Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Persiapan ke Terengganu

EmpayarUtama - Sunday, March 6, 2022 : No comments

Akhirnya setelah setahun setengah (dari Oktober 2020 sampailah sekarang) belajar online di rumah; tibalah masanya Aiman kena daftar ke UMT. 3 semester di rumah, masuk semester keempat kena juga ke Terengganu eheheheheh.

Persiapan? Eheh badan dia naik banyak sebab lama duduk kat rumah. Kenalah beli segala pakaian baru untuk ke sana. Yang lain masih gunakan peralatan masa dia kat matriks dulu.

Oleh kerana masa di sekolah menengah lepas tu sambung ke matriks dulu dia masuk kadet Kadet Pertahanan Awam APMM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia); maka sepanjang setahun setengah dia kat rumah ni dia mendaftar sebagai anggota luar APMM.



Ada masa belah malam atau hujung minggu ke pejabat APM Negeri Johor di Larkin; dapat elaun. Hujung minggu kalau tak ke pejabat APMM, memang badmintonlah aktiviti dia. Satu lagi dia ada juga berjinak-jinak buat program affiliate kedai perabot ke hapa ntah aku pun tak pasti.


Tahun lepas awal bulan Mac 2021 aku dok usha kereta syarikat salah satu tempat yang aku kerja. Proton Gen2 tahun 2005 sebab nampak sporty sikit. Rupanya boss dia memang nak tolak kereta tu sebab syarikat dia nak upgrade kepada van, mudah nak angkut barang katanya.


Ikut market masa tu dalam 7 ke 8 ribu harganya; tapi dia nak tolak 4 ribu. Aku pujuk-pujuk akhirnya dapat 3 ribu setengah. Cat baru original kaler, aircond, gantung, tayar dan sport rims 16 inci semua dah buat baru hehe. Tapi aku hantar juga ke woksyop minta check 100% takut ada lagi benda kecik-kecik yang nak kena repair. Alhamdulillah semua ok.

Dia dah dapat rumah sewa untuk penginapan di Terengganu katanya 5 minit perjalanan ke kolej. Duduk 10 orang rumah teres setingkat 3 bilik tapi lelaki apa ada hal. Oklah aku kata sebab sewa bulanan pun RM120 je dah siap semua api air internet dapur gas peti sejuk semua ada.

Nanti senang aku update entri lain sepanjang perjalanan bergerak ke Terengganu. Tungguuu...