Home » , , , » Promosi Insan

Promosi Insan

EmpayarUtama - Thursday, February 9, 2023 : No comments

Biasanya promosi produk atau keluaran akan guna taktik barangan itu sendiri. Tapi bila media promosi tersebut lebih kepada insan (manusia), bentuk dan cara promosi tersebut sekarang ini majoritinya bertukar.

Contoh media promosi sosial yang amat berkuasa sekarang ialah bersifat online seperti Tik Tok (atau yang sewaktu dengannya), Instagram, Youtube, Facebook, Twitter, Telegram, WhatsApp, WeChat, Line
(atau yang sewaktu dengannya), blog, e-mel... Dulu kita panggil wakil jualan sekarang 'influencer'.

Bentuk promosi juga bertukar kepada persepsi masyarakat. Ianya lebih tertumpu kepada imej dan video dengan 'caption' yang membuatkan pembaca atau/dan penonton teruja untuk mengetahui lebih lanjut.

Di pusat pengajian tinggi benda ini tidak diajar secara spesifik. Biasanya promosi tahap/peringkat ini akan tumbuh (secara langsung atau tak langsung) setelah individu tersebut masuk dalam bidang kerja dan melepasi tahap tertentu.

Sebab itulah setelah bekerja; akan ada kursus tertentu yang perlu dihadiri oleh mereka sama ada untuk lebih memahami atau menambah daya fikir dan kreativiti dalam buat promosi.

Contohnya; sebelum ini jika nak promosikan insurans, bakal pembeli akan disaji dengan nombor/figure dan manfaat. Sekarang, selain wakil promosi tersebut dapat komisen; bakal pembeli juga ditawar diskaun jika buat pembelian dalam tempoh tertentu. Tak jadi wakil insurans berlesen pun tak apa,
kerana sekarang dah ada program affiliate.

Dulu bersusah payah ambil exam untuk dapat lesen tau baru boleh jual insurans. Tak cukup dengan itu, sekarang disertakan imej serta video menarik (terkadang siap ada cerita pendek) yang selepas itu baru dikaitkan dengan insurans tersebut. Ini contoh sajalah ya.

Promosi dalam dunia hiburan lagi hebat. Hanya kerana nak promosikan cerita tertentu, kena buat gimik konon pelakon wanita nak menggoda suami orang (pelakon lelaki); hingga pembaca dan penonton promosi tersebut buat carian dan akhirnya kena tonton cerita tersebut. Boleh je terus promosikan cerita petang-petang tu, tapi tak nampak kelainan, kan?

Jika dalam program nyanyian, taktik nak naikkan rating hingga boleh capai tahap 'trending' - ambil juri mulut puaka, ambil peserta yang ntahapahapa, dan para 'influencer' berebut cari konten untuk benda-benda ini. Ini taktik persepsi yang amat kuat mempengaruhi pembaca dan penonton hingga pergi ke rancangan/siaran tersebut. Dunia politik macammana?

Di sini, peranan ketua keluarga penting untuk jaga 'mindset' anak-anak. Tapi kalau dah ketua keluarga pun terpengaruh dengan jalan cerita yang diwujudkan oleh para 'influencers' ni, akan muncul budaya baru.

Ini pandangan peribadi aku saja. Tidak ditaja mana-mana pengadil, penonton mahupun penjaga garisan...




0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulisle apa pun, aku baca ^_~