Home » » Pencerahan? Awan Itu Kadang Kadang Kelabu

Pencerahan? Awan Itu Kadang Kadang Kelabu

Empayar Utama - Sunday, September 29, 2013 : 6 comments

Cerita kali ni bukan nak mencerahkan awan tapi hanya untuk jelaskan tentang para sponsor yang turut dipromosi dalam kontest atau GA (ringkasnya SEGMEN) oleh penganjur.

Kebiasaannya link mereka turut dipamer dalam entri segmen. Ini adalah pandangan peribadi dan aku fikir mungkin berguna jika berkongsi.

Jika mana-mana segmen dapat sambutan hatta daripada 10 pengguna lain sekalipun; maka link sponsor ini secara otomatik turut dipromosi oleh para peserta.

Agak rugi kepada sebelah pihak bila tiada situasi menang-menang ('win-win situation'). Sebab itu bila aku lawat link-link penaja; memang tak semua tolong promosi segmen yang ditaja. Takkanlah tak boleh tegur... Pandangan aku - bila kita bersetuju menaja dan orang yang ditaja telah buat sebaik mungkin untuk promosi link kita; apa salahnya jika kita juga promosikan apa yang kita taja. Tidak akan wujud konflik 'nanti penaja pulak yang akan menang' jika sponsor tidak hantar link entri kepada penganjur.

Selain itu, bila 'coding link' diberi - pastikan segala yang berkaitan dengan segmen dipapar ikut kesesuaian belog. Tak semestinya ambil bulat-bulat apa yang diberi kerana itu hanya ASAS kelayakan penyertaan. Boleh tambah perencah sesedap rasa agar apa yang dikongsikan jadi lebih menarik. Tapi ia jadi syarat kemestian bila dinyatakan dalam syarat-syarat penyertaan. Contohnya (Aku ambil contoh segmen Ayie Abas):


Baca syarat penyertaan No. 4 dan No. 5

Oleh itu dalam contoh segmen terbaru yang aku tolong promot; tak jadi masalah jika KhirKarya (kalaupun dengan sengaja) tidak dapat masukkan coding link yang diberi; asalkan link entri segmen dihantar ke tempat sepatutnya.
Apa perasaan sponsor bila SEMUA peserta mana-mana segmen langsung tidak selitkan senarai penaja (bila tidak disyaratkan untuk berbuat demikian)? Jujurlah...

Teringat pula cerita pasal jujur.
Ini 'screenshot' cerita Jujurlah Padaku.... Bacaan penuh tekan je link tu :


Ini pulak 'screenshot' cerita Jujur... Aku Dayus. Kalau nak baca keseluruhan cerita kena tekan link ya :

Alamak, kesian Kakzakie terpaksa komen kat belog demo. Belog tu belum siap sepenuhnya...


Walaupun belog rojak, aku memang harap apa yang dikongsikan boleh jadi ilmu (untuk aku belajar juga). Berkias sikit-sikit. Jika tidak, jadi bahan bacaan ringan saja pun takpe. Air yang keruh kita jernihkan, mintak maaf ya semua pembaca. Hidup kena ceria :)


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

6 comments:

  1. alhamdulillah..org rajin akan berjaya nati..in sha Allah

    ReplyDelete
  2. betul tu setuju sgt... done clik2 nuffnang yer !

    ReplyDelete
  3. done klik nuffnang juga...suka masuk sini..tggu next n3..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..EU..

    tersedak..pd contoh tu...hehehe

    betul2..ayie setuju pd win2 situation yg EU maksudkn tu. satu hal yg sebelum ini ayie sendiri pun terlepas pandang..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih semua. Kalau ianya bakal jadi ilmu; jadilah ia ilmu nanti. Perkongsian cerita saya bersifat umum (general) tetapi bila masuk kepada contoh; saya kena bagi contoh tepat / sebenar (fakta) nanti dikata orang saya mereka cerita yang tidak betul...

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...