Home » » Masih Bersangka Baik

Masih Bersangka Baik

Empayar Utama - Monday, March 31, 2014 : 1 comment

Banyak yang dapat kita belajar dari tragedi MH370. Sekurang-kurangnya kita tau sikit tentang beberapa sistem dalamannya; bagaimana negara-negara jiran (termasuk negara sendiri) mengesan sesuatu objek yang masuk dalam ruang udara negara; beberapa jabatan yang terlibat dalam pengendalian penerbangan; dan banyak lagilah walaupun tak terperinci.

Dalam banyak-banyak tu; ada juga yang kita semakin tak faham dan susah nak faham walaupun tak perlu nak lihat di luar kotak fikiran normal. Antaranya yang aku nampak :

1. Tragedi berlaku. Sudah ada kes. Tapi macam ada yang tertinggal dalam siasatan. Sistem pesawat, penumpang dan krew disiasat; apa yang dibawa tak disiasat. Ada laporan mengatakan beberapa kargo dalam pesawat dipantau oleh pihak lain. Kemungkinan itu ada jika beberapa pihak tidak mahu penghantaran kargo tersebut berjaya. Yang ini (siasatan kargo/muatan dalam pesawat) langsung tiada hebahan dari hari pertama tragedi. Aku fikir kena ambil kira juga segala kargo; pengirim serta urusan penghantaran hingga dimuat ke dalam pesawat.

2. Bila dilaporkan minyak pesawat boleh bertahan paling lama 7 jam selepas hilang dari radar; satu jarak diameter berpusat dari titik akhir dalam radar dibuat. Skop juga kecil setelah ada laporan 'pesawat mungkin berpatah balik'. Usaha pencarian bertumpu di laut. Mereka tinggalkan usaha pencarian di darat. Kemungkinan ada bila jarak diameter adalah termasuk daratan (di sini jelas sekali semenanjung).

Inmarsat juga menafikan pihaknya terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi". Jadi siapa yang buat kesimpulan tu? Dan sekarang nak cari kotak hitam di sana.

3. Lanjutan dari no. 2 - bila kemungkinan pesawat berpatah balik (atau U-turn untuk mendarat); tak taule sama ke tidak kalau buat perbandingan logik dengan kenderaan yang dipandu menurun bukit. Apa yang aku boleh fikirkan di sini ialah jarak diameter yang dibuat dalam no. 2 tadi juga semakin mengecil; jadi skopnya juga lebih kecil. Kenapa keperluan pencarian jadi terbalik (di mana skop pencarian semakin besar serta di luar logik asas diameter) ? Jika mereka boleh terima 'andaian' refuelling/pengisian minyak di udara atau pengisian minyak sewaktu pendaratan di sesuatu landasan persendirian (hingga satelit/radar langsung tak boleh kesan yang ini); kenapa 'mereka' tak boleh terima 'andaian' yang lebih logik/masuk akal?

4. Lanjutan dari no. 2 juga aku fikir masa kita semua dibuang untuk sesuatu pencarian yang sia-sia (atau masa itu sengaja dibuang untuk alih perhatian kita semua dan dalam masa yang sama - ada tugasan yang perlu diselesaikan oleh pihak tertentu tanpa perhatian masyarakat). Jadi, tak ada orang perasan.

Aku dah mula rasa bosan. Mungkin seminggu je lagi kot 'slide' berkenaan MH370 dipaparkan. Lepas tu pasang balik iklan cup-cup dan berblog semula cam biasa. Rasanyalah...

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

1 comment:

  1. hurmmm 1 2 3 4 tu sy boleh setuju juga.cuma buat masa ni masih bersangka baik juga mcm org lain wpun byk persoalan yang belum terjawab

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...