Ini cerita yang tertinggal, tak berkesempatan aku nak pos. Keluar dari simpang Pantai Tanjung Lompat, kitorang singgah pula ke Tanjung Balau. Tak jauh dalam 2-3km je kot dah sampai.
Nasib kurang baik kerana beberapa kawasan menarik di sana masih tutup. Walaupun tragedi bot karam itu berlaku 5 hari lepas, [kitorang ke sini hari Ahad 19 Disember 2021] operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Kawasan yang ditutup ialah sepanjang persisiran pantai Tanjung Balau termasuklah Dataran Tanjung Balau.
Atas ni petikan dari berita AstroAwani 15 Disember 2021.
Kami ada dua pilihan sama ada nak masuk Muzium Nelayan atau ke Tanjung Balau Stable. Budak budak lebih berminat ke Stable.
Kebanyakan gambar hanya di jeti dan stable; tengok slidelah ya :
|
Nanti ada rezeki aku cerita pasal Muzium Nelayan, Balau Bayu Beach Resort, Chalet Nelayan dan pantainya.