Ini pandangan peribadi berdasar pemerhatian dan pengalaman aku sekeluarga.
Jumlah isirumah 7 orang; di mana 2 orang langsung tidak divaksin (berumur 8 dan 9 tahun), seorang belum lengkap dos ke-3, manakala 4 orang lengkap booster..
Nak jadi cerita, seorang anggota keluarga positif covid-19 awal bulan Mac 2022 setelah 3 hari selesai bantu jualan buku sekolah di beberapa sekolah (mengikut jadual diberi sepanjang 1 minggu). Kebetulan beliaulah yang belum lengkap dos ke-3 (booster).
Akibatnya 3 hari selepas itu 3 anggota keluarga yang lengkap booster juga positif.
Walaupun kami 7 orang tinggal serumah (4 yang positif buat pengasingan kendiri di dalam bilik); ahli keluarga tertua serta 2 yang kecil tidak dijangkiti.
Sepanjang tempoh itu hingga sebulan setengah seterusnya, kami guna 3-4 jenis RTK berbeza untuk buat semakan, dan aku hantar kedua-dua anak berusia 8 dan 9 tahun ke klinik swasta untuk buat swab test - hasilnya negatif.
[Hari Ini] Berita penuh di sini
Jadi aku secara peribadi simpulkan :
1. Vaksin atau tidak, booster atau tidak, tetap akan dijangkiti. Bergejala buruk atau tidak itu bergantung kepada antibodi tuan punya badan.
2. Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun sukar dijangkiti walaupun tanpa vaksin. Ini berkemungkinan kesan suntikan seawal hari pertama lahir (BCG, Hep B, DPT-Hib, DPT/DT, OPV, MMR) hingga ke darjah satu; tidak kurang dari 15 suntikan yang membantu menguatkan antibodi dan mampu bertahan dalam tubuh hingga mencapai umur 10-12 tahun daripada dijangkiti penyakit berjangkit.
Namun begitu, kita hanya merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang.