Home » » Pencerahan? Awan Itu Kadang Kadang Kelabu

Pencerahan? Awan Itu Kadang Kadang Kelabu

EmpayarUtama - Sunday, September 29, 2013 : 5 comments

Cerita kali ni bukan nak mencerahkan awan tapi hanya untuk jelaskan tentang para sponsor yang turut dipromosi dalam kontest atau GA (ringkasnya SEGMEN) oleh penganjur.

Kebiasaannya link mereka turut dipamer dalam entri segmen. Ini adalah pandangan peribadi dan aku fikir mungkin berguna jika berkongsi.

Jika mana-mana segmen dapat sambutan hatta daripada 10 pengguna lain sekalipun; maka link sponsor ini secara otomatik turut dipromosi oleh para peserta.

Agak rugi kepada sebelah pihak bila tiada situasi menang-menang ('win-win situation'). Sebab itu bila aku lawat link-link penaja; memang tak semua tolong promosi segmen yang ditaja. Takkanlah tak boleh tegur... Pandangan aku - bila kita bersetuju menaja dan orang yang ditaja telah buat sebaik mungkin untuk promosi link kita; apa salahnya jika kita juga promosikan apa yang kita taja. Tidak akan wujud konflik 'nanti penaja pulak yang akan menang' jika sponsor tidak hantar link entri kepada penganjur.

Selain itu, bila 'coding link' diberi - pastikan segala yang berkaitan dengan segmen dipapar ikut kesesuaian belog. Tak semestinya ambil bulat-bulat apa yang diberi kerana itu hanya ASAS kelayakan penyertaan. Boleh tambah perencah sesedap rasa agar apa yang dikongsikan jadi lebih menarik. Tapi ia jadi syarat kemestian bila dinyatakan dalam syarat-syarat penyertaan. Contohnya (Aku ambil contoh segmen Ayie Abas):


Baca syarat penyertaan No. 4 dan No. 5

Oleh itu dalam contoh segmen terbaru yang aku tolong promot; tak jadi masalah jika KhirKarya tidak dapat masukkan coding link yang diberi; yang penting link entri segmen dihantar ke tempat sepatutnya.

Apa perasaan sponsor bila SEMUA peserta mana-mana segmen langsung tidak selitkan senarai penaja (bila tidak disyaratkan untuk berbuat demikian)? Jujurlah...

Teringat pula cerita pasal jujur. Tak salah aku ada 3 cerita pasal 'jujur'. Cerita yang lain lain sekadar berkias je...

Alamak, kesian Kakzakie terpaksa komen kat belog demo. Belog tu belum siap sepenuhnya.


Walaupun belog rojak, aku memang harap apa yang dikongsikan boleh jadi ilmu (untuk aku belajar juga). Berkias sikit-sikit. Jika tidak, jadi bahan bacaan ringan saja pun takpe. Air yang keruh kita jernihkan, mintak maaf ya semua pembaca. Hidup kena ceria :)




5 Comments

5 comments:

  1. alhamdulillah..org rajin akan berjaya nati..in sha Allah

    ReplyDelete
  2. Makasih Knor bg nasihat untuk kita semua

    ReplyDelete
  3. betul tu setuju sgt... done clik2 nuffnang yer !

    ReplyDelete
  4. done klik nuffnang juga...suka masuk sini..tggu next n3..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih semua. Kalau ianya bakal jadi ilmu; jadilah ia ilmu nanti. Perkongsian cerita saya bersifat umum (general) tetapi bila masuk kepada contoh; saya kena bagi contoh tepat / sebenar (fakta) nanti dikata orang saya mereka cerita yang tidak betul...

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~