Home » , » Sekali Air Bah, Sekali Belog Kena Ubah Bahhhh

Sekali Air Bah, Sekali Belog Kena Ubah Bahhhh

Empayar Utama - Wednesday, September 25, 2013 : 10 comments

Aduh terajin pulak buat cerita dua tiga menjak ni. Tapi blogwalking lom lagi. Malam ni boleh kot. Aaaaa sebelum tu; sapa-sapa yang belum dan berminat nak buat ucapan ulangtahun kat Cikgu ieta - sempat lagi. Masih ada lebih kurang 55 jam sebelum ia ditutup. Setakat ni dah 44 peserta dan dari jumlah tu 13 belum lengkap.
Semalam dapat emel dari ChurpChurp Malaysia beritahu program mereka berwajah baru sehari sebelumnya. Malam tadi baru sempat buka websitenya. Nampak ok jugalah sebab kesemuanya disusun mengikut segmen. Ada juga yang merumitkan terutamanya bila kita nak promot imej iklan kat belog. Sebelum ni aku letak kat sidebar di bawah iklan Nuff dan rasa agak mudah sebab kopipes je link imej yang sedia ada. Sekarang ni susah sikitle.

Bak kata pepatah, 'sekali air bah, sekali pasir berubah'. Jadi aku terpaksalah buang slider 'Belog Kengkawan' untuk ganti dengan iklan ChurpChurp. Kalau ada iklan 8Share aku tempek sekali kat situ. Rajin-rajinle jengah semua promosi yang ada tu ya :)

Buat abang kopi pasta; slider ini pun menarik juga. Tapi aku belum cuba letak dalam entri, setakat ni cuma letak kat sidebar jah. Takut konflik sebab kat sidebar saja sudah ada 6 jenis slider yang aku cuba (Carousel, ChurpChurp, Popular Posts, Recent Posts, Pelik, dan Trafik).


Kepada ieta; maaf jika ada apa-apa yang menyinggung hingga semua komen saya dipadam. Saya masih berhutang pencerahan berkenaan 'sponsor' nanti saya kongsi. Selamat ulangtahun ya :)

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

10 comments:

  1. boleh jer letak banyak2 slider tu janji jquery tu pkai satu jer. kalau lebih dari 1, nanti konflik dgn jquery lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slider jenis ini saya dah cuba letak dalam entri, macam tak jadi. Nanti saya godeh lagi bagi jadi :)

      Delete
  2. ha ah agak tersinggung. dan ada juga sponsor mini GA (mini GA je pun...) yang tersinggung. Tu sebab saya padam. Demi menjaga hati semua pihak. Saya tak pandai dan saya hanya blogger part time je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dengan rasa rendah diri menyusun jari mohon ampun dan maaf kepada semua yang terlibat. Nanti saya kongsi pandangan saya (untuk bacaan umum melibatkan 'sponsor', janji namanya 'sponsor'). Harap bersabar ya. Maaf sekali lagi, saya pun blogger part time a.k.a. suka-suka je

      Delete
  3. Bab edit mengedit javascrip/HTML pada blog ni memang memeningkan kepala aku.tapi lama kelamaan rasa seronok pulak .Akibatnya susunan template blog aku dah bercelaru...terpaksalah baikpulih sedikit demi sedikit.....hehehe belum siap lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slow slow bang nanti jadi memang puas hati, sebab hasil tangan sendiri :)

      Delete
  4. bab nak ubah belog tu yang masih dilanda sindrom kemalasan hehe...nak hapdet entri pun ikut mood jea sekarang nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe mrs eyza;

      banyak tutorial kat luar sana boleh bantu. Kena ambik masa sikitle

      Delete
  5. rajin ok la..kalau malas nak bt apa pun tak boleh

    ReplyDelete
  6. Knor;

    saya x rajin cuma suka mencuba benda-benda yang saya nak cuba. Itule masalah saya ni

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...