Home » » Sudah Sampai Masanya...

Sudah Sampai Masanya...

Empayar Utama - Wednesday, September 26, 2012 : 11 comments

Dua tahun lepas sewaktu bercerita tentang Hadiah Teristimewa; aku tak bagitaupun zink yang dipasang pada pertengahan Januari 1996 bercampur baru dan lama (zink asal). Jadinya dekat 17 tahun jugalah zink yang ada tu tak berganti.

Sepanjang 4-5 tahun kebelakang; hanya ganti 10-20 keping untuk zink yang dah bocor dan koyak. Jenuh juga sebab selepas tu mana-
mana zink yang dipijak pula akan koyak kemudiannya.

Ada kat Hadiah Teristimewa

Dan inilah wajah sewaktu Ramadhan 1433 (Ogos 2012):

Sebahagian bumbung depan hilang kena ribut, begitu juga dengan beberapa keping zing rumah ibu

Memandangkan orang tua warga emas serta ibu tunggal; aku ada dua pilihan. Pertamanya mohon rumah batu 3 bilik yang akan dibina sepenuhnya oleh kerajaan tetapi geran dicagar sepanjang proses bayaran balik. Maksudnya jika 40 tahun, maka 40 tahunlah geran dipegang kerajaan.

Pilihan kedua pula tebalkan muka mohon peruntukan baikpulih Cylinderhead (erkkk Baik pulih Cylinderhead tu blog dhinai adnan; senang-senang pergi le jengah, banyak ilmu yang berguna kat situ tau) bumbung. Dan inilah pilihan yang aku dah pun buat sejak awal tahun lagi sebab ada peruntukan dari kerajaan. Pertengahan Jun 2012 barulah wakil kepada wakil rakyat parlimen di situ datang melawat bersama seorang ASP Polis dan mengambil beberapa keping gambar. Syawal dahpun berlalu - senyap je. Bumbung makin bocor sana sini.

Akhirnya aku buat pilihan tak masuk akal - pinjam along. Kan pilihan paling mudah dan pantas? Hahahahahahahah. Jadi, jangan salahkan rakyat kalau aktiviti pinjam along masih berleluasa. Masuk minggu kedua terus beli zink 140 keping. Tokey hardware kata - mana ada orang beli banyak tu. Paling banyakpun 80 keping je. Dia tak tau yang rumah tu asalnya kembar dua; 48' x 48' dan telah ditambah sesedap rasa oleh arwah abah menjadi 60' x 82'. Hambik ko, masuk minggu kedua kena tambah lagi 37 keping. Tokey nengok muka aku kali ni dia diam ajalah. Besar juga belanja; perabung, paku, kayu sikit - nam ribu setengah juga habis.

Kali ni aku belasah guna zink kilang kaler biru 10 kaki (lebar 2 1/2 kaki). Kalau zink biasa yang 10 kaki tu lebarnya 2 kaki aja dan aku perlukan dalam 240 keping. Bila buat perbandingan; perbezaan harga cuma RM180 itu yang terus sambar zink kilang.

Jadi sepanjang Syawal masuk ke Zulkaedah tahun ini kerja aku berulang alik dari JB ke Pontian. Blog pun ke laut. Maklumlah aku bukan tukang. Kerjapun perlahan. Akhirnya panggil member tukang si Adiey kat kampung suruh sambung kerja. Janji bumbung tak bocor untuk 30-40 tahun akan datang sudah. Hasilnya:

177 keping pun masih kurang sekeping, kenalah guna zink lama huhuhu

Pesanan aku buat semua - Jangan harap sangat pada bantuan dan paling penting; Jangan Pinjam Along tau!

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

11 comments:

  1. Nasib baik ko tak jadi mintak peruntukkan pada blogger baik pulih cylinderhead tu....kalau tak rumah tu nanti berbumbung enjin pulak..lagi tahan lama.,takat sampai cucu cicit boleh bertahan lagi...Tapi yang aku pelik bab zing sampai 140 kpg...pun maseh tak cukup...rumah ke istana ni,

    ReplyDelete
  2. EU buat sendiri ker semua tu?


    nak harap bantuan nie memang agak berjanggut la nak menunggu. kalau ada simpanan sendiri baik dahulukan.

    ReplyDelete
  3. Eu....bertukang?...tak gayat ker? he3
    bagus jugak...dapat bersenam sekali...lagipun tak payah nak upah org.... kaler biru tu mendamaikan.....

    ReplyDelete
  4. hebat seh =)_

    lau x pinjam kat along nk pinjm kt sape??

    kt awk blh x??

    ahahhahahahaha

    ReplyDelete
  5. Bila PPP berdialogue dgn Aaron Aziz http://paripariputih.blogspot.com/2012/09/bila-ppp-berdialogue-bersama-aaron-ajis.html

    ReplyDelete
  6. erm tu la kalau nak tunggu bantuan lambat le....kena bertindak sendiri jugak..huhuu...xpe la asal puas atikan n keselesaan...

    ReplyDelete
  7. perrgh!!hebat2...tahniah berjaya pasang sendiri zink umah tu..(^_^)

    ReplyDelete
  8. anak soleh ni

    hape?? pontian??? jaja kat tenggayun laaaa..balik kg dr jb tu mesti lalu

    aiyakk

    ReplyDelete
  9. betul jgn mengharapkan org lain..kalau boleh usaha dulu..nah hasilnya berbaloi..tolong ibu ALLAH AKAN MENOLONG KITA NANTI.

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...