Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Konflik

EmpayarUtama - Saturday, September 29, 2012 : 9 comments

Wah nampaknya tahun ni ramai sekali kengkawan maya berkahwin. Jujurnya aku selalu tertinggal jet sebab tak sempat nak bukak pc. Puteri sulung aku yang rajin updatekan status Googleplus, fesbuk dan twitter. Kalau para pembaca singgah dan baca 2-3 cerita aku sebelum ni akan tahu betapa kelam kabutnya masa aku yang dah tak terurus. Tapi takle sampai lupa diri hehe. Itu pun masih
ada lagi cerita yang belum sempat aku kongsikan.

Jadi kat sini aku nak mintak maaf bebanyak kat Cikgu Jaja; dan minggu depan - Afzalsukasuki; mungkin tak berkesempatan aku nak makan nasi minyak kamu (jiran sebelah dah booking der... kena rewang)

Pengalaman aku nak kongsi sejak hidup berumahtangga ni; jika boleh jangan campur adukkan masalah di tempat kerja dengan masalah di rumah. Orang rumah sebenarnya rajin bercerita tentang kisah-kisah di pejabatnya tapi aku buat derk je. Bukan apa, boss dia tu kawan se'golf' aku dan kawan-kawan pejabat dia; customer dia; boleh kata majoriti adalah kawan-kawan aku juga.

Harap boleh jadi panduan baik bagi mereka yang sudah, baru, maupun yang akan melangsungkan perkahwinan. Pun peringatan buat diri aku juga hahahahahah takut lupa diri nanti.

Camanapun, selamat pengantin baru buat mereka.



Sudah Sampai Masanya...

EmpayarUtama - Wednesday, September 26, 2012 : 11 comments

Dua tahun lepas sewaktu bercerita tentang Hadiah Teristimewa; aku tak bagitaupun zink yang dipasang pada pertengahan Januari 1996 bercampur baru dan lama (zink asal). Jadinya dekat 17 tahun jugalah zink yang ada tu tak berganti.

Sepanjang 4-5 tahun kebelakang; hanya ganti 10-20 keping untuk zink yang dah bocor dan koyak. Jenuh juga
sebab selepas tu mana-mana zink yang dipijak pula akan koyak.

Ada kat Hadiah Teristimewa

Dan inilah wajah sewaktu Ramadhan 1433 (Ogos 2012):

Sebahagian bumbung depan hilang kena ribut, begitu juga dengan beberapa keping zing rumah ibu

Memandangkan orang tua warga emas serta ibu tunggal; aku ada dua pilihan. Pertamanya mohon rumah batu 3 bilik yang akan dibina sepenuhnya oleh kerajaan tetapi geran dicagar sepanjang proses bayaran balik. Maksudnya jika 40 tahun, maka 40 tahunlah geran dipegang kerajaan.

Pilihan kedua pula tebalkan muka mohon peruntukan baikpulih Cylinderhead (erkkk Baik pulih Cylinderhead tu blog dhinai adnan) bumbung. Dan inilah pilihan yang aku buat sebab ada peruntukan dari kerajaan. Pertengahan Jun 2012 baru wakil kepada wakil rakyat parlimen di situ datang melawat bersama seorang ASP Polis dan mengambil beberapa keping gambar. Syawal dahpun berlalu - senyap je. Bumbung makin bocor sana sini.

Akhirnya aku buat pilihan tak masuk akal - pinjam along. Kan pilihan paling mudah dan pantas? Hahahahahahahah. Masuk minggu kedua terus beli zink 140 keping. Tokey hardware kata - mana ada orang beli banyak tu. Paling banyakpun 80 keping je. Dia tak tau yang rumah tu asalnya kembar dua; 48' x 48' dan telah ditambah sesedap rasa oleh arwah abah menjadi 60' x 82'. Hambik ko, masuk minggu kedua kena tambah lagi 37 keping. Tokey nengok muka aku kali ni dia diam ajalah. Besar juga belanja; perabung, paku, kayu sikit.

Kali ni aku belasah guna zink kilang kaler biru 10 kaki (lebar 2 1/2 kaki). Kalau zink biasa yang 10 kaki tu lebarnya 2 kaki aja dan aku perlukan dalam 240 keping. Bila buat perbandingan; beza harga cuma RM180 itu yang terus sambar zink kilang.

Jadi sepanjang Syawal masuk ke Zulkaedah tahun ini kerja aku berulang alik dari JB ke Pontian. Blog pun ke laut. Maklumlah aku bukan tukang. Kerjapun perlahan. Akhirnya panggil member tukang si Adiey kat kampung suruh sambung kerja. Janji bumbung tak bocor untuk 30-40 tahun akan datang sudah. Hasilnya:

177 keping pun masih kurang sekeping, kenalah guna zink lama huhuhu

Pesanan aku buat semua - Jangan harap bantuan dan paling penting; Jangan Pinjam Along tau!