Home » » Mana Lesen?

Mana Lesen?

EmpayarUtama - Friday, May 6, 2011 : 4 comments

Sebenarnya aku baru nak start buat blogwalking pagi tadi. Tekan punya tekan links yang ada kat satu shoutbox, sampai tak jadi blogwalking aku hari ni.

Hampeh tulla.

Ini keratan akhbar salah satu bahagian sukan hari ni:

Metro

Ini pulak kopipes satu website yang bagi maksud yang sama. Kalau nak tengok betul-betul, ini linknya: http://jutawanklik.zendesk.com/entries/206303-pembayaran-pendapatan-tunai-jutawanklik-aktif
Testimoni Jutawanklik

Program ni kata, kalau nak dapat payment kena bagi testimoni. Tak bagi testimoni sori no payment. Camtu la ayatnya kan? Jadi testimoni yang ada kat page tu ialah member yang dah dapat duit le. Yang blom dapat duit?

Bila aku google kat whois.domaintools.com; ini maklumatnya:
Creation date: 07 Jun 2009 14:13:15
Expiration date: 07 Jun 2011 14:13:15

Maksudnya Domain program ni akan tamat pada 7 Jun 2011. Sapa-sapa yang dah daftar jadi member - ingatkan tokey jangan lupa 'renew'. Aku takmo dituduh buat fitnah jadi semua maklumat kat sini aku kopipes je. Jadi kalau aku tipu, website tu sendirilah yang tipu. Kita tengok lagi:

Logo Jutawanklik
Siap letak logo polis dan logo halal kat main pagenyer. Takkan nak bg tau sumer orang yang Polis ada payung kat program ni. Logo halal tu setahu akulah, dikeluarkan hanya yang libatkan proses makanan dan minuman je. Ubat hospitalpun kementerian tak dapat logo halal, tapi takpelah. Kita tengok apa produk makanan halal yang program ni tawarkan:

Produk Jutawanklik
Laaa, e-book je. Boleh makan ke benda ni sampai letak logo halal? Suka-suka dia je letak logo tu. Aku pun nak letaklah kat mesin printing aku nanti.

Aku fokus pada testimoni sebab itu yang penting sekali, kalau tak nanti duit tak masyuk. Kutip banyak-banyak tiap haripun tapi tak anta testimoni tokey tak releasenyer duit korang tuh. Ikut pada page tu, setakat ari ni (6 Mei 2011) cuma 28 (dua puluh lapan) orang je yang dah dapat duit. Itupun nikname Puisicinta 05 pada Apr-13 2011 pukul 15:56. Yang len ni ha:

Peney86 - yeechengloh - CYee - Ancoremited - Misaina4u - Syafiq07ikhwan - muslim nayan - Nicky - Nahar - Chess09 - Abeis1977 - Fauzie6912 - Ayie998 - Chips84 - Daus Mel - Yie Mat - Natalie Looi - Sclscl8585 - Mohamad Afif Daud - Adieerock - Muhamad Lukman Md Aris - Mohd Qalid Bin Fadzil - Naragas - Aguan2138 - MUHAMMAD FAUZI BIN SAHAK - Toh Chung Tiang - Xenix Xinenix90

Lepas program ni dapat lesen, orang pertama dapat duit ialah Geerock 2001 pada Jul-21 2010 pukul 16:02. Abis mana perginya beribu-ribu lemon member yang lain? Belum cukup seratus hinggit ke atau tak anta testimoni? Tak anta testimoni camna nak dapat duit? Bila nak jadi jutawan ni? Celah-celah tu ada 6 orang dok promot kat page yang sama tapi tak de proof earning... Sabilah Gulam - mohd izzat - Razaliameng 90an - Mazlan Ahmad - Airell Arip - nazer G

Eh lupa lak. Ni ha linknyer:
http://jutawanklik.zendesk.com/entries/206303-testimoni-terkini?page=1#post_629233

Testimoni1 Jutawanklik
Brader atas ni dah dapat 2 payment dah. Memula 31 Ogos, pastu 29 September tahun lepas. Kira rajin dia nih. Tapi pastu senyap, 7 bulan dah ni. Dah jadi jutawan ke brader?

Kat bawah ni, apa hal admin letak bayaran member jadi testimoni? Nak bagi nampak page testimoni meriah ke? Kira Mat Nazri Naz ni salah sorang partner kat SCHEMATA MULTIMEDIA tak gitu?

Testimoni2 Jutawanklik
Siapalah pemegang akaun 02080011459058 ni, beli membership sampai 3, buat urusniaga pukul 6.19 pagi, amik berkat lepas semayang subuh tuuu... Tapi sampai ari ni tak nampak pun testimoni dari akaun dia. Yang bawah ni aku tak mo komen banyak. Aku berani kata 'kantoi'. Sebab nombor akaun tu... Ini transaction slip, takkan admin nak kata tersilap print? Patut-patutla kalau ye pun.

Testimoni3 Jutawanklik
Kalau korang tak percaya, pergile kat link atas tu nengok sendiri. Ada beberapa lagi yang agak musykil...


Blom abis lagi, ada satu lagi plan bagus untuk goyang kaki:
Plan Autoklik Jutawanklik Part1
Plan Autoklik Jutawanklik Part2
Aku cuma dapat nengok lesen berniaga je. Ni link nyer:
http://jutawanklik.zendesk.com/entries/211166-lesen-perniagaan-diperbaharui

Tak diterangkan pulak duit tu untuk buat apa ya? Tapi kalau ikut pada plan atas tu, program ni dah kira amik duit dari member. Lagi cantik kalau admin boleh letak sekali lesen dari Bank Negara pasal terima deposit daripada orang ramai mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. Tak ada lesen ni bahaya wooo.

Ikut plan atas, 6 bulan je dah dapat untung 80% lepas tolak modal. Maksudnya lepas bulan keempat dah balik modal seyyy. Kalau apa-apa jadi, nak kontek sapa? Forum pun tak ada, cuma anta support tiket je.

Website Malaysia, tapi sumer nama guna program asal dari luar:

Behind Jutawanklik
Tak berani ke nak letak siapa owner sole-proprietorship atau partnership SCHEMATA MULTIMEDIA?.

Kalau untung dah banyak jangan lupa baya income tax aaaaa....





4 Comments

4 comments:

  1. Assalam..
    Sapa tinggalkan spam di shoutmix akan di ban...

    ReplyDelete
  2. Entah la, ko makan cili ke?
    Kalau tak mkn, jgn la terasa...
    thanks sbb prihatin dgn kedudukan tu...

    ReplyDelete
  3. X tau nk komen pew... tp artikel ni mampu buat Ratu Satin tersenyum.... heheheeee..

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~