Home » , » Cerita Kedai Kopi Lagi

Cerita Kedai Kopi Lagi

Empayar Utama - Monday, February 17, 2014 : 5 comments

Ada kawan-kawan bertanyakan tanah di kawasan Pontian. Ikut pengalaman sendiri; aku cuma boleh jawab "majoriti tanah Pontian agak cerewet urusan jual belinya sebab tanah 'syarikat'". Kerana sebelum ini semua pemilik tanah yang aku jumpa - bila tunjuk geran aja - bersusun nama dari moyang, tok nenek, ipar duai, anak menantu, cucu cicit, piang piut; yang
belum cukup umur hingga yang telah meninggal dunia pun masih ada dalam geran. Itulah aku gelar 'tanah syarikat'. Mana nak jadi mudah urusan jualbelinya nanti? Bila sorang saja tak setuju, tak jadiler.

Itu yang bina rumah sendiri pun lapan bulan terbengkalai walau dah bayar tunai.

Haaa teringatle kisah kawan sewarung kopi bercerita pasal tanah pusaka. Tak le besar mana tapi ding dong ding dong makan tahun juga nak selesai. Ceritanya - selepas IdilAdha tahun 2010 berkumpullah mereka empat keluarga duduk berunding. Majoriti setuju nak duit jual tanah serta tidak ikut faraid tetapi pembahagian sama rata. Salah satu dari keluarga tu berminat nak beli untuk didiami, jadi kawan sewarung kopi aku tu beri cadangan - lantik pemegang amanah di kalangan ahli keluarga dan geran tukarlah nama dahulu kepada nama pemegang amanah untuk mudahkan proses jualbeli dan pinjaman bank. Nanti duit akan terus ke tangan penama dalam geran untuk dibahagi sama rata kemudiannya.

Kawan sewarung kopi aku tu sukarela bantu untuk segala proses. Dia ni bekas pengurus sebuah syarikat pemaju perumahan 7 tahun lamanya dan dialah yang berurusan dengan peguam, jurunilai, pejabat tanah, kontraktor, TNB, SAJ, dan para bankers bila ada pembeli rumah perlukan pinjaman.

Tapi ada pulak antara anggota keluarga yang tak percaya kat ahli keluarga yang nak beli tu; malah lebih tak percaya kat kawan sewarung kopi aku tu siap bagi warning supaya 'jangan campur langsung urusan orang tua; jangan jadi kurang ajar'. Ikut katanya jika masing-masing setuju; semua akan dapat 25% bahagian. Pinjaman hanya perlukan 75% sahaja. Ahli keluarga yang nak beli tanah tu pula masih boleh kurangkan pinjaman melalui simpanan KWSP beliau. Proses tukar nama kepada pemegang amanah akan ambil masa. Urusan pinjaman juga akan ambil masa. Gedebak gedebuk lepas juga dua tahun dan jika dibackdated kan perjanjian jual beli setahun lebih awal; maka cukai jualan yang dikira adalah lebih murah kadarnya berbanding 2 tahun pertama.

Jadi bila kawan sewarung kopi aku dah tak boleh campur, segala dokumen yang perlu ditandatangani dia buat derk aja. Katanya kalau dia tandatangan satu surat saja sudah dikira campur tangan. Betul juga. Akhirnya proses yang mudah jadi sukar.

Kebetulan pula masuk tahun kedua selepas persetujuan rundingan awal dahulu; salah satu keluarga ni telah merenovate 'rumahku syurgaku' mereka diikuti dengan satu majlis kenduri yang agak besar. Malah mereka akan buat satu lagi majlis besar kurang setahun selepas itu. Wau, belanja besar tu. Hasilnya? Tanah terjual kepada orang lain dengan harga yang jauh lebih murah dan bagaimana proses jual beli telah menjadi tanda tanya kerana geran tanah asal masih di tangan salah satu ahli keluarga lain.

Panjang lagi cerita kawan sewarung kopi aku tu pasal duit hasil kebunlah, upah haji ahli keluarga yang meninggal yang didahulukan oleh satu keluarga (awalnya semua setuju berkongsi) tetapi tidak dapat semula (alasan duit-duit tu semua telah diwakafkan) dan yang menarik sekali ialah keluasan tanah dijual tak sama dengan keluasan dalam geran asal tapi nanti panjang berjela pulak cerita nih. Aku yang mendengar terlopong mulut nasib baik lalat tak masuk. Kalau tidak maunya makcik warung cas lebih termasuk harga lalat.

Bulan lepas masa kat Kuantan terserempak dengan dia lagi. Diapun jadi sukarelawan rupanya. Bila minum petang bersama, adalah dia mengadu salah satu keluarga tu mintak tolong uruskan geran tanah asal mereka. Dia kata tak mo campur dah. Aikkk tak settle lagi rupanya.

Harap perkongsian cerita ini dapat jadi panduan kepada yang berminat dengan urusan jual beli tanah. Mungkin abang Harith Iskandar ada pandangan dari sudut perundangan; bolehlar saya nasihatkan dia kalau ter'sewarung kopi' lagi nanti :)

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

5 comments:

  1. bila bercerita pasal tanah, especially tanah pusaka... mmg takkan cukup lalat diwarung tu nak ditelan.

    ReplyDelete
  2. lama tak muncul di sini...

    pnjg cerita..

    ReplyDelete
  3. Singgah baca ..lama sudah tak BW :)

    Oye , pasal jual beli tanah ni, x berapa mahir lagi..
    Almaklum la takde tanah diberi.huhuu

    ReplyDelete
  4. Makasih semua. Lama baru dapat bagi respon. Saya nunggu komen dari abang Harith kalau dapat bg pandangan... :)

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...