Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Lagi Best

EmpayarUtama - Monday, April 8, 2013 : 17 comments

Malam tadi bawak budak-budak ke Tiram. Tempat yang dipilih ialah restoran steamboat "Lagi Best". Ini kali kedua kami ke sana selepas pertama kalinya terima undangan Ratu Satin sempena raikan majlis harijadi puteri tunggal mereka - Azalea 12 November tahun lepas. Adalah dua tiga keping gambar lama aku selitkan.
Restoran ni beroperasi dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam. Harga pun ok - Dewasa (13 tahun ke atas) RM19.50 seorang; 5-12 tahun sepuluh ringgit manakala bawah 5 tahun percuma. Selagi belum tutup kedai, segala hidangan yang luak akan dipenuhkan kembali.

Kitorang sampai lepas maghrib dalam pukul 7.45 petang. Meh tengok apa yang ada kat situ :


Penuh - Kalau tak 'booking' kena beratur tunggu meja kosong


Antara hidangan masak sendiri - Pelbagai ikan dan udang


Ketam, sotong, isi ikan - Daging pelbagai perisa


Ayam pelbagai perisa - Yang kanan tu tak reti aku nak cerita


Ini di ruang tengah - Kupang, lala, kerang


Telur, telur puyuh, pelbagai cendawan, sayuran - Nasi putih, nasi goreng, koaytiaw, nugget


Rojak, bubur kacang, buah potong - pelbagai jenis sambal


Udang hidup pun ada - Sudut minuman sejuk dan panas


Bff besday girl, besday girl dan Asyraaf - Afrina dan Besday girl 12 November lepas


Adriana  - Errr ehhhh sambung masak... lom nak balik ke?

Sapa-sapa yang ada fesbuk boleh tengok gambar yang lagi cantik kat page dia. Kitorang cabut lepas pukul 10.15 malam. Memang tak sempatle nak join Misi Mencari Retis Malaysia Popular yang diwar-warkan oleh KESUMA ANGSANA.

Motto yang aku rasa sesuai ialah "makan sampai muntah hahahahahahahah".



Memang bestlah, nanti aku datang lagi ^_^


Bloglist Masih Belum Siap

EmpayarUtama - Saturday, April 6, 2013 : 10 comments

Senarai bloglist aku tak meriah. Dulu aku ada mintak kat perenggan keempat; sapa-sapa yang berminat aku akan tambah.

Siang tadi ni aku fikir nak blogwalking bermula dari senarai bloglist sendiri. Aku cuba promot 7 yang terakhir tu di sini:

Tahun 2013 ni hyz nampak kurang berblogging, cuma 5 pos aja berbanding tahun sudah. Belog dia memang rojak sama je cam aku punya. Haraple ada update terbaru dari dia :)

Tak seperti tahun 2012 di mana Ku Syida rajin buat posting dari bulan Feb hinggalah bulan raya. Tapi tahun ni bulan Mac sunyi sepilah... Tak pasti sama ada kursus 'forensic science' yang dia ambil terlalu mencabar (hahahahahah) atau kini bersama Fik (ish lupa laaaa, selamat bertunang yea) membantutkan aktiviti belog; hanya tuanpunya diri yang boleh jawab.

Anak Wak MaiL nih berbelog awal dua bulan dari aku dan aktif sepanjang tahun 2011. Tahun 2012 hilang 3 bulan sebelum dia pos 3 entri bulan Julai dan hilang semula setengah tahun. Tahun ni ada satu pos bulan Feb dan aku harap dia tak berhenti berbelog. Ke dulu ilang 3 bulan, pastu 6 bulan, dan kali ni nak cukupkan 9 bulan? Erkkkk apakah...???

Aku harap tugas sebagai penyelamat tidak menghalang YOTOKUU dari terus berbelog. Aku rasa dia juga antara insan terpilih yang mensyukuri peluang kedua yang dianugerah Allah. Aku doakan dia sihat sejahtera hendaknya.

Antara belog yang ada banyak 'theme header' tak kurang dari lapan header blog dia. Baguznet ni kecewa sebab 'bandwidth exceed limit' lepas entri terakhirnya tentang GA Remy bulan Feb lalu. Sekarang belog dia dah boleh bukak tapi di 'home page' ajalah. Kalau dia ada 'backup' entri-entri lama atau 'link'kan kat mana-mana 'feed' program, rasanya boleh re-post semula. Aku tak dapat tolong sebab aku pun tak tau pasal ni.
Minggu terakhir bulan Mac masih boleh akses tapi sekarang 'blog has been removed'. Aku pernah promot belog asal dia masa Aku Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa :
Belog yang ini pun 'has been removed'... Mungkin tuan belog lebih konsentret kat zulaeriazz.my hingga terabai dua belog tu.


Entri sebelum ni adalah pada 21 Disember 2012 tapi dalam bloglist aku entri yang ditangkap ialah 'setahun lalu'. Dan walaupun ada entri baru serta penjelasan dari Pencari Allah; bloglist aku tetap 'setahun lalu'...

Camana ni aaaa?