Home » » Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) vs Program Subsidi Upah (WSP)

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) vs Program Subsidi Upah (WSP)

EmpayarUtama - Saturday, March 28, 2020 : 6 comments

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) – Untuk Pekerja

1. Antara Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama, diumum pada 16.3.2020

2. Telah dibuka pada 20.3.2020, layari laman web PERKESO untuk borang ERPC-19

3. Untuk Majikan yang telah keluarkan Notis Cuti Tanpa Gaji (CTG) bermula 1.3.2020. Notis CTG perlu jadi dokumen sokongan selain borang ERP

4. Nilai RM600 sebulan (maksima 6 bulan) untuk pekerja bergaji RM4,000 ke bawah


Program Subsidi Upah (WSP) – Untuk Majikan

1. Antara Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) 2020, diumum pada 27.3.2020. Penambahbaikan / peluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)

2. Akan berkuatkuasa 1.4.2020, maklumat lanjut e-mel perkeso@perkeso.gov.my atau facebook.com/perkeso.official

3. Majikan yang menuntut tidak dibenarkan buang pekerja, potong gaji atau arahkan pekerja ambil Cuti Tanpa Gaji (CTG) bagi tempoh 3 bulan selepas program dilaksana

4. Nilai RM600 sebulan untuk 3 bulan (kalikan dengan bilangan pekerja bergaji RM4,000 ke bawah) untuk majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak 1 Januari 2020. Mungkin penyata pendapatan bulanan dari Jan hingga Mac diperlukan sebagai dokumen sokongan


Baca juga pautan berkaitan Majikan Perlu Tuntut Program Subsidi Upah dan Subsidi Upah Menerusi Majikan

Aku cuba buat ringkasan dalam perkongsian ini. Kalau salah tolong perbetulkan dalam ruang komen ya. Tapi aku rasa tak semua pekerja dan majikan layak untuk program subsidi yang ditawarkan di atas...




6 Comments

6 comments:

  1. Yg baru umum tu untuk majikan ya? Ingatkan untuk pekerja juga. Ini senang faham

    ReplyDelete
  2. Kamu kerja dengan Perkeso ke? Atau kerja HR? Bulan ini banyak posting yang berkait.

    ReplyDelete
  3. ERP ke, WSP ke, rasanya tak semua dapat kemudahan ini. Kerajaan dah bajet dalam 20% hingga 30% peruntukan saja akan diguna pakai. Majoriti kategori majikan akan tak layak kecuali syarat-syarat yang ada diketepikan...

    Salam kenal EU

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~~|•Π÷÷∆¶¶×÷Π√|`|•Π^¥¥€¢£££¢€^^°=℅™®®©\\\>©©>©>©©\\\<<<©®℅℅[[[[]]][{{}}∆∆∆¶¶×÷Π•`~~•√Π¥€€¢^^^

      Delete
    2. ~`|•√Π÷׶¶¶∆¶×°^¥€€¢¢££££¢¥¥°°=={{}}}=°[[[]]][℅™™®®©\*#$%&-+(()))(-%$@@@@#$*\©¢££~~~|√Π•√÷°^¥°°

      Delete
  4. ~~|√√÷÷×∆∆∆∆∆¶¶÷÷Π√√|`~~~`|•ΠΠ¢¢££££¢€¥^^°={{}}}∆∆¶∆¶÷Π••|~~~~|Π÷×{°¥€¥¥¥¢¢•`~~•√^¥®®®®™[℅℅℅°=°°℅°°=×{{×°Π¥¢¢¢|``|¥^°Π

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~