Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah belog rojak, meh buat ulasan sukan pulak.
Aku nak ulas badminton atau lebih terperinci lagi perbandingan prestasi antara Datuk Lee Chong Wei (Chong Wei) dengan Lin Dan.

Sepanjang tahun ini (setakat 26.9.2013) Chong Wei berada pada kedudukan pertama dengan 8 kejohanan disertai manakala Lin Dan berada pada kedudukan ke 98 dengan hanya 2 kejohanan. Perbandingan umur - Chong Wei (lahir pada 21.10.1982) hanya tua setahun berbanding Lin Dan yang lahir pada 14.10.1983.
Lin Dan pernah menduduki ranking pertama pada tahun 2006; pemain pertama menang lima kejuaraan; pemain pertama mengekalkan kejuaraan Olimpik; nadi kepada China memegang Piala Thomas lima tahun berturut-turut; kerja berpasukan (suka-suka tarik diri untuk beri laluan kepada rakan sepasukan) Contohnya di kejohanan Li Ning China Masters 2012 - Du Pengyu yang menang kesemua 3 perlawanan sebelumnya beri laluan kepada Chen Long untuk muncul juara sementara Lin Dan tarik diri. Di kejohanan Badminton Asia Championships 2013; beri laluan kepada Wang Zhengming di suku akhir untuk bertemu Du Pengyu walaupun Lin Dan sebelum itu sudah menang 3 perlawanan pertama dan akhirnya Du Pengyu muncul juara.
Oleh kerana rankingnya tak bagus; Lin Dan tetap muncul juara BWF World Championships 2013 walaupun masuk atas tiket wild card.
Mari tengok semua rekod kejohanan yang disertai kedua-dua pemain :
Kedudukan terkini ranking pemain China setakat 26/9/2013: Chen Long 2; Du Pengyu 3; Wang Zhengmin 9; Gao Huan 21; Chen Yuekun 30; Chen Jin 64; Lin Dan 98
Berdasar senarai kejohanan di atas yang disertai kedua-dua pemain, kita lihat ringkasan keputusan pula.
Sumber maklumat : www.bwfbadminton.org
Apa yang aku boleh rumuskan setelah buat perbandingan kejohanan yang mereka sama-sama harungi dari tahun 2001:
Pada pandangan aku Lin Dan berada 3 tahap lebih tinggi dari Chong Wei (2 tahap di atas Chong Wei merupakan 'gap' yang tidak dapat diisi oleh mana-mana pemain). Dia tidak perlu sertai banyak kejohanan dalam setahun kerana tidak kejar ranking peribadi. Lin Dan dan rakan-rakan bekerja sepasukan (seperti pemandu team Formula 1) yang bukan mengejar kejuaraan individu tetapi menyokong satu sama lain dalam perbaiki ranking untuk kejohanan-kejohanan seterusnya. Mereka jadi pasukan hebat di mana Lin Dan sebagai 'key player' diikuti Chen Jin dalam pastikan kedudukan rakan lain tidak tercicir jauh.
Lagi satu - setiap 6 bulan kita boleh lihat mereka punyai sekurang-kurangnya 4 pemain terbaik yang mampu isi slot 5 terbaik dunia (Lin Dan, Cheng Jin, Bao Chunlai, Chen Long). Pada masa yang sama mereka mampu sediakan 2-3 pemain terbaik untuk ganti 2-3 kedudukan slot sedia ada seperti Du Pengyu, Wang Zhengmin, Gao Huan. Kitaran ini tidak akan berhenti dengan kemunculan beberapa lagi pelapis terbaik seperti Chun Yuekun, Tian Houwei, Qiao Bin, Song Xue, Kai Guo, antaranya. Mereka 'enjoy' bermain di samping pastikan slot-slot terbaik dunia tidak dicuri oleh pemain negara lain. Dalam tempoh 3 tahun, jika tak bagus mereka kena singkir. Lihatlah mana ada lagi nama-nama seperti Gong Weiji, Lu Yi, Zhou Wenlong, Wen Kai, Lu Qi Chang, Qin Yan Bo?
Manakala kita hanya ada Datuk Lee Chong Wei yang dikerah untuk pastikan ranking nombor satu dunia kekal milik Malaysia. (Bukan aku tak bangga, aku bangga sebab tu abadikan cerita ni dalam belog. Tapi sampai bila?) Melihat kembali 5 tahun ke belakang - tidak ada pemain lain dapat bantu sekurang-kurangnya berada di kedudukan 5 terbaik dunia. Nama-nama seperti Darren Liew, Chong Wei Feng, Tan Chun Seng, Mohamad Arif, Misbun Ramdan berjaya isi slot 50 terbaik berdasar jumlah penyertaan kejohanan. Begitu juga dengan Goh Soon Huat, Iskandar Zulkarnain, Zulfadli yang masih berada dalam kelompok 100 dunia. Mereka tidak dapat bantu sesama sendiri dalam perbaiki ranking, apatah lagi dengan keadaan pengurusan BAM yang entah bila boleh stabil...
Aduh, aku penatlah. Berenti dulu ^_^