Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Selamat Menyambung Pelajaran Aiman

EmpayarUtama - Sunday, September 6, 2020 : No comments

Anak bujang aku telah ditawarkan menyambung pelajaran tapi agak jauh, kat Terengganu sana.

Aku ok je cuma disebabkan COVID ni belum nampak penghujungnya maka dia kena masuk kelas online. Jadi, suasana hidup dalam kampus mungkin dia tak dapat rasa.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Ianya bermula sebagai Pusat Perikanan dan Sains Kelautan Universiti Pertanian Malaysia yang menyediakan kemudahan kepada pelajar dan pensyarah dari program Perikanan dan Sains Marin untuk menjalankan sesi praktikal dan juga penyelidikan; bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.


Ia dinamakan Universiti Malaysia Terengganu pada 1 Februari 2007 (sumber seterusnya boleh rujuk wiki)


Majoriti (bukan semua tau) IPTA sekarang hanya beri keutamaan kepada pelajar baru untuk 6 bulan (semester pertama) pertama saja. Selepas itu kena duduk luar kampus.

Maksudnya aku kena standby cari kenderaan untuk kemudahan dia pada semester kedua (Mac 2021) nanti. Kebetulan lesen memandu kereta motor semua dia dah ada.

Cuma mungkin belanja keperluan dia kena lebih sikit tahun depan sebab segala pakaian dan peralatan dia masa matriks dulu kalau boleh disimpan, kira ok lagilah. Kalau tak, kena beli lainlah jawabnya.

Macammana pun, tahniah Aiman berjaya meneruskan pelajaran. Semoga berjaya dengan cemerlang ya :)