Home » » Dah Tau Sensitif Tak Payahla Promot

Dah Tau Sensitif Tak Payahla Promot

EmpayarUtama - Saturday, May 28, 2011 : 4 comments

Minggu-minggu lepas kecoh (kecoh ke?) pasal satu blog yang menghina Agama Islam secara umum dan Allah serta Nabi Muhammad secara khusus.

Benda ni makin popular bukan disebabkan tuan punya blog tu tapi dipopularkan oleh mereka yang sensitif dengan isu yang dibawa.

Senang cakap masing-masing ambik
kesempatan mencari populariti untuk diri sendiri melalui blog yang hanya beberapa hari timbul tu. Ini pendapat akulah, kalau salah aku mintak maaf dan tegur aku yea.

Sebab iyalah – dah benda tu tak betul kenapa buat entri siap bagi snapshot lengkap dengan linknya sekali? Kenapa tolong promot blog makcik tu? Nak popularkan blog sendiri atau apa?

Blog ni wujud buat pertama kali pada 6 Mei (panas lagi kannn). Setakat yang aku ikut, blog tu agak susah nak dibuka tapi makcik masih aktif kat twitter.

Firefox
Tapi semua orang masih boleh akses blog tu melalui 'cached copy' link yang diberikan oleh Google:

Google cache

Ramai yang sokong blog makcik tu dengan memberi komen. Tak kisahlah komen puji atau komen kutuk. Majoritinya memberi komen mencarut; agaknya dah jumpa tempat yang boleh mencarut dalam internet; happa lagi, lepaskanlah apa yang terbuku dalam hati. Tak gitu?

Komen terbanyak sampai 11 datangnya dari Marionette (penyokong kuat makcik) dan pembunuh hajjah gila; 9 komen oleh love islam; 8 komen dari mujahidin; 4 komen masing-masing dari Anon??, HAMBA ALLAH S.W.T, Hamba Allah dan myname; 3 komen dari anonymous je la, asran aniki, grrrrrrrr...., hamba Allah, i luv islam, kesiankatkauhajjah, limpit; 2 komen datang dari &*(^&$%^^&, aku, Adam Shah, Anonymous, anti paria, doraemon, guava, hadi, islam benar, istighfar.., Jesus, niena, pencinta agama, zaishahrizal; dan 101 lagi pembaca pun nak bagi komen tak termasuk mereka yang baca tapi malas nak komen kat blog tu macam aku.

Antara komen konon-kononnya datang dari pembaca [sebenarnya komen dari makcik tu sendiri yang menggunakan nickname lain; percayalah]; siap ada komentator yang ada link lagi tapi pergi ke blog makcik tu semula.

Bukan apa, segala komen ke, entri ke, thread kat forum ke; akan dijejak (crawl) oleh search engines dan ini sebenarnya satu dari macam-macam cara tingkatkan trafik untuk jangka panjang. Walaupun sebelum tempoh itu sampai tapi blog yang buat thread, komen atau entri tu padam, kena padam; linknya akan keluar juga kart search engines nanti. Pandai-pandailah cari.

spider
Kalau tak komen langsung; tak buat entri kat blog sendiri siap letak link; buat derkkkk aja dan diam-diam buat repot kepada pihak-pihak yang berkenaan (memang setakat ni belum ada tindakan apa pun kat blog makcik tu) sudahlah.

Tak boleh ke?





4 Comments

4 comments:

  1. tanks komen kat blog:) knp bagi link? biar msyrkt kita sedar yg agama Islam ni sedang dihina terang2. xkan buat org xtau isu gtu?btul x.

    skrg ni msyrkt sudah lena dgn2 projek2 zionis,dari yg sekecil2 perkara hinggalah yg besar.

    bagi phy,biar dorg baca sedar!! dan nilaikan sendiri dgn akal yg waras. klu iman tu dah xda..msyrkt xkan peduli dah klu pun agama dihina2.

    tgk skrg..apa yg dibuat? none!! bila disiar di tv,msyrkt angguk je..pastu lupa balik. gtulah msykt kita yg 'very prihatin'.. kita pula,prihatin x pd agama?kita pikirlah~

    ReplyDelete
  2. @phy; terima kasih atas pandangan. Aku terharu bila phy sudi beri komen kat sini.

    Iyalah masing2 ada pendapat sendiri, jangan pasal makcik punya angkara, kita sesama kita pula yang bermasalah. Berikanlah yang terbaik :)

    ReplyDelete
  3. kalau ada blog2 yang menghina2 macam tu, kita boleh terus report ke SKMM, submit link dan mintak diorang tutup blog tu atau block.. tak perlu dihebah2kan.. lagi banyak link blog tu dikongsi oleh para blogger, lagi cepat la blog tu naik, terkenal, tercapai hasrat dia..

    nak bg kesedaran kat org lain ada caranya.. blogger tu dah pasang api, buat apa kita tuang minyak lagi kan? makin besar la api tu.. tambah pulak yg respon kat blog tersebut. masing2 aku tgk dah macam lupa diri..

    tu pendapat aku.. lain org, lain dia punya cara pemikiran.. I Luv Islam!

    ReplyDelete
  4. @anarm; terima kasih juga. Yang ini aku sependapat dengan kau.

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~