Home » » Percuma Selagi Boleh. Memang Boleh

Percuma Selagi Boleh. Memang Boleh

Empayar Utama - Friday, October 4, 2013 : 5 comments

Sebelum ini aku bincang tentang penglibatan penaja dalam SEGMEN; kali ini meh lihat bagaimana penggunaan atau manipulasi 'sponsor' di alam maya dalam bentuk lain.

Sambil-sambil tu kita tengok ada tak situasi menang-menang antara kedua belah pihak.

Sponsor jadi tajuk iklan
Ia bukan sponsor kerana yang dipapar adalah iklan dari pengendali iklan seperti Komli, Advertlets, Nuffnang, Innity, Adsense, Bidvertiser (antaranya). Kita perlu daftar dan penuhi syarat mereka sebelum iklan berjaya diterbitkan. Pengiklan dapat imbuhan dari iklan yang dipapar dalam belog sebagai imbuhan. Biasanya mereka tidak galakkan tajuk seperti 'tolong klik iklan' dan cadangkan tajuk-tajuk seperti 'iklan', 'Ads', 'Advertisements' atau 'Sponsored Ads'.

Ini sama dengan program affiliate lain di mana pengiklan perlu daftar dahulu untuk dapatkan link affiliate baru boleh pasang iklan.

Sponsor downliners
Ini frasa standard dalam laman MLM. Aku tak berapa faham kenapa diletak 'menaja /sponsor orang bawah'. Nak bagi cantik ayat je kot. Sebab bukan taja pun, orang bawahan tu kena bayar baru boleh masuk senarai. Bayangkan kalau ada satu program terhebat sampai satu dunia nak join; berdasar kelayakan habis dah satu dunia dah masuk. Dalam piramid tu barisan terbawah sekali mana nak gagau downliner lain?

Sponsor taja website/blog
Kebiasaannya tuanpunya web/blog pilih untuk tidak paparkan penaja tetapi aktiviti blog menjurus kepada operasi tertentu. Contohnya blog abang Gilamodified yang dapat tajaan KBS untuk kemudahan 'roadshow', peralatan, serta ayarikat automotif sebagai penaja hadiah.

Contoh lain (contoh je tauuuu) - penulis maya/cybertroopers politik di mana mereka dibayar untuk menulis (kebanyakan mereka menafikan) dan kita boleh lihat melalui logo tertentu yang sama dalam beberapa blog politik.

Di bawah ini hasil laporan Ketua Audit Negara 2012
(Segar dari ladang hahahahahah)


Iktiraf blog popular sebagai sponsor tak langsung
Ini pun jadi 'trend' dah ni. Selalunya selitkan dalam 'bloglist' sama ada jadi sumber inspirasi tuan belog; nak dapat backkick backfire backlink, tumpang populariti atau tak yakin pada diri/belog sendiri - itu aku tak pasti. Sendiri jawab dalam hati.

Penafian penglibatan sponsor dalam entri
Ini untuk elakkan prejudis di kalangan pesaing (competitors) antara pengeluar produk yang sama. Selalunya entri berbau politik akan diambil kesempatan oleh pihak satu lagi untuk kondem kembali apa yang ditulis. Aku ada juga buat penafian sebegini dalam cerita kempen anti merokok yang kebetulan sampel berjenama satu syarikat penyiaran di mana aku cuba elakkan 'bias'. Satu lagi sewaktu berlangsungnya Sesi Bercakap Dengan Jin setelah tulis perbandingan variable rate di mana tak semua pengeluar kereta dan bank tawarkan skim ini berbanding fixed rate.

Ada juga penulis cari jalan selamat dengan letak bermacam-macam penafian (takut kena saman kot) sebab ayat-ayat cinta dalam artikel pedas-pedas belaka. Di sini tak ada 'win-win situation' kerana penafian (disclaimer) hanya perkongsian cerita untuk rujukan, ilmiah, propaganda, atau bacaan ringan

Sponsor percuma dari program sedia ada
Ini merujuk kepada platform yang kita pilih untuk berblog. Banyak program percuma seperti Blogger, Wordpress, Tumblr; atau melalui pengendali program lain yang juga ada sediakan blog untuk ahli secara percuma. Di sebalik kita bebas untuk menulis; timbal baliknya kita kenalah biarkan nama platform program tersebut di belakang web/blog kita. Contoh aku kat sini.

Dah habis sebab yang lain aku tak tau

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

5 comments:

  1. sponsor penting untuk expose kan blog.. yang secara tak langsung melalui backlink tu memang banyak.. aiza singgah isi 2 tabung nuff..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mizz Aiza (Dunia Kecil);
      terima kasih. Saya sekadar berkongsi pandangan. Mari kita meriahkan tabung Nuff masing2 :)

      Delete
  2. Hai Maya MustWany;

    errr bagusnet; bila blog kamu nak oke nih?

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...