah kongsi info, mau sebulan aku kena rehat :)

    ReplyDelete
  14. Check out "Tips Yang Aku Ambil Berat Ketika Memilih PERFUME Yang.... .." from #Innit http://innit.nuffnang.com/view/2007101

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~