Cerita Yang Jarang Terkini :

GooglePlus Komen

Empayar Utama - Thursday, November 28, 2013 : No comments

Bila dah letak dua pilihan komen (multitab) untuk fesbuk dan blogger; terfikir nak letak 3 pilihan komen. Pilihan ketiga tu pulak adalah GooglePlus. Aku test dulu di belog demo dengan keluarkan fesbuk dan letak tabber blogger / GooglePlus.

Perbezaan ketara antara komen fesbuk berbanding GooglePlus melalui
'perkongsian cerita'. Apa yang kita kongsi di fesbuk tidak dipapar dalam kotak komen fesbuk tetapi sebaliknya di GooglePlus.

Jika aku join 10 grup fesbuk dan aku kongsikan cerita terbaru di semua grup tu; satupun tak dikira sebagai komen. Tak keluarpun dalam kotak komen fesbuk. Iyalah berkongsi cerita je, bukan komenpun.

Tapi bila cerita terbaru dikongsi ke GooglePlus hatta ke 'Public' sekalipun ianya dah dikira sebagai satu komen dalam GooglePlus. Kalau aku join 10 komuniti dan aku kongsikan cerita terbaru di semua komuniti tu; hamboih aku dah ada sepuluh komen GooglePlus hahahahahahah banyak tuuuuu komen aku dapat (malulah nak tempek snapshot kat sini huhuhu).

Perbandingan komen blogger dengan komen GooglePlus pulak - apa yang ada dalam kotak komen blogger hanya diterbalikkan di GooglePlus. Kotak untuk komen blogger ada kat bawah manakala kotak untuk komen GooglePlus belah atas. Kalau ada pembaca yang komen melalui GooglePlus barule ada penambahan komen di GooglePlus. Tak caya? Tengok komen kedua-duanya kat bawah:

Ini snapshot blogger komen (ada 7 komen tapi aku ambik yang pertama dan ketujuh aja) :

Ini pulak snapshot GooglePlus komen (samalah; aku ambik yang pertama dan ketujuh aja) :
Penggunaan kotak komen GooglePlus ni bagus kalau kita rajin / banyak dapat komen pembaca menerusi GooglePlus. Kalau ada yang berminat nak bertukar kepada komen GooglePlus atau nak letak kedua-dua (multitab) kotak komen blogger dan GooglePlus sekaligus; gi tanya pakcik gugel ya :)


Trauma

Empayar Utama - Monday, November 18, 2013 : 7 comments

Perghhh tujuh belas hari yang betul-betul buat aku trauma. Lepas kongsi cerita terakhir 1 Nov lepas (sambil ingatkan diri sendiri jangan sampai terlupa) semua PC yang ada kat rumah aku cuba upgrade sendiri kepada Windows 7. Rupa-rupanya bukan semua PC ngam untuk diupgrade. Kena tengok jenis dan memori juga rupanya.

Serabut jugalah bila ada yang hanya boleh pakai Premium; ada yang boleh pasang Ultimate; dan alhamdullillah aku berjaya juga settlekan PC yang sedia ada CDROM.

Masalah paling besar ngalahkan trauma 'Kelantan kalah bola' aritu ialah PC kesayangan yang aku rajin bawak ke sana ke mari - ACER Aspire ONE yang takdak CDROM. Jenuh mengcopy paste segala program Windows 7 dalam pendrive.

Pasang Windows 7 Premium tak stabil. Pasang Professional pun tak stabil. Last-last aku belasah duplicate 1 partition baru dan install Ultimate. Nampak cam oke tapi masalah baru pulak timbul - Kotak komen kat belog tak keluar; keyboard tak berfungsi langsung dan loading macam siput. Aku keluarkan dulu beberapa widget yang boleh jadi penyebab loading lambat (cam beberapa scripts dan shoutbox). Aku cuba ikut segala tutorial yang pakcik gugel ajar, satupun tak menjadi. Aku dah salin sebijik cam belog demo - tak jadi juga. Pasang external keyboard pun Windows tak boleh install...

Hampagastullah sampai ada yang marah kata aku sengaja tutup kotak komen dan tak professional. Ni aku buat cerita ni sebab PC dah oke sikit dan aku baru lepas pasang shoutbox semula. Itu yang nampak ada komen marah tu :)

Untuk makluman pembaca yang baru kenal belog aku dan baru baca beberapa cerita; bacalah resume/biodata yang aku kongsikan pada 15 Mac, 2012. Tak pun baca cerita yang lebih lama pada 12 April, 2011. Alaaa, bukan banyak cerita pun.

Sebab itulah masa berblogging aku sangat terhad dan aku tak malu gelar diri blogger suka-suka jer. Tapi aku memang harap sangat belog ini akan ada walaupun aku dah tak ada. Segala perkongsian cerita biar berlandaskan fakta dan perlu ada rujukan sebenar untuk paparan cerita. Nanti orang kata aku mereka-reka cerita yang tak betul (sebab tak ada bukti pembelian; yang ini pun ada yang marah tau). Sebab tu lah aku selalu tulis yang aku harap segala cerita akan jadi ilmu (panduan) kalau tidak - jadi bahan bacaan ringan sajalah...

Aku kongsi cerita ini pun selepas puas hati semua yang ada dalam belog dapat dipapar keluar walaupun kalau korang perasan masih ada yang tak betul/siap lagi, antaranya :


Butang arrow berulang/berlapis


Header komen berulang serta jarak agak besar di bawah kotak komen


Tapi prinsip aku, kita bersangka baik sajalah :)


Kemaskini 20/11/2013 : Alhamdulillah nampaknya macam dah berjaya selesaikan 3 problem atas tu pukul 4.45 petang tadi. Yeay rasa nak lompat-lompat gumbira hahahahahah :)


Cerita Tahun Depan

Empayar Utama - Friday, November 1, 2013 : 5 comments

Dari pertengahan tahun 2010 lagi dah ramai yang bincang pasal Operasi Sistem Windows XP akan ditamatkan pada April 2014. Lebih tepat lagi - 8 April 2014. Manakala statistik setakat April 2012 - lebih 3.6 juta komputer masih guna perisian Windows XP termasuklah aku.

Tak tau la jumlah tu makin berkurang,
bertambah atau tak bergerak sekarang ni kalau ramai bertukar kepada sistem operasi lain. Tu belum kira pengguna baru yang masih suka Windows XP.

Tapikan, yang tak beshnya Microsoft akan hentikan segala kemaskini (updates), online support, dan tak de lagi otomatik fixes untuk Windows XP selepas 8 April 2014. Maknanya kalau ada apa-apa masalah kepada pengguna perisian Windows XP selepas tarikh itu, ia jadi statik cenggitu jelah. Nampak cam lama lagi, tapi pejam celik pejam celik nanti lupa pulak benda alah ni. PC aku pulak 1GB je. Boleh ke kalau aku nak upgrade Windows 7?

Berhari-hari aku dok buang masa cuba upgrade sendiri men pindahkan program ke pendrive sebab ASPIRE ONE aku tuh tak pakai CD ROM atau DVD player. Hasilnya - tiap kali bukak PC, manjang keluar gambar nih je :


Ishhh pening lar...

Oh sebelum sambung mengejas PC bermasalah aku tuh; selamat menyambut Deepavali, selamat menyambut tahun baru Awal Muharam; errr selamat bercutilah :)