Home » » Keharmonian Antara Pekerja Dan Majikan

Keharmonian Antara Pekerja Dan Majikan

EmpayarUtama - Wednesday, March 18, 2020 : 5 comments

Tiba tiba je staff bertanya tentang cuti sempena tempoh perintah kawalan pergerakan sepanjang 14 hari ni. Itupun selepas tular beberapa maklumat yang tidak tepat menerusi fb dan beberapa medium sosial.

Sebenarnya pihak yang betul untuk dirujuk adalah majikan mereka sendiri – spesifiknya HR mereka. Bila mereka rujuk maklumat dari pihak luar yang
bukan dari Kementerian Sumber Manusia pastu baru bertanya kepada HR masing-masing, nampak sangatlah kurangnya hubungan baik atau keharmonian antara pekerja dan majikan.

Rujukan paling tepat ialah surat tawaran/pengesahan kerja yang telah dipersetujui dan ditandatangani bersama antara pekerja dan majikan. Surat tersebut menjadi kotrak rasmi bertulis yang telah diperhalusi oleh pihak majikan untuk kebaikan bersama.

Tapi bila timbul isu Covid-19 serta arahan penutupan premis perniagaan yang beri kesan kepada majikan dan pekerja; baru nak baca Akta Pekerja 1955. Dan terima info untuk Seksyen yang salah.

Cadangan aku kita ambil situasi menang-menang sajalah.

Dari 14 hari itu cuma 10 hari bekerja saja, kan? Apa kata anugerahkan pekerja 5 hari cuti sakit berbayar (majikan rugi 5 hari walau perniagaan tak beroperasi) dan pekerja setuju terima baki 5 hari lagi sebagai cuti tanpa gaji.

Boleh je, kannnnn......




5 Comments

5 comments:

  1. Bagus cadangan tu. Salam dari saya :)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang berguna. Ada pekerja yang cerewet tapi malas bertanya

    ReplyDelete
  3. Betul tu EU. Surat pengesahan kerja penting tapi ada majikan yang tak sediakan surat untuk para pekerja

    ReplyDelete
  4. Salam EU.

    Terbaiklah. Boss pun tak pening kepala sangat. Workers pun tak terasa sangat. Betul win-win situation.

    Harap wabak terhapus segera InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. Ptg td Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan kata Majikan mesti byr gaji spjg perintah kwln pergerakan.

    Makanya Majikan rugi berganda sbb tiada pndptn tp masih kena byr gaji manakala pekerja untg berganda sbb tk pyh kerja dpt gaji buta lg...


    Tunggu hitam putih dr Pak Menteri.

    Lps 31/3, kalau perintah kwln pergerakan berterusan (Muhyidin pun kata mungkin berlaku) apa pula kata Saravanan nnt? Serabut...

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~