Home » , » Yeay Statistik Meningkat

Yeay Statistik Meningkat

Empayar Utama - Friday, November 25, 2011 : 61 comments

Happy tak bila statistik naik tiap hari? Mestilah hepi kan. Nak kongsi satu cerita tapi ingat-ingat lupa sebab dah lama sangat. Rasanya tahun 2008 dulu kot.

(Ambik gambar dalam Dilemma pembaca - Aku awal bulan Ogos dulu. Dah mati dah anak kucing ni lepas demam panas 2 hari...)

Camni ceritanya (mungkin ada yang pernah baca):

Si ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil. "Siapa si bedebah tu," jerit si ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya.

Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Si ayah terdiam. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu si ayah berkata; "Tak pe, cuba lagi..."

Nampak gamba baby tak kat sebelah ni? Aku jumpa ni kat blog Strange DeJa Vu.

Bukan apa; kalau tengok pada statistik 2008 sampaile 2010 - anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah seramai 152,182 orang. Secara puratanya 50,700 bayi
setahun, atau lebih dekat lagi 138 orang sehari. Nampaknya angka ini meningkat tiap tahun.
Takkanlah cerita kat atas pun mempengaruhi statistik...

Adoi dah dekat limabelas minit online; line tenet aku dari semalam camni...

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

61 comments:

  1. banyak faktor yg sebabkan statistik ni makin hari makin meningkat...macam2 dunia la ni...

    ReplyDelete
  2. salam;
    aku nampak gambar bayi tu.!!.hebatkan negara kita dlm bab melahirkan bayi luar nikah ni..

    ReplyDelete
  3. kate2 semangat ayah pmpuan tu macam apeee je... haishhh =,=*

    ReplyDelete
  4. wahhh!! nmpk dah baby kat gambar tu..hmm..tu la..mintak jauh la benda ni berlaku kat diri sendiri & keluarga

    ReplyDelete
  5. kalau statistik blog naik sebab +ve, sukalah. kalau -ve, x suka! hehe..

    ReplyDelete
  6. ape maksud ayah die suruh cuba lagi tu..ciss..

    ReplyDelete
  7. aah nampakk baby tuh.
    mas nya kat umah ni..cepat ke ..slow ke..tetap speed 100.00 mbps.fening2

    ReplyDelete
  8. Ingatkan nak cakap statistik blog. Statistik yg ni x nak la~ Macam siot je bapak tu "takpe, cuba lagi". Lol

    ReplyDelete
  9. ewah, kayanya lelaki itu.. yg si bapa pula kemain mata duitan. ;)

    Subject Statistic saya A. hahaha *belagak tetibe*

    ReplyDelete
  10. aku kat sini pon selalu macam tu gak internet ..
    selalu bila receive tak naik, aku bantaikan main game dalam setengah jam pastu tak lama kemudian dia naik la receive tu ..
    tapi apepon try la restart modem..
    nak habaq camne pon tak tau tp selalu kena gak benda camni

    ReplyDelete
  11. ingatkan statistik apa td..hmmm..minta2 dijauhkan dr keluarga kita perkara2 mcm ni..

    ReplyDelete
  12. ko tanya kat mamat tu..selain perempuan,lelaki takleh try ke?huhu :D

    ReplyDelete
  13. dari semalam intenet kita dah ok ... kalau tak mcm siput b***

    ReplyDelete
  14. boleh tambah lagi? errr boleh nak buat dosa huhhh

    ReplyDelete
  15. mentang2 nak bagi macam2 dia cakap tak pe cuba lagi pulak. haha.

    statistik tu statistik yang sangat tak membanggakan. makin ramai anak luar nikah. apa nak jadi laa.

    ReplyDelete
  16. semoga ianya hanya sekadar cerita...
    takutlah dgn balasan Allah kemudian hari...

    ReplyDelete
  17. statistik xelok camtu eloklah diturunkan....
    p/s:internet biasala sokmo sengalkan...haha

    ReplyDelete
  18. harus ia mempengaruhi statistik. hehe.. lagi m'pengaruhi kalau bapa tu yg menggalakkan lagi.. hehe.. <3

    ReplyDelete
  19. <---line semput. tinggal nak mati jeh.. ehehehe

    tapikan, gile ah orng yg dpt bayar cemtuh.. memey kaya rasa.. >_<

    *ckp cem tuh, TAPI..!!!! .. x teringin nak buat DOSA Besar sampai mengandung x de ikatan. banyak lagi cara nak kaya. ehehehe

    ReplyDelete
  20. jaja takut la..

    sensitiviti sbg seorang guru..menganggap perkara ini sgt teruk..seolah2 di sekolah cikgu xmampu mendidik anak2 generasi kita..

    jaja takut dipersoalkan kat akhirat kelak :'(

    ReplyDelete
  21. x suke statistik begini meningkat.... siannyer line tenet dia.. hahhaa

    ReplyDelete
  22. errrr..rumusan mengatekan bahawe statistik semakin meningkat akibat bape terlalu sporting..hakhakhak ! ~~ =P

    ReplyDelete
  23. semakin hari semankin meningkat statistik kan...

    line tenet tu...kalah berukbnd lembabnya..ehheh

    ReplyDelete
  24. line tenet truk eh.. sama ler.. nama je wifi tp cm tutttttt

    ReplyDelete
  25. saya bz..tapi ade gok tym kena update blog saya update la..cik empayar utama..
    tq wish for me..:)

    ReplyDelete
  26. tu namanya anak brtuah ker bapak bertuah?

    ReplyDelete
  27. Apabila manusia materialistik..dunia menjadi tunggang terbalik. Dunia dianggapnya syurga dan akhirat seolah-olah tidak wujud.

    ReplyDelete
  28. cerita tu kelakar.haha

    banyak sangat maksiat kat negara kita ni.

    ReplyDelete
  29. hahaha..siot jer bapak dia tu..bleh plak ckp "please try again"..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  30. ceh,'takpe..cuba lagi'? ngeee..a'ah lar.gambar baby^^

    ReplyDelete
  31. Ini gurauan... Jangan ambil serius ..... Macamana nak kurankan statistik ni...

    ReplyDelete
  32. STATISTIK DAH NAIK, MAKANYA BILA NAK UPDATE NI BRO??

    ReplyDelete
  33. ituew yg di kesan
    if yg diam2 pow rasa ramai gak
    biler dah couple if x thn sgt kawin la....berzina bertmbh dosa...azab sgt takut di akhirat nnt....(tetiba ckp mcm ustazah plak ni ngeee)

    ReplyDelete
  34. haha ingtkan statistik apa la yg naik tiap2 hari...rupa2nya utk ank luar nikah ekk? tiap2 hari dgr cerita org buang anak, maka agak tak mengejutkan la kalau statistik meningkat...btw, kreatip la pic baby tue....

    ReplyDelete
  35. aikkk..cuba lagi pun boleh?


    hmmmm..meningkatlah statistik bila ramai yang "cuba lagi"... :p

    ReplyDelete
  36. kena tanya menteri sumber manusia, kenapa leh jadi camni he he...

    ReplyDelete
  37. nauzubillah..minta dijauhi dari perkara terkutuk itu..amin

    ReplyDelete
  38. Assalam..
    Dunia akhir zaman...
    Gambar tu dah lama aku tengok.kalau tak silap 5-6 tahun lepas..Kuasa Allah kan..

    ReplyDelete
  39. sabar jela ayah nya pun..mula-mula marah last2 menyokong pulak. haha..
    kesedaran tu penting sebenarnya kan..yang malu statik ramai melayu

    ReplyDelete
  40. Kelakar..tapi kan manusia ni hamba duit, disebalik cerita ni tersirat jugak perangai mak bapak pompuan tu mata duitan haha..tak pasal2 cuba lagi! huhu..

    ReplyDelete
  41. tanak komen sal statistik, nak komen sal kucing.

    arwah beliau sngt chumel. huhu..

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...