Home » , » Jom Bela Air, Jangan Bela Hantu Air

Jom Bela Air, Jangan Bela Hantu Air

Empayar Utama - Monday, September 23, 2013 : 2 comments

Heran betullah nengok akuarium orang lain jernih je airnya aku punya seminggu je dah bertukar hijau. Kedai jual ikan kata letak sikit arang tapi bertahan sekejap juga. Nanti kotor balik. Ishhh camana nak buat ni ya.

Parah ni kalau dua tiga minggu sekali nak kena tukar air. Dah le saiznya 3 kaki dah boleh buat kolam renang
Asyraaf dah tu; campur sikit rasa malas nak menukar air.

Akhirnya aku jumpa satu kaedah 'simple mimple' dan setakat ni dah sebulan airnya macam tu juga hahahahahahahah tak caya? Tengok bawah:





Waktu siang, agak silau dengan panas matahari

Agaknya guna enset cokia sebab tu gambar tak cantik

Cuba belah malam pulak, haaa 'clear' sikit. Kes malas nak ber'ipad' dan berkamera (lebih kurang)

Ikan Bandaraya pun pening tak de lumut nak dibersihkan...

Sori ikan tak banyak, 'test' lima ekor dulu takut mati pulak semuanya, naya je...
Singa Mengaum Di Pasaraya
Alamak ini Naga Air Raya Cina tahun lepas camana buleh masuk sini?


Ini haa rahsianya:

Aku belasah campak tawas sebesar kuku ibu jari tangan ke dalamnya. Perigi kat kampung (dahle tanah gambut...) jernih semacam je lepas segenggam tawas orang tua aku campak. Tapi jangan le harap magik atau keajaiban berlaku sekelip mata ya. Letak hari ni, esokle baru nampak sikit jernih. Lusa terus lutsinar.

Cubalah, ada bran...?

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

2 comments:

  1. apa kata tak payah bela ikan tu..kesian dia..

    tak pun goreng pun enak..hehe

    ReplyDelete
  2. Knor;

    hahahah saya cerita pasal air je (camana nak jernihkan air dan jangan membazir air). Ok ikan saya dah pulangkan kepada tuannya

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...