Home » » Kemas Semula Blog Bila Blogger.com Kemaskini

Kemas Semula Blog Bila Blogger.com Kemaskini

Empayar Utama - Monday, May 7, 2012 : 10 comments

Hujung April lalu selepas ada mood balik nak nengok blog; segala yang di letak kat sidebar langsung tak berfungsi. Jenuh juga cari di mana silapnya dengan kod yang ada tu. Carian Google juga tunjukkan tutorial oleh Cik Tom; Silampuneon; Ammboi; Krole-Zone; dan Padinno adalah lebih kurang kalau takpun sama saja. Hanya Asmanuratirah beri tutorial berbeza.
Macammana aku cuba pun hasilnya tetap akan keluar benda yang sama iaitu javascript:void(0); jadi aku tengok balik kat mana silapnya. Tiada masalah dari STEP 1 hingga STEP 3. Ikut pada contoh STEP 4 masa aku Kemas Blog Sikit haritu :

STEP 4 : Ambik kod ni letak kat PAGE ELEMENTS -> ADD A GADGET -> HTML/JAVASCRIPT:
<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('Grapevine')"> <h4>Meh Petik Anggur</h4></a></ul> <ul class="texthidden" id="Grapevine"> (Ruang ini untuk korang letak apa-apa kod yang korang nak letak) </ul>

Semua yang beri tutorial berpesan agar perkataan "keywords" tu mesti sama. Dalam contoh aku - aku ganti dengan perkataan "Grapevine" (lihat huruf berwarna merah yea). Sebelum ini; apa yang ditulis boleh diterima pakai. Bila disave, keyword itu otomatik bertukar kepada huruf kecil tetapi TIDAK kepada target id ("Grapevine" kedua). Rumusannya, setelah blogger.com buat kemaskini - APA SAHAJA PERKATAAN YANG INGIN DIGANTI KEPADA "keywords" MESTILAH DALAM HURUF KECIL SEPENUHNYA. Jadi untuk contoh aku tu pula:"Grapevine" perlu ditukar kepada "grapevine" - kedua-duanya hendaklah dalam huruf kecil.


Abis tu, misz_eyza; dah jadi belum.....? ^_^


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

10 comments:

  1. sangat pening bro bila main coding ni...huhu..

    ReplyDelete
  2. memang pening...sebab tu tak pandai nak edit sampai pengsan my blog...bia ja la cam tu...

    ReplyDelete
  3. yup menjadi tapi eyza buat utk senarai nama pengomen...berkali2 buat dan error dan akhirnya menjadi hihihi...thanks naaa encik EmpayarUtama.. =)

    ReplyDelete
  4. adakah misz domu yang blur terlebih atau otak ini tidak mampu mentafsir entri nie.. tak faham.. tu pasal apa?

    ReplyDelete
  5. @ Domu-kon;
    Hehehehehehe...hahahahahahaha..ngohengohengohengohe.... Ini lanjutan dari entri Kemas Blog Sikit agar sidebar tak nampak begitu serabut. Dulu ok pastu tetiba je tak ok. So, punca masalahnya dah jumpa dan saya berkongsi info ini sebab mungkin ada yang berminat nak buat Auto Slide Menu (Hide-Show) macam kat sidebar blog ni tapi mungkin tak menjadi. Beberapa blogger popular yang beri Tutorial untuk Buat Auto Slide Menu (Hide-Show) juga sebaiknya update tutorial mereka dengan menambah : “keyword” mestilah sama DAN BERHURUF KECIL jika tidak tutorial tu tak bermakna

    ReplyDelete
  6. remy tak beberapa faham.... cuma remy nak ckp... selamat mengemas......he3

    ReplyDelete
  7. bila sampai bab coding ni den mula la berbinau binau je hehehehe

    ReplyDelete
  8. gua paling x suka bila nk main coding pening2..walaupun kesilapan tu kecil jew..

    ReplyDelete
  9. Apa yang saya nampak, kamu semakin celik dan maju setapak demi setapak.

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...