Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Tanggungjawab

EmpayarUtama - Monday, January 27, 2025 : No comments

Kepada yang kerja pejabat atau pernah kerja di pejabat; pernah tak alami situasi begini:

Masa mesyuarat, bos tanya pendapat atau cadangan, biasanya untuk sesuatu projek. Tak kisahlah projek apapun, trip ke... Tapi semua diam membisu tak buka mulut bagi cadangan.

Bukan tak nak bagi cadangan, tapi macam dah jadi kebiasaan. Siapa yang bagi pendapat maka dia akan dipertanggungjawabkan atas pendapat dia tu dari A sampai Z. Kalau sukses, baguslah. Kalau tak, dialah kena hentam sebab cadangan tu keluar dari mulut dia.


Maka, berdiam diri adalah jalan terbaik, kannnnn? Padahal cuma bagi pendapat atau cadangan je pun. Seterusnya - bincangle ramai-ramai camana nak bagi jadi kalau cadangan tu dipersetujui.

Benda ni bukan berlaku kat pejabat je. Luar pejabat pun sama. Ni cerita kawan aku masa ngeteh minggu lepas. Aku tak rajin ngeteh/ngopi tapi kadang terbabas juga bila kengkawan panggil.

Tu yang bila ada cerita menarik aku kongsi kat sini macam urusan jual beli tanah syarikat pada bulan Feb 2014; dan dua perkongsian dalam bulan Jan 2020 - nak buat pinjaman kenderaan 100%; dan juga tentang buat kenduri tak jemput adik beradik, tapi masuk (dihebahkan) dalam grup wazap. Bacalah kalau senang atau ada kelapangan.

Kawan aku ni bercerita pasal sedara dia tak pasti ipar perempuan dia kot entahlah lupa pulak aku; minta carikan kereta terpakai. Nak yang kalau boleh tak perlu bayar deposit; dan bayaran ansuran bulanan kecik dalam dua ratus gitu... Kebetulan dia memang salesman kereta baru.

Dapatlah satu kereta terpakai yang customer tolak sebab beli kereta baru. Jadi dia pun rekemenlah kereta ni kat ipar dia tu.

Ingatkan dah abislah job dia. Rupanya takkkkk. Dia kena tolong carikan bank untuk buat loan/pinjaman; pastu kena uruskan proses tukar nama. Duit minyak dia ke sana ke sini ipar dia tak fikir pun. Tapi alhamdulillah siap jugalah urusan tersebut.

Macam dah lega rasanya, kata dia. Tup tup lepas dua bulan kereta tu langgar pagar rumah. Dia jugalah yang dihubungi untuk uruskan. Hek eleeeee pening mamat tu.

sarapan
[Warung ni dah lama, tepi Jalan Tebrau nak ke Kota Tinggi; dalam 300 meter sebelum NSK]

Sambil hirup teh panas, member aku cubit-cubit pisang goreng dan campak kat Gagak yang singgah mintak makan. Dia sambung lagi cerita.

Lepas 6 bulan dapat kereta, kena pulak hari raya. Pagi Hari Raya pertama kereta tu boleh rosak kat tengah pekan dekat rumah ipar dia. Dia ni pulak duduk dalam 40km jaraknya. Tapi dia jugak yang dihubungi sebab kereta rosak, woksyop tak bukak.... Alasan mudah, sebab kereta tu kawan aku yang rekemen. Bagi kereta tak elok, perghhhh.

Lupa pulak aku nak tanya, cukup setahun nanti dia juga ke kena buatkan insuran renewal & road tax. Alang-alang tu, buat ler dari A sampai Z, kannnnn. Hampeh...


Hutang Peneroka FELDA

EmpayarUtama - Thursday, July 20, 2023 : 4 comments

Berita yang ini menarik minat untuk aku dedikasikan dalam blog.

Antara lain: ... "Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin (MY) menuntut Anwar Ibrahim (AI) mengemukakan bukti bahawa perdana menteri itu telah menandatangani surat atau dokumen selaku menteri kewangan bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.
Ini selepas AI mendakwa pelupusan hutang itu gagal dilaksanakan sewaktu MY menjadi perdana menteri."

Yang aku nampak isunya ialah:
1. AI tuduh MY hanya umum tapi tak laksanakan pelupusan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 Bil.
2. Azalina kata dah laksanakan pada 2021/2022.
3. AI kata dia sendiri yang sain dokumen untuk pelupusan hutang peneroka FELDA.

Mari tengok kenyataan dari FELDA sendiri:

1. Penebusan SUKUK untuk FELDA berjumlah RM9.9 Bil (RM990 juta setahun selama 10 tahun) untuk pulihkan kedudukan kewangan FELDA

2. Penghapusan hutang peneroka FELDA dah dilaksanakan di peringkat FELDA pada 2021/2022
Kemaskini: Felda: Hutang peneroka diselesai 2021, PM tandatangan FSRA Jun lepas.

Tengok pula dokumen yang ditandatangani oleh AI pada 26 Jun 2023:


Kenyataan FELDA selari dengan kenyataan Azalina. Oleh itu betullah pelupusan hutang peneroka FELDA dah selesai pada 2021/2022 menerusi aliran tunai FELDA itu sendiri. Pelupusan hutang peneroka FELDA dah selesai pun.

MY tak sempat nak cover balik masalah kewangan FELDA itu sendiri kerana kerajaannya tumbang selepas itu. AI tandatangan SUKUK Kerajaan pada 26 Jun 2023 untuk cover balik masalah kewangan FELDA. Bukan tandatangan untuk selesaikan pelupusan hutang peneroka FELDA.

Baca juga: Bahaya, Anwar tak tahu apa dia tandatangan - Muhyiddin.


Promosi Insan

EmpayarUtama - Thursday, February 9, 2023 : No comments

Biasanya promosi produk atau keluaran akan guna taktik barangan itu sendiri. Tapi bila media promosi tersebut lebih kepada insan (manusia), bentuk dan cara promosi tersebut sekarang ini majoritinya bertukar.

Contoh media promosi sosial yang amat berkuasa sekarang ialah bersifat online seperti Tik Tok (atau yang sewaktu dengannya), Instagram, Youtube, Facebook, Twitter, Telegram, WhatsApp, WeChat, Line
(atau yang sewaktu dengannya), blog, e-mel... Dulu kita panggil wakil jualan sekarang 'influencer'.

Bentuk promosi juga bertukar kepada persepsi masyarakat. Ianya lebih tertumpu kepada imej dan video dengan 'caption' yang membuatkan pembaca atau/dan penonton teruja untuk mengetahui lebih lanjut.

Di pusat pengajian tinggi benda ini tidak diajar secara spesifik. Biasanya promosi tahap/peringkat ini akan tumbuh (secara langsung atau tak langsung) setelah individu tersebut masuk dalam bidang kerja dan melepasi tahap tertentu.

Sebab itulah setelah bekerja; akan ada kursus tertentu yang perlu dihadiri oleh mereka sama ada untuk lebih memahami atau menambah daya fikir dan kreativiti dalam buat promosi.

Contohnya; sebelum ini jika nak promosikan insurans, bakal pembeli akan disaji dengan nombor/figure dan manfaat. Sekarang, selain wakil promosi tersebut dapat komisen; bakal pembeli juga ditawar diskaun jika buat pembelian dalam tempoh tertentu. Tak jadi wakil insurans berlesen pun tak apa,
kerana sekarang dah ada program affiliate.

Dulu bersusah payah ambil exam untuk dapat lesen tau baru boleh jual insurans. Tak cukup dengan itu, sekarang disertakan imej serta video menarik (terkadang siap ada cerita pendek) yang selepas itu baru dikaitkan dengan insurans tersebut. Ini contoh sajalah ya.

Promosi dalam dunia hiburan lagi hebat. Hanya kerana nak promosikan cerita tertentu, kena buat gimik konon pelakon wanita nak menggoda suami orang (pelakon lelaki); hingga pembaca dan penonton promosi tersebut buat carian dan akhirnya kena tonton cerita tersebut. Boleh je terus promosikan cerita petang-petang tu, tapi tak nampak kelainan, kan?

Jika dalam program nyanyian, taktik nak naikkan rating hingga boleh capai tahap 'trending' - ambil juri mulut puaka, ambil peserta yang ntahapahapa, dan para 'influencer' berebut cari konten untuk benda-benda ini. Ini taktik persepsi yang amat kuat mempengaruhi pembaca dan penonton hingga pergi ke rancangan/siaran tersebut. Dunia politik macammana?

Di sini, peranan ketua keluarga penting untuk jaga 'mindset' anak-anak. Tapi kalau dah ketua keluarga pun terpengaruh dengan jalan cerita yang diwujudkan oleh para 'influencers' ni, akan muncul budaya baru.

Ini pandangan peribadi aku saja. Tidak ditaja mana-mana pengadil, penonton mahupun penjaga garisan...


Apa Itu Wayback Machine

EmpayarUtama - Tuesday, July 26, 2022 : No comments

Apa tu? Mesin kembali ke masa lalu ke? Bukan, bukaaaaannn. Ia adalah laman web yang boleh tunjukkan kita bagaimana bentuk sesuatu laman web dan entri sesuatu posting lama.

Sebenarnya, tak kisahlah sama ada entry/posting sebelumnya telah dipadam (delete), disimpan untuk khazanah/arkib, atau memang bertujuan untuk disorok dari bacaan umum; kita masih boleh baca entri tersebut
dengan guna Wayback Machine. Laman web yang sudah tidak wujud/ditutup juga boleh diakses melaluinya.

Macam mana nak guna Wayback Machine ni?

1. Buka laman webnya, pastu taip link/url yang nak kita lawati dalam kotak cariannya.

2. Pilih tahun yang nak dibuka, dan cari tarikh dalam mana-mana bulan yang bertanda bulat (biru) untuk lihat arkibnya.

3. Dah boleh baca entrinya.

Laman ini bertindak menyimpan data tanpa kebenaran. Boleh je kalau nak minta mereka buang terus dari pandangan umum. Kena kerja lebih sikitle.

E-mel kepada info@archive.org menerusi laman webnya dan mohon baik baik agar laman web kamu dipadam. Mereka akan minta beberapa maklumat sebagai bukti itu memang laman web kamu. Dalam tempoh sehari, mereka akan buang laman web kamu dari web archieve mereka.

Wayback Machine ini benar benar membantu aku bina semula blog ini selepas berterabur bulan Oktober lalu hingga kena Review Blog sendiri. Dapatlah kutip beberapa 'coding' menerusi 'View page source' walaupun tak dapat nak pulihkan sepenuhnya terutama bahagian paparan komen dan 'mobile view'.

Sampai sekarang, 2 part ni [paparan komen] dan ['mobile view'] belum berjaya aku selesaikan lagi...


Wajah Dan Nostalgia

EmpayarUtama - Thursday, August 11, 2011 : 10 comments

Entri ni aku buat sebab nak simpan kenangan berblog. Harap-harap tak kena simpan lagi yang ini.

Bila nampak banyak program bertukar wajah, teringat le kat blog lama aku. Bukan lama sangat pun aku ni berblogging tapi aku start rasanya bulan doblas 2008 kot. Kat tengah-tengah tu ada berenti setahun rasanya sebab blog kena simpan dengan Pakcik Google.
Jadi blom ada dua tahun la kiranya. Nak tengok camna blog aku dari memula dulu? Inipun mana yang aku sempat kopipes; ada juga guna template lain tapi lupa nak simpan.


Inilah blog aku yang pertama sekali. Betul-betul basic:


Yang ini pulak bila dapat satu template yang pada aku amat cantik (latar belakang hitam). Alamak teringat lak kat posting pasal segmen, entah ada silap tak aku tulis:


Ini nak bagitau yang blog aku dah kena simpan. Mungkin sebab aku letak penuh mukasurat blog tu dengan Amazon nyer iklan; sedeynya.....

Pastu dok diam-diam ajalah men guli...


Tup-tup tengah bulan sebelas tahun lepas aku sesaja je tekan empayarutama.blogspot.com; eh, dah bley amik balik sey blog aku. Terharunya. Aku rasa nak belanja Pakcik Google tu sate tapi tak tau nak kontek. Hehe.

Jadi aku mulakan balik dengan versi Melayu:


Ejas sana sikit sini sikit jadi cam ni:


Tapi sebab front page tu tak keluar comment link; dan follower kat sidebar asyik ilang je... Aku tukar terus ikut template yang blogger sediakan sampai la ari ni:

Ini cuma blog aja, kan? Kalau manusia cam kita ni... apa rasanya yea... Especially buat yang tersayang...

Hidup; kena simpan; diberi peluang kedua pula lepas tu... iskkkkk.

OK ke cam ni?




Klook.com