Home » » Berat Mata Memandang - Suratan Atau Kebetulan 2

Berat Mata Memandang - Suratan Atau Kebetulan 2

Empayar Utama - Sunday, January 20, 2013 : 27 comments

Ini sambungan cerita siang tadi.

Hidup kita ni kan, penuh dengan budaya dan adat resam yang diwarisi sejak zaman berzaman. Segala petua dan pantang larang yang diperturun mungkin ada alasan atau logik yang tersendiri.

Waktu aku terjebak dengan kerja-kerja macam yang aku cerita siang tadi tu
kandungan orang rumah sudah melepasi enam bulan. Buat bakal ibu/bapa; antara pantang larang dalam masyarakat Melayu jika kerja-kerja tu bukan bidang kita - cuba elakkan ya. Antaranya:

1. Menampal - tak kiralah tampal seluar koyak ke, tampal zink berlubang ke, tampal road tax kereta ke hahahahahah

2. Memaku - tapi paku tu boleh letak dalam beg tangan Cikgu Jaja yea hehe

3. Sapu sampah tak buang habis - sorok bawah tikar, bawah karpet, atau longgok kat penjuru rumah. Sapu je lah terus sampai bersih rumah tu, mendeeeeeeelah...

3. Tetiba rajinlah pulak nak menyimpul langsir atau tirai kat rumah. Nak bagi nampak cantik konon. Pastu biar cenggitu sampai anak lahir.

4. Rajin nengok cerita seram/hantu sebab time-time camni makin banyak cerita kelakar seram Melayu. Bila masuk bab yang seram - rasa takut ataupun terkejut.

5. Banyak lagilah. Nanti aku tanya mak selebihnya.

Hasilnya? Sebelum Krismas tahun lepas orang rumah kena tahan kat wad sebab kedudukan bayi songsang. Waktu itu kandungan berusia 38 minggu. Maklum balas dari doktor - jika kandungan tak boleh diperbetul ke kedudukan normal - kena buat operation masa tu juga. Seriau tul aku. Budak dalam perut lagilah saspen. Terus dia betulkan sendiri position dia dan diorang dapat balik rumah. Fuh legaaaaaa.... :)
Ini vacuum cleaner
kat rumah

Dan kali ini adalah pengalaman kedua aku dapat menemani orang rumah di bilik bersalin. Kesian kat isteri kerana pertama kali dia menahan sakit lebih 7 jam tapi bayi tetap tak boleh keluar. Akhirnya doktor gunakan vacuum dan syukur Alhamdulillah


Putera bungsu; hari ini dah 2 minggu ^_^


Jadi buat bakal ibu/bapa; beringatlah. Allah lebih mengetahui.


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

27 comments:

  1. mmg banyk pntg larang org tua2....mgkn ada yg tersirat sebaliknya...kdg2 fikir logik mcm kebetulan pn ada. apapun semua berlaku dengan izinNya dan itu mgkn dugaan buat kitakan...

    ReplyDelete
  2. kekadang pntang2 ni bagus juga cuma jgn smpai langgar hukum dsebabkan pantang tu sudah la :)

    ReplyDelete
  3. Pantang larang tu sbg peringatan je..tp org2 tu adlu mmg pegang kuat dgn pantang larang gini.

    Apapun, tahniah EU.

    ReplyDelete
  4. Opss..lupa. Blog mak tu ngah senggugut masa EU drop komen td. Sbb tu EU x nampak tulisannya..

    Cer dtg dilain kali plak. Mgkin masa tu nnt dah ok.

    :)

    ReplyDelete
  5. Apa yang dipesan orang2 tua tu walaupun kita rasa tak releven dgn masa sekarang ni, ada juga baiknya..anyway, congrats EU..

    ReplyDelete
  6. tahniah. mg byk pantang larang org2 tua dulu.. ikut x ikut tu terpulang msg2lah

    ReplyDelete
  7. Bab pantang-larang ni pada kakak biar tak tahu kakak rasa tak jadi apa tapi bila org dah tegur sebaiknya jgn buat

    Tahniah dapat zuriat. Best kan ada baby di rumah meriah - tetamu pun tak berhenti-henti pastinya:)

    ReplyDelete
  8. patut la lama EU menghilang...rupa2nya sibuk duk tukar lampin anak hehe...

    btw, tahniah EU untuk kelahiran puteri bungsu...

    ReplyDelete
  9. tahniah!!!...nampak pic cam kuning skit bby ek..
    ape pon semoga semua sihat.. :)
    http://aeidahlatiff.blogspot.com/2013/01/mengenali-esp-dengan-lebih-rapat.html

    ReplyDelete
  10. wah comelnya...Namanya? ada orang kata la kan kalau baby susah nak keluar nanti ramai yang sayang, orang la yang kata, bukan aku yang kata...Tahniah ye...

    ReplyDelete
  11. orang kita kaya pantang larang. kadang ada sebabnya kan. tahniah....comel baby. hehe

    ReplyDelete
  12. dapat saya bayangkan kesakitan selama 7 jam itu..

    ReplyDelete
  13. haha..ada pelak paku letak dalam beg tangan jaja..nak buat hape.kihkih

    EU tahniahhhhh!!! semoga menjadi bapa yang soleh. menemani isteri segenap malam menjaga permata hati..ehceh

    :)


    ReplyDelete
  14. hello new cousin..n u're boy..
    *tambah lg sorang askar cucu mak*
    later we'll meet kay..

    ReplyDelete
  15. salam EU :)

    tahniah dpt anak bongsu penyambung zuriat..dan kasih syg EU dan isteri. :)

    ReplyDelete
  16. putera yang comel..
    mudah-mudahan sihat sentiasa :D

    ReplyDelete
  17. takutnya bila fikir sakit bersalain nie.. apa pun..pantang larang tu.. buat boleh..tapi jgn trlmpau percya or taksub je..

    apa pun..tahniah bro..

    ReplyDelete
  18. Terima kasih semua

    @Kakzakie; saya pun rasa begitu - lebih baik tak tau apa-apa

    @misz_eyza; puteralah ^_^

    @Aei Amrun; gambar tu hari ketiga memang ada kuning sikit hari ketujuh dah ok bacaannya 7 saja (saya pun tak berapa faham pasal ni)

    @SHAHIDA SHIDA; Putera Nur Ashraaf

    @Cikgu Jaja™; Penat seyyyyy :)

    InsyaAllah akan jadi insan berguna

    ReplyDelete
  19. nape remy terlepas entry bro????? nie mesti remy busy sampai tak sampai kat sini..... tahniah dapat baby baru..... comel sangat......

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...