Cerita Yang Jarang Terkini :

i-Sinar, Fikirlah Baik-Baik

Empayar Utama - Tuesday, November 17, 2020 : 2 comments

Cuba elakkan pengeluaran... Fikir dulu sebelum buat keputusan.

Saya kira berdasar mula kerja pada 02/05/2019 (tahun lepas) dengan potongan KWSP 11% manakala 13% lagi sumbangan majikan. Jumlah itu dibahagikan 70% untuk Akaun1 selebihnya 30% untuk Akaun2. Ok mari kita kira:
Senario 1: Gaji (keluarga) RM7,000.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar.

Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM6,048.00 (RM504 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM14,112.00.

Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak 12 bulan dan pada April 2021 Akaun2 masih ada RM6,096.00 (pengeluaran bulanan sama dengan caruman bulanan) manakala Akaun1 berjumlah RM28,224.00.

Tapi i-Sinar hanya boleh keluar selepas April 2021. Eheh hidup lagilah kot masa tu...


Senario 2: Gaji (keluarga) RM3,500.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar.

Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM3,024.00 (RM252 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM7,056.00.

Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak 11 bulan saja kerana i-Lestari terhenti otomatik pada April 2021 disebabkan Akaun2 tinggal RM294.00 manakala Akaun1 berjumlah RM14,112.00. Kering dah Akaun2 tu.

Lepas keluar i-Sinar RM10,000, bulan Mei 2021 Akaun1 tinggal RM4,952.00 (baki tolak i-Sinar + 100% caruman terus ke Akaun1). Akaun2 statik pada RM294.00 sebab kena setel dulu pengeluaran Akaun1 tadi.

Bulan Jun 2021 harap gaji bulanan sajalah itupun jika masih bergaji...


Senario 3: Gaji (keluarga) RM2,000.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar. Tak yah campuler BSH ke apa ke yang one-off tu sebab nak kira kelangsungan hidup.

Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM1,728.00 (RM144 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM4,032.00.

Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak cuma 4 bulan sebab i-Lestari terhenti otomatik pada Ogos 2020 disebabkan Akaun2 tinggal RM304.00. Disember 2020, Akaun2 jadi RM880 mati kat situ...

Disember 2020 baru boleh mohon i-Sinar, ok tu sebab Akaun1 berjumlah RM6,720.00 dan dapatlah keluar RM6,000. Bulan Februari 2021 Akaun1 tinggal RM1,200.00 (baki tolak i-Sinar + 100% caruman terus ke Akaun1). Akaun2 statik pada RM880.00 sebab kena setel dulu pengeluaran Akaun1 tadi.

Bulan Februari 2021 hidup terus merempat harap gaji (kalau masih ada kerja dan bergaji) tanpa tabungan langsung...


Anda dalam kategori yang mana?
Saya tak pandai beri pandangan, cuma boleh kira,
jadi jangan kecam saya...



Prihatin Sungguh

Empayar Utama - Monday, November 16, 2020 : No comments

Jika ada majikan yang rasa tak sabar, tentu biasa lihat paparan seperti di sebelah ni, kan...

Bahan-bahan ni diberi oleh rakan yang katanya dah buat segalanya tapi 'dok tang tu' lah nampaknya. Bila aku semak apa yang diberi, oklah ada juga posting untuk kenangan aku sebagai 'freelancer' nih haha.
Bayangkan kalau ada syarikat dengan lebih 30 pekerja, masak juga majikan nak 'cover' gaji diorang.

Bulan pertama nampak cantik dah dibayar. Bulan kedua tu Ogos, errr ni dah lepas tengah bulan November. Betul jugak tu...

Emel pertanyaan pun dah dihantar tapi jawapannya hanya 'arahan' untuk layari laman web yang memang kawan aku dok 'check' tiap hari. 'Link' yang diberi tu haaa macam imej yang atas sekali tu ler. Sampai sudah tak ada respon...

Nombor talipon tu pula katanya mesin je yang jawab, sampai sudah tak dapat bercakap dengan orang...


Prihatin kan?




Pasu Dari Tempurung Kelapa

Empayar Utama - Thursday, October 22, 2020 : No comments

Tiga hari lepas, puteri bongsu beritahu cikgu ada buat pertandingan cipta pasu menggunakan bahan terpakai. Terfikir pula kalau cuba sesuatu yang mungkin orang lain tak cuba buat, mungkin lebih menarik.

Jadi petang tu, singgahle kedai runcit depan rumah ambil 2 biji tempurung kelapa yang dah diparut.
Aku cuba ajar dia camana nak buat. Untuk level dia sekolah rendah, buat yang senang senang saja sudahlah janji lain dari yang lain.
Memula tu aku suruh dia buang baki isi kelapa guna sudu. Yang ini tak cerewet kerjanya. Dah siap, haaa jadile cam ni:
Lepas tu, suruh dia buang saki baki sabut luar tempurung. Nak bagi licin, gosok dengan kertas pasir...
Proses korek lubang untuk tapak pasu dan lubang untuk mulut pasu agak susah sikit. Guna playar tak kena, guna screw driver mata halus pun tak kena. Iyalah, budak perempuan sekolah rendah je punnn. Silap silap pecah tempurung tu...
Sudahnya, aku tolong panggang bahagian yang nak ditebuk. Agak agak dah hangus sikit bahagian tu, mudahle dia nak ketuk, buang dan bentukkan jadi bulat. Nak ratakan, cam biasa guna
kertas pasir je. Untuk cantumkan pasu yang dah sedia terbelah tu, gamkan aja... Inilah hasilnya:
Terfikir juga nak kilatkan guna belen 'varnish' pintu sambil tambah dua tiga keping daun (pun guna tempurung juga) tapi nanti cikgu nampak cantik sangat takut dia tak percaya benda ni puteri bongsu aku yang buat.....
 
Inilah hasilnya. Semalam pagi dah hantar :)




Malaysia Prihatin

Empayar Utama - Thursday, August 13, 2020 : No comments

Iya betul ada buat kesilapan. Alasan mudah - Bendera dipasang oleh pekerja warga asing. Tapi bila kesilapan itu hingga boleh dilihat dan diviralkan, nampak sangat pengurusan tak ambil peduli.

Teringat waktu sekolah rendah dulu, semua pelajar dapat giliran pasang bendera. Benderanya besar, kita budak
kecik tapi cikgu ajar camana letak kat bahu jangan sampai bendera tu cecah tanah. Cikgu juga ajar bagaimana cara ikat sebelum naikkan bendera.

Paling gemuruh bila kena pilih naikkan bendera waktu perhimpunan. Rasa bengang semacam je bila lagu dah habis, bendera baru tiga suku tiang; atau bendera dah habis naik, nyanyian belum habis. Huhuhuhu rasa panas jah muka...

Harapan aku lepas ni tak ada lagilah cerita pasang bendera terbalik. Selamat menyambut Kemerdekaan ke 63, Hari Kebangsaan ke 62, dan ulang tahun ke 57 penubuhan Malaysia.

._._.




Cuba Masak Sendiri

Empayar Utama - Sunday, July 5, 2020 : No comments

Semalam cadangnya nak bawa budak budak makan kat luar. Ada satu restoran Kari Kepala Ikan di Sentosa memang sedap. Tapi tukar rancangan nak cuba masak sendiri tengok jadi tak macam masakan restoran tu.

Kepala Ikan Merah beli kat Giant RM11.00. Bendi 5 biji, terung sebiji nanti potong lapan, daun kari beli kat
kedai Acheh tak sampai lima ringgit. Serbuk Kari memang ada stok.

Udang 24 ekor RM17.00. Daun kari bagi 2 – separuh untuk kepala ikan tadi. Yang lain - lada merah, telur, majerin Daisy memang ada stok kat rumah. Tepung jagung je beli ntah lupa berapa ringgit ntah peket kecik.

Restoran tu sajikan otak-otak ikan tapi aku tukar kepada telur ikan. Ada jual kat Maslee Larkin dalam RM7.50 (lebih 400 gram) dapat 3 keping. Telur untuk telur dadar dan serbuk kunyit untuk menggoreng telur ikan memang ada kat rumah.

Dan inilah hasilnya untuk hidangan 9 orang ahli keluarga. Budak budak cakap sama rasanya dengan kat restoran tu. Kos semua sekali (kalau stok barang mentah lain memang tak ada, beli semua) tak cecah RM50:

Kari Kepala Ikan
Udang Goreng Butter
Telur Ikan
6 biji Telur Dadar

Untuk lauk set makanan ni aku jimat lebih 3/4 dari harga makan di restoran. Berbaloi tau. Cubalah...


Bil TNB Melambung?

Empayar Utama - Sunday, June 21, 2020 : 1 comment

Penggunaan elektrik rumah sekitar RM200 sebulan atau sekitar 525 kWh sebulan. Campur tolak dalam sepuluh ringgit larinya. Jadi bayar jelah macam biasa walau tak terima bil atau bil lambat sampai. Cuma bil bulan Mac boleh terlupa pulak eheh.

Ikut pada bayaran yang dah dibuat, untuk 6 bulan terakhir berjumlah RM1,420 atau RM236.67 sebulan.

Jika ikut bayaran 'yang sepatutnya' cuma perlu bayar RM200 x 6 = RM1,200 je kan?


Kira dah terlebih bayar sekitar RM220 lah setakat 5.6.2020. Okey itu pengiraan aku.


Jadi, ikut bacaan bil terkini (91 hari) jumlah kena bayar ialah RM639.62 dan penggunaan sebanyak 1697 kWh. Bila dibahagi 3 (bulan); tiap bulan lebih kurang RM213.21 atau penggunaan sebanyak 565.67 kWh.

Aku fikir sepanjang 3 bulan ni memang patut kena lebih sikit sebab semua orang ada di rumah, 24 jam setiap hari. Campur bulan puasa, diorang pun kurang tidur. Jadi adalah kenaikan sikit sekitar RM13.21 atau kenaikan penggunaan dalam 40 kWh sebulan.

Ada pula Diskaun Rangsangan Ekonomi 15% dan anggaran terdahulu (yang telah dibayar macam biasa), tup tup jadi negatif RM242.30 (-RM242.30). Tadi pun aku ada tulis macam dah terlebih bayar sekitar RM220 kan?

Haaaaa aku rasa; bil TNB yang diterima tak ada masalah apa-apa. Cuma heran bila ramai merungut bil tiba-tiba melambung... Tak pasti kenapa cuma aku fikir sama ada; (pertama) ada bulan-bulan yang tidak dibayar bilnya dan jadi tunggakan bulanan atau; (kedua) memang bayar tiap bulan tapi tak pernahnya cukup ikut bil yang diterima – dalam erti kata lain, terunggak sikit sikit tiap bulan campur lagi dengan 3 bulannyer bil yang memang tak dibayar (alasan bil tak datang, kannnnnn...); memang tinggi ler bila terima bil terkini. Cuba periksa dulu bil untuk 3-6 bulan terakhir sebelum masuk bil untuk bulan Mac 2020 dan dapatkan anggaran penggunaan (RM & kWh) untuk sebulan. Rasanya tak lari jauhlah, takkan sampai ke Wuhan tu...


Dan terkini, baca juga makluman tentang Bekalan elektrik tidak akan dipotong sehingga 30 Sept - TNB.



SOP Anak Bongsu

Empayar Utama - Monday, June 15, 2020 : 2 comments

1 Julai – Lagi 2 minggu kemungkinan besar Tadika akan beroperasi semula mengikut SOP terperinci Kementerian Pendidikan.

Tak dapat bayangkan pagi itu bagaimana ragam si bongsu bila lihat abang-abang dan kakak-kakaknya dari darjah 1 hingga tingkatan 3 masih di rumah tidak ke sekolah.

Takut abah dan mamanya pula lewat atau tidak dapat ke tempat kerja hari itu dok melayan karenah anak bongsu ini. 

"Semua prasekolah dan tabika akan dibenarkan kembali dibuka bermula 1 Julai ini, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu melibatkan 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan 7,887 buah milik swasta, serta 1,781 tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan 8,530 tabika kemas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

"Mesyuarat khas telah bersetuju berhubung pembukaan prasekolah dan tabika bermula 1 Julai ini.

"SOP yang terperinci akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan," katanya dalam sidang media harian Covid-19, di Putrajaya hari ini."

Salam Lebaran, Semoga Sihat Sentiasa

Empayar Utama - Thursday, May 21, 2020 : 7 comments

Hati...
Bertabahlah dengan segala ujian


"Ampun maaf..
Ku pohonkan di angin lalu..
Ampuni anakmu..
Dari segala keringan dosa.."
Sebahagian lirik lagu 'Lambaian Aidilfitri'



Bukan lagu raya...





Perang Dunia Ketiga

Empayar Utama - Saturday, May 2, 2020 : 2 comments

Tempoh PKP masih berbaki hingga 12 Mei 2020.

Awal pagi 1 Mei 2020 laman web 'prihatin perkeso' baru keluarkan notis penutupan, tetapi tarikhnya di'backdated'kan kepada 22 April 2020. Screenshot ada kat bawah.

Kenapa jadi begitu? Menteri Sumber Manusia pula kata Perkeso masih
menerima permohonan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP).

Mau tak mau majikan kena beroperasi bulan Mei. Segala kos operasi termasuk gaji pekerja; majikan kena tanggung walaupun tahu perniagaan untuk Mei tidak menjanjikan apa-apa.



Apa dalam kepala pemikiran kita sekarang? Bayangkan berada di tengah lautan yang dilanda badai.

Yang ada bot yang rapuh mahu terus belayar untuk elak bot karam.

Yang ada bot yang agak kukuh mahu bertahan, takut bot karam jika diredah. Dalam bertahan dan menunggu; badai tidak juga reda. Daratan masih jauh.

Apa pilihan yang sepatutnya?

Rasanya, kita tak boleh tunggu sehingga 2021 untuk menang melaui vaksin/ubat. Tiada negara yang mampu bertahan selama itu.

Dan ini libatkan hampir semua negara, musuh yang sama. Tanpa senjata.

Inikah Perang Dunia Ketiga?



e-Commerce

Empayar Utama - Saturday, April 25, 2020 : 2 comments

Kita sudah diberi pesan, "Jika Tak Pasti - Jangan Sebar". Bila disebar juga, banyak pro dan kontra akan keluar.

Lebih teruk, ianya boleh jadi perbalahan pada hal isu asal bermula dari pihak lain...

Sepanjang PKP ni kita tau kedudukan
kewangan ramai pihak makin kurang. Tapi masa-masa camnilah banyak tawaran buat/jana duit boleh mempengaruhi mereka yang terdesak nak duit cepat, tanpa fikir panjang terlebih dulu.


Gambar/Imej dah elok;
tulisan/pertuturan pula tak berapa nak elok...





Yang ini pula; berniaga tapi fb nya tak idup
(fb nama lain ada aku jumpa):









Sebenarnya, --> Ini yang nak aku sampaikan ...