Selepas berlama lama di Pantai Batu Layar haritu, kitorang singgah pula ke Pantai Tanjung Lompat. Jaraknya dalam 3-4km dari tempat penginapan kami di Lotus Desaru.
Pantainya unik kerana pasir yang padat dan berwarna gelap, berbeza dengan pasir pantai Batu Layar atau pasir pantai Lotus Desaru. Kenderaan boleh masuk dan parking di sepanjang pantai. Pasirnya seakan-akan pasir Pantai Tanjung di Mersing.
Kurang berangin tetapi ombaknya boleh naik sehingga 4 meter. Jadi di sini amat popular dengan penggemar sukan luncur ombak atau surfing.
Cuma taufan tropika Rai yang melanda Laut China Selatan ke Filipina beri kesan kepada iklim dan cuaca di tempat kita.
Kadar sewa ATV [All Terrain Vehicle 4 tayar] di sini juga murah. Budak-budak memang tak lepaskan peluang main ATV di sini.
Aku himpunkan koleksi gambar-gambar ke dalam slide di bawah. Kalau nak tengok lama-lama tekan je 'pause' ya. Kalau bosan, tekan butang forward :)
|
Kita ke destinasi seterusnya lepas ni...