Home » » Situasi Menang Menang

Situasi Menang Menang

Empayar Utama - Thursday, March 19, 2020 : 4 comments

Pagi semalam pos satu cerita pasal nak buat 'win-win situation' dan cuba kekalkan keharmonian antara majikan dengan pekerja.

Belah petangnya, Menteri Sumber Manusia buat kenyataan seperti di bawah:

Majikan, walaupun setengah bulan tidak beroperasi:
- Masih kena bayar sewa bulanan premis
- Masih kena bayar segala bil utiliti bulanan – talipon, internet, elektrik, air
- Akan panggil dan bayar upah servis mesin yang tak dapat berfungsi selama 2 minggu
- Tetap buat caruman bulanan kepada jabatan kerajaan – KWSP, PERKESO, PERKESO-SIP
- Tetap kena akur dan patuh arahan Menteri, nanti kena denda

Pekerja, walaupun setengah bulan tidak beroperasi:
- Dua bulan pertama masih bergaji serta berelaun, bukan kena berhenti kerja
- Tak perlu datang kerja dua minggu berikutnya
- Tak perlu kelam kabut sain kedatangan (sebelum ini memang datang lambat sakan)
- Jimat duit minyak untuk dua minggu
- dapat gaji walau tak bekerja sebab majikan kena patuh arahan menteri


Kemaskini 9.00 pagi tadi: Berkaitan Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Perjanjian Bersama untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja, serta siapa yang layak terima bantuan RM600?


Eheheh, inilah dia keharmonian antara Majikan dan Pekerja...


4 Comments

4 comments:

  1. Terbaikkkk

    Luahan hati majikan atau luahan hati pekerja ni?

    ReplyDelete
  2. Kesian majikan. Alhamdulillah suka pekerja.

    my 2cents pihak yang berkenaan kena fikirkan sesuatu contoh majikan boleh bayar bil-bil secara installment.

    ReplyDelete
  3. Siapa yang suruh tutup perniagaan?
    Majikan ke Menteri?

    Bukan semua jenis kerja boleh dibuat di rumah.

    Majikan kena tanggung semua?
    Ini bukan tolak ansur. Ini tolak semua ke Majikan agar beransur bungkus perniagaan

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...