Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Cara Mudah Hilangkan LinkWithin Di Laman Utama Blog

EmpayarUtama - Sunday, July 17, 2011 : 3 comments

Dah tukar template ni, ada aja benda yang aku nak ubah. Aku cari tutorial paling mudah dan tak cerewet untuk buang linkwithin di main page tapi akan keluar kat page lain sebab pada akulah, kalau takde benda tu blog nampak kemas
sikit. Jumpalah satu yang menarik oleh kaka1407 dalam Info Terkini Online tapi macam tak boleh jadi aja. Jadi aku cuba sendiri cara yang aku rasa tak peningkan kepala. Cuma tambah linkwithin script tu kat post footer. Macam ni:
1. Memula korang pergi ke website linkwithin, letak apa yang patut untuk info blog korang tu (tak payah log in pun tak pe daaa…). Dapatkan linknya, lebih kurang cam ni haaa: (id tu aku punya blog aaa, tengok korang nyer id mesti tak sama tau):

<script>var linkwithin_site_id = 361788;</script>
<script src='http://www.linkwithin.com/widget.js'/><a href='http://www.linkwithin.com/'><img alt='related posts plugin for wordpress, blogger...' src='http://www.linkwithin.com/pixel.png' style='border: 0'/></a>

2. Pastu cam biasa pergi ke Design --> Edit HTML --> Expand Widget Templates

3. Cari sampai jumpa benda ni; nak senang guna (Ctrl+F) kat keyboard tu:

<div class='post-footer-line post-footer-line-3'>

4. Kemudian tambah je kod ni kat bawah footer-line-3 :

<div class='post-footer-line post-footer-line-3'>
  <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
     <script>var linkwithin_site_id = 361788;</script>
       <script src='http://www.linkwithin.com/widget.js'/><a href='http://www.linkwithin.com/'><img alt='related posts plugin for wordpress, blogger...' src='http://www.linkwithin.com/pixel.png' style='border: 0'/></a>
  </b:if>
</div>

Nampak tak warna merah tu, itu korang kena tambah. Script tu memang korang dah dapat dari linkwithin kan?

5. Save dan cuba tengok main page blog korang. Dah tu cuba tengok page entri sebelum tu. Ada nampak beza tak?

Satu lagi, korang nak letak apa pun kat footer tu pun boleh. Korang cari je benda ni macam arahan nombor 3 kat atas tu:

<div class='post-footer'>

Ngam-ngam bawah dia korang letak le kod yang korang nak letak. Aku ambik contoh kod Nuffnang Large Rectangle (336 x 280) macam ni:

<div class='post-footer'>
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "47088cb15ae2c7b061abbc1d7fc9ea01";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></script>
<!-- nuffnang-->
Pastu Save dan tengok, ada keluar atau tidak.

Senang tak nak ikut tutorial aku ni?

Persiapan Ke Kejohanan Remaja Dunia...

EmpayarUtama - Saturday, July 16, 2011 : 3 comments

Aku tipu. Sebenarnya ini antara aktiviti anak-anak Tadika Kemas sebelum perlawanan hujung minggu depan. Masing-masing baru je berumur antara 5 hingga 6 tahun.

Diorang bergabung dengan beberapa Tadika Kemas berdekatan untuk membentuk satu pasukan yang mantap demi menyelamatkan Sasuke.
Eh, pasal cerita Naruto lak masuk entri ni?

Latihan ni baru masuk hari kedua dan nanti kita tengok la pulak camana keadaannya masa hari pertandingan nanti. Tengok gambar-gambar kat bawah ni yea, masa latihan pagi tadi. Mana-mana yang datang dengan bonda masing-masing; kiranya mereka ada jurulatih peribadi tau. Tengok aksi para jurulatih tu:


Korum tak cukup siap pinjam GK dari sekolah kebangsaan lagi...



Ada dua view menarik kat sini. Memula kita nengok aksi si cilik Center (C) tu. Macam persembahan nyanyian pun ada:


Pastu aksi Goal Shooter (GS) dan Goal Keeper (GK) kat bawah ni pulak:



Sempat menocangkan rambut pihak lawan (GS) cuma tak bawak getah untuk ikat...huahuahua


Tocang sampai siap daaaa...


Aksi yang ini tak sah kalau takde...

Jenuh cikgu pun datang memujuk;  tapi yang bestnyer GK dan GS tetap dengan 'dunia' diorang...


Bola dah dekat tu, GS relax je. Boleh duduk-duduk lagi...


(C) tadi menari agak lama di tengah sambil disaksikan semua...

Sesi perbincangan jurulatih-jurulatih peribadi selepas 2 kali latihan. Rasanya puas hati kot nengok persembahan pasukan yang baru dibentuk tu. Nak lawan ujung minggu - ada can menang ke? Mudah-mudahan...

Ok sampai sini dulu, nanti aku update hari pertandingan pulak. Tungguuuu...



Tutorial 3 Dalam 1

EmpayarUtama - Friday, July 15, 2011 : 8 comments

Nak tau kenapa jadi 3 dalam 1? Sebab 3 benda ni berkait antara satu sama lain tapi masih boleh kalau nak guna satu; dua atau ketiga-tiganya sekali.

Hehehe sebenarnya aku malas nak buat sampai 3 entri. Dahla blog rojak tetiba terbuat tutorial pulak. Ini penangan sebab tukar template punya pasallah ni. Padan muka aku.
Kalau nak bagi tutorial kena cuba dulu kalau tak camna orang nak percaya dan ikut, kan? Aku ucapkan banyak-banyak terima kasih pada korang semua sebab sudi jengah blog dan bagi panduan berguna.


Aku guna Google Gadget je, senang sikit.

1. Tukar kod html untuk mudah letak di entri / posting dan senang untuk pembaca kopipes kalau minat nak mencuba.
Dulu kalau korang nak, boleh pergi kat Code Converter; tapi program ni dah tak ada. Jadi sekarang ni aku guna Web 2.0 Generators. Memang berfungsi lagi.

Haaa pergi sini tau: Web 2.0 Generators

2. Pasang scroll box dalam entri ikut suka.
Satu lagi, disebabkan boleh kata semua entri aku ni panjang berjela belaka; aku cuba juga cari scroll box, cam biasalah kenen kat pakcik google dan banyak juga tutorial pasal scroll box ni. Tapi aku ambik kod yang ada kat Quackit dan gabungkan kodnya dengan yang ada kat Blog Farah Shahirah dan terhasillah kotak entri yang korang nampak ni.

Pada aku bagus jadi tak payahlah aku nak senaraikan kelebihannya. Yang tak bagusnya aku rasa:

1. Rugi pada bisnes blog sebab seboleh-bolehnya nak pamerkan segala yang ada kat dalam blog jangan sampai pembaca tak nampak pulak (alah, takut pembaca tak scroll down, bisnes kureng nanti)

2. Iklan yang bayar melalui CPM atau dalam kata lain - 'iklan berbayar berdasar tayang iklan pun dapat duit berdasar pada jumlah pengunjung' susah sikitle nak di tunjuk sebab kalau dah buat scroll box pendek je; baik tak yah pasang. Betul juga kan, kalau dah dengan iklan-iklan pun disorok, baik takyah letak iklan tu.

3. Nantilah aku fikir apa lagi kelemahannya, hehehehe.

Oh lupa lak. Nak tengok camna rupa gabungan kod yang aku buat? Macam ni:

<div style="border: 1px solid #c0c0c0; font: 12px; height: 500px; margin: 0px auto; overflow: auto; padding: 5px; width: 98%;">
SINILAH AREA KALAU NAK BUAT POSTING KE, LETAK GAMBAR KE, IKLAN KE, APA BENDALAH YANG KORANG SUKA LETAK
</div>

Aku ambik kod yang paling simple sekali yang ada border, kaler border, besar tulisan (kat situ aku letak 12px), ketinggian box, auto margin (senang tak yah nak set-set lagi), jarak antara entri dengan border kiri dan kanan (padding), dan akhir sekali aku pilih saiz lebar box 98% dari ruang lebar entri blog pos ni.

3. Pasang kod scroll box dalam setting entri pos.
Dan yang terakhir, untuk tutorial ketiga ialah camana nak pastikan scroll box ni sentiasa ada dalam blog tiap kali nak buat posting / entri baru (itupun kalau suka, tak suka tak yahla letak):

1. Dashboard ---> Settings ---> Formatting

2. Letak kod scroll box asal tu dalam kotak Post Template dan tekan Save Settings

3. Dah siaple. Korang bolehlah mula buat entri baru dalam kotak skrol. Abis...

Posting ini aku guna ketiga-tiga benda yang aku cerita kat atas tadi. Best tak tutorial aku?