Home » » Mencuri Masa Yang Dicuri, Adakah Aku Pencuri?

Mencuri Masa Yang Dicuri, Adakah Aku Pencuri?

EmpayarUtama - Sunday, June 30, 2013 : 14 comments

Pertama sekali mintak maaf kat Alam Wakaka & Crew dan peminatnya kerana terhasil perkongsian cerita hari ini. Aku harap apa yang aku kongsikan dapat jadi iktibar untuk perancangan akan datang - baik penganjur maupun peserta.

Jika ianya dapat dilihat dari sudut positif adalah lebih baik. Cenggini ceritanya:

Promosi dan pendaftaran dibuka pada 28 April 2013 (Ahad) untuk kelas tarian. Pagi tu ramai sungguh ibu bapa datang hantar anak-anak mereka kerana melayan minat anak-anak. Rasanya dua ratus lebih jugalah sambutan yang diterima untuk sertai kelas ini.

Tapi dalam tempoh satu jam kemudian, majoriti mereka pulang dengan anak-anak. Aku nengok muka ibu bapa dan anak-anak tu agak kecewa. Muka budak-budaklah yang paling sedih aku nampak.

Aku pun tanyalah Alya kenapa ramai balik. Dia kata pendaftaran kena bayar RM20 dan yuran bulanan RM50. Ooooooo patutlah. Dalam flyers dan bunting/banner tak sebutpun pasal yuran pendaftaran dan yuran bulanan tu. Memang kesianlah kat bebudak yang bersemangat bangun pagi mungkin dari jauh datang ke KBS (Kelab Belia & Sukan) Larkin.

Dan lagi satu memang tak ada jadual tersusun untuk sesi itu. Maksud aku yuran bulanan itu untuk berapa sesi sebulan? Jika ditunda, bila akan diganti?

Meh lihat tarikh-tarikh hari Ahad sepanjang Mei 2013: 5 Mei, 12 Mei, 19 Mei dan 26 Mei. Maksudnya ada 4 sesi. 5 Mei ada kelas, 12 Mei tiada sebab pilihanraya umum, 19 Mei ada kelas, manakala 26 Mei ditunda entah bila. Jadinya - Bulan Mei cuma ada 2 sesi saja.
Lihat tarikh-tarikh hari Ahad bulan Jun 2013 pula. 2 Jun ada kelas, 9 Jun ada kelas, 16 Jun, 23 Jun, 30 Jun semua kelas ditunda hingga dimaklumkan. Jadi sepanjang Jun 2013 pun cuma ada dua sesi saja.

Banyakla pulak persoalan kat pala otak aku: Adakah setiap Ahad bulan Julai 2013 juga akan ditunda kerana puasa? Dan adakah setiap Ahad Bulan Ogos 2013 pun akan ditunda kerana beraya? Berapa sesi sebenarnya setiap bulan? Dah banyak hari tunda, bila nak ganti?

Yang lagi beshnya tu kan, mesej tunda diterima sama ada belah malam Ahad atau pagi-pagi buta hari Ahad.
Sebenarnya Ahad adalah hari bersama keluarga untuk ibubapa yang bekerja. Tapi kami beri masa itu untuk anak-anak kerana minat/pelajaran mereka. Aku bajet diri sendiri - pagi hingga 12.00 tengahari untuk kelas tarian Alam; 11.00 hingga 12.45 untuk Afrina di Sekolah Agama; manakala 2.00 hingga 6.30 petang untuk Aiman yang akan ambil UPSR tahun ini. Memang tahun 2013 tak banyak masa kami sekeluarga balik kampung jenguk nenek mereka.

Pandangan aku, jika Alam & Crew tidak dapat memenuhi semangat berkelas tari - batalkan dulu. Jika SETIAP AHAD adalah sesi kelas bemakna sepanjang dua bulan ini Alam & Crew sudah berhutang 5 sesi kepada budak-budak tu. Aku boleh halalkan yuran, tapi aku bukan mewakili semua ibubapa. Jika boleh hantar pesanan untuk kutip yuran dan tunda hingga entah bila; takkan tak boleh buat yang sama untuk perjelaskan kepada ibu bapa?

Buat Alam & Crew, jangan marah ya...

Kemaskini hari ini - Ahad pertama, 7 Julai 2013 (betul tak apa aku tulis sebelum ni):






14 Comments

14 comments:

  1. Sangat tak patut especially perkara melibatkan kids macam ni, kecewa dorang nnt.

    Really la dorang ni tak reti buat perancangan, kalau busy sangat kenapa offer kelas, mana boleh simply postpone last minute camtu.

    ReplyDelete
  2. kesian kpda kanak2 yg mgharap.. memg xpatut la..if misz domu pun.. jadi emo..hehe

    ReplyDelete
  3. kesian budak2 tu. dapat bayang dah mcm mane kecewa-nye budak2 tu tak dapat ape dia nak

    ReplyDelete
  4. kalau kelas tari x dek.. kelas hafaz alquran ade. kt masjid bandar setiap ahad kena koling2 pej masjid dulu kot utk confirmation :)

    ReplyDelete
  5. @Cikgu Jaja™

    Hahahaha ko nih. Aku ada deraf satu cerita pasal Cikgu nanti aku kongsi yea ^_^

    ReplyDelete
  6. KELAS MENARI ANAK PEREMPUAN KE..ELOK LE BATALKAN..HEHEH

    ELOK AMBIL KELAS WUSHU ..ANAK2 KAK SEMUA ADA WUSHU..DAH HABIS DAH..BYK TALI PINGGANG DAPT..PINGAT EMAS PUN ADA....EHEH ADA ORG TYA KE NI...

    NAK EXAM KAN..DULUKAN MANA YAG PATUT..

    SEMOGA BERJAYA

    ReplyDelete
  7. ala kenapa jadi camtu...kalau tak boleh bagi tumpuan penuh, jangan la buat kelas tu...kesian pada ibu bapa ang berkorban masa demi anak2...

    ReplyDelete
  8. @Knor

    Wah bunyinya sama cam promot logo masa entri "Nasi lemak buat sendiri lagi best..." aritu :)

    Sebab itulah saya tulis yang saya 'harap apa yang dikongsikan dapat jadi iktibar untuk perancangan akan datang - baik penganjur maupun peserta' (dan sambung ayat ketiga ya) Kebetulan cerita ni kena pada kelas tari. Tak mustahil berlaku juga kepada kelas-kelas ilmiah lain, kan...

    ReplyDelete
  9. assalam,

    kesian budak2 tu mengharap, mak bapak pulak dah berkorban masa..

    ReplyDelete
  10. mmg x patut betul lah, yng kesiannyer pada kids tu !.. perancangan yg x betul ni

    ReplyDelete
  11. Mujur cerita pasal anak. Kalo cerita diri sendiri yg masuk kelas tarian, tak tau la cemana entry nie...

    ReplyDelete
  12. @baguznet

    Ahah aku x terpikio pulak camana ya. Tari silat pulut pengantin boleh la kot, tu pun sumbang mambang

    ReplyDelete
  13. kesian dak2 tuh..dah berharap dah :(

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~