Home » » Rasa Malulah Pulak

Rasa Malulah Pulak

EmpayarUtama - Saturday, May 5, 2012 : 15 comments

Ada orang rasa bangga tapi aku rasa malu. Dah macam dapat markah kesian masa periksa. Ok k k k... Ini cerita terakhir aku pasal BE. Betul-betul rasa malu bila daily pageview yang tak jejak 30 tiap hari tetiba dapat satu lagi BE. Mungkin betul ianya berlaku kepada siapa yang pasang iklan Nuffnang tapi tak terima banyak pageviews.
Aku tertanya-tanya apa sebenarnya motif Nuffnang (mungkin auto set untuk ini) tetapi penjelasan dari pihak Nuffnang tak pula begitu. Blogger yang pasang iklan melalui jaringan pengiklanan (Advertising Networks) ada dua sebab aja - satunya sebab nak tambah pendapatan tambahan dan yang kedua untuk suka-suka jangan sampai blog atau web nampak kosong. Dan aku letak kerana iyalah, dengan latarbelakang putih takde gadget mengarut-ngarut; bila pasang iklan nampakle ada sikit seri, kan?

Bila aku fikir di sebaliknya; mungkin juga pihak Nuffnang nak tolong blog-blog yang macam ni (yang macam aku ni le) sebab agaknya diorang nengok dah lama sangat earning tak bergerak-gerak. Jadi ditolongle sikit melalui iklan BE. Agaknyalah.

Tapi aku malule kalau betul itu alasan Nuffnang. Dulu sebelum blog aku ni kena padam memangle aktif main iklan sebab memang niche blog aku masa tu pasal Ad Networks, dalam Bahasa Inggeris lagi siap masuk segala bagai program - Safelists; Manualsurf; autosurf; ad exchange. Muaile dapat tapi taklah sampai boleh kaya cuma lepas sangat bayar bil api; air dan internet tiap bulan. Masa tu punyalah aktif sampai tak tau nak buat posting apa terus cilok iklan Amazon banyak-banyak letak kat entri pos. Last-last blog kena remove, baru padan muka aku hahahahah.

Tak caya? Tanyalah pengurusan ASTRO berapa diorang dapat dari jam 9.00 hingga 9.30 malam semalam bila entah berapa ramai menunggu depan TV nak nengok live akad nikah Awal dengan Scha tapi hanya disajikan dengan iklan sepanjang setengah jam tu. Kenapa iklan yang dipilih, bukan rencana? Sebab iklan buat duit, kannnnn...

Jadi buat kengkawan yang tak de lagi BE tak payah fikirlah sebab rasanya daily pageview kamu semua dah cukup untuk gerakkan earning iklan yang dipasang.

Tak gitu.....




15 Comments

15 comments:

  1. remy terus tak pernah check...BE tu.... pasang pun sebab kenkawan suruh pasang.... rasanya tak byk dan tak mengharap pun.... janji ada org dtg singgah baca tulisan dan komen...remy dah suka sesangat.....
    blog pada remy cuma sebahagian catatan rintitan hidup....

    ReplyDelete
  2. sama macam remy...tgk org pasang, try pasang jugak..hehe...langsung x amik kisah =)

    apa2 pun tahniah dapat BE..hehe

    ReplyDelete
  3. sama macam abang remy dengan kak ma...hehe.. saya pasang nak bagi meriah je, tidaklah beriya-iya nak pendapatan dari iklan...dengan BE semua tu, cukuplah ada yang TERklik iklan tu dapatlah...seposen dua..haha

    ReplyDelete
  4. aku pasang je tengok cantik jugak..nak harap BE payah sikitla.

    ReplyDelete
  5. hehe pasang2 jela.. tp tak pernah nk mngharap apa2.. hehe.. sbb nk cntikkan blog je , haha.. nway , tahniah abang :D

    ReplyDelete
  6. xphmmmmm sbnr nye ape itu BE. lagi sadis kan? hhhahaha..

    eh lagu blog ni sadis semacam ni..

    ReplyDelete
  7. bial cakap paal BE..NUFNANG..etc...

    misz domu still tak faham.. apa pun.. jangan rasa malu2 dengan duit..tak elok untuk kesihatan..hehehe

    ReplyDelete
  8. gitu la critanya hehe kdg2 x fhm dgn nuffnang..dh cukup syurut, xnk bg BE byk2..dh x ckup syarat, bagi pulak..entam je la hehe

    ReplyDelete
  9. Saya pandang penulisan kerana cinta :)

    ReplyDelete
  10. ai ada 3 cek yg belum di cash lagik...tunggu blk mesia nnt la

    ReplyDelete
  11. itu tandanya blog EU masih dapat perhatian dari nuffnang...hehe jgn la malu2...rezki tue.

    ReplyDelete
  12. untunglah dpt BE.. hehehe ape kata tunjuk jumlah BE tu? hehehe.... nuff skg mcm main rambang je bg BE lor

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~