Kadang kadang aku ada sikit rasa pelik tapi kena hadap juga kerana kita hidup berjiran. Cuma aku memang tak boleh nak imagine secara mendalam apa yang difikirkan oleh orang lain.
Lapan tahun dulu jiran aku pernah kena sound sebab park kereta dia belakang rumah sendiri atas alasan menghalang pemandangan jiran lain.
Adalah kawan-kawan bertanya kenapa tak park kereta dalam garaj rumah, boleh muat 2 kenderaan. Akupun kata sebab dah beberapa kali pagi terlewat hantar anak-anak ke sekolah, kerana kereta tak lepas keluar.
Pernah 2-3 kali orang rumah terpaksa panggil Grab sebab tak dapat nak keluarkan kenderaan dari garaj. Tengok gambar atas, dah tak parking dalam garaj pun masih dihalang oleh kenderaan jiran...
Bukan itu saja, tangki air yang aku letak belakang rumah pun jadi perhatian jiran. Ada makcik tu rajin datang dan pesan suruh terbalikkan takut nyamuk aedes membiak.
Aku terangkanlah yang tangki tu kosong dan aku tutup serapatnya. Lipas pun tak boleh masuk. Dia panggil pegawai kesihatan dan minta aku buka tangki tu untuk tengok isi dalamnya... KOSONG, KERING KONTANG. Aduhhhhh....
Itu belum masuk bab dia sound suruh tengok anak-anak bonsai aku, nanti nyamuk bertelur membiak, katanya.
Terkini, makcik yang sama talipon orang rumah, pesan jangan bawa kenderaan laju-laju belakang rumah. Sebab pasir dan asap kenderaan masuk dalam rumah. Alamak ni dah tahap tak bagi lalu even belakang rumah dia...
Pagi
Petang
Iyalah, dia buat penambahan hingga tutup longkang Majlis belakang rumah. Lepas tu letak bidai kerana ampaian berada di luar belakang rumahnya. Tak cukup dengan itu, tembok seberang jalan tu siap pasang ampai lain. Jalan belakang yang luas boleh berselisih dua buah lori - terus jadi sempit.
Kerap juga dia suruh aku buat report pasal air kotor jiran rumah belakang yang melimpah ke jalanraya belakang rumah, tapi dia sendiri taknak buat report... Ish, ini terlebih prihatin atau jadi batu api? Apahal dalam ramai-ramai jiran, aku yang disuruh?
Aku cuma pesan kat orang rumah dan anak-anak, kita redha dan pekakkan telinga sajalah, payah nak puaskan hati semua orang.
Pening juga dapat jiran begini ye.
ReplyDeleteMemang kena byk bersabar & bertolak ansur dgn perangai mereka.
Moga dipermudahkan urusan saudara...
Hahaha iyalah Puan Hazel. Nasib baik belum ada yang pasang khemah belakang rumah. Kalau ada, kiranya laluan kenderaan belakang rumah dah jadi laluan dalam rumah. Naya...
Delete