Home » , » Memang ke Laut

Memang ke Laut

EmpayarUtama - Sunday, December 15, 2024 : No comments

Aku nak kongsi prestasi capaian internet hujung tahun lepas (Disember 2023); macam awal sangat sebab perkongsian masa tu aku pos pada 1 Mac 2023, kira baru 10 bulan je, kenalah bagi masa.

Walaupun dah bertahun dah sebenarnya masalah ni tak setel. Dari 4G yang tak setel, sekarang eksyen nak bergegas dengan 5G pulak.

Aku luahkan ni bukan hanya untuk kawasan kampung aku je, tapi sekurang-kurangnya 80 peratus capaian liputan seluruh negara seperti yang dijanjikan.



Kat bawah ni aku tampal semula apa yang dinyatakan pada 28 Feb 2023.


Pastu ada pula berita tentang 5,873 tapak 5G siap setakat 30 Sept - Fahmi yang diterbitkan pada 9 Oktober, 2023 :


Kat bawah ni berita untuk sejukkan hati yang agak terbakar; tapi boleh beroperasi dengan lancar tu bila? Ini diterbitkan pada bulan September 2024 setelah melepasi satu tahun setengah perkongsian aku ...


Cerita pasal "TAPAK" je tau... Belum cerita pasal beroperasi. Diikuti pula dengan berita terkini pasal SKMM akan ambil tindakan kontraktor gagal siapkan menara 4G bertarikh 28 November 2024. Baru lagi ni. Pe citer ni Fahmi ...


Dah tu, bagi lagi tempoh 2 minggu untuk "BUAT PERANCANGAN"; hadoiiii. Maksudnya 20 Disember ialah 'Due Date' untuk 'buat perancangan' saja tau. Bukan 5Gnya dah beroperasi punnnnn...


Aku ulang: Aku luahkan ni bukan hanya untuk kawasan kampung aku je, tapi sekurang-kurangnya 80 peratus capaian liputan seluruh negara seperti yang dijanjikan.

Sekarang dah pertangahan Disember 2024, maknanya dah satu tahun 10 bulan aku pos perkongsian internet ke laut; atau perjalanan masanya dah 2 tahunler. Tak ada apa-apa perubahan punnnnn ...




0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulisle apa pun, aku baca ^_~