Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Nak Tumpang Populariti

EmpayarUtama - Thursday, January 5, 2012 : 22 comments

Ramai antara kengkawan yang pos entri luahkan rasa tak puas hati kat gambar sensasi espeseli gamba retis. Bila buat posting; apa yang ditulis biasanya adalah :

~ beranggapan retis tu berpakaian dan berposing camtu sebagai jalan mudah untuk cepat popular
~ luahan rasa tak puas hati kat retis tu sendiri macam tak sedar diri
~ harapan agar retis tu berubah.

Tapikan, di sebalik gambar gambar tak bley blah tu aku terfikir - eh pasal lak buat posting tentang Dhia ni yek? Kalau gambar tu dah tak elok takyah lah tolong pomot gambar tak elok retis tu. Jadi - antara kita ni kan; sebenarnya mengharap akan ada lebih banyak lagi gambar-gambar sensasi retis sebagai modal untuk buat entri lain nanti hahahahahah betul tak? Kan cerita sensasi retis antara yang popular jadi secara tak langsung blog yang buat entri pun akan dapat ramai pengunjung, kan, kan, kan... Belog pun nanti cepat popular.

Bek ngaku; korang ni suka ke tak suka gambar-gambar sensasi, seksi meksi retis-retis ni? AKU SUKA HAHAHAHAHAH ^_^ (Tak bek tipu tau)


Terperasan komen dari Seri pasal kotak jerit. Aku pun tak tau kenapa ShoutCamp letak 'Post Message Here' patutnya 'Tekan Butang SHOUT dulu'. Jadi bila tekan butang SHOUT akan kuar kotak yang macam kat bawah ni; pastu baru boleh jerit:


Selain dari CBox; FIBOX pun makin popular. Terkini Busuk.org pun bagi satu yang percuma. Peten sebijik cam FIBOX kalau berminat pergi ke http://shout.busuk.org. Aku tak siapkan linknya sebab program ni kengkadang buat pageload jadi lembab. Aku pilih ShoutCamp sebab dia linkkan avatar boleh kuar gambar.

Tapi janji pree, belasah jelah mana-mana punnnnnn....


Cabaran Bermula, Ada Berani?

EmpayarUtama - Tuesday, January 3, 2012 : 19 comments

Entri pertama aku tahun ni dalam suasana yang agak kelam kabut. Ni pun baru je balik setelkan transpot budak-budak. Sampai empat sekolah nak kena susun.

Siang tadi setengah hari bersenang lenang kat sekolah kebangsaan daftar persekolahan Afrina. Ngam-ngam dapat duduk depan meja cikgu; taklimat bermula.

Santai je lah aku potong kertas A4 pastu buat nombor ramalan pas kat ibubapa yang ramai berdiri kat belakang. Cam biasa aku amik nombor satu sebab dah duduk hehehe.

Dah ada nombor tu terus je ke kedai koperasi beli buku tulis dan aktiviti dia, abang dan kakaknya; kes last minit baru beli hahahah. Siap je kat situ bergegas pulak ke Pejabat Pendidikan Agama sebab baru teringat ada beberapa lagi buku sekolah agama belum lengkap. Elehhh sampai sana pun masih tak lengkap juga le... Terus gi Giant hantar jahit lencana kat Auntie yang entah bila ntah nak tampal seluar jeans koyak aku. Pukul 4 tadi baru rasa ok dah semua. Ok mende, teringat pulak nak confirmkan kelas si kakak yang naik menengah sesi pagi ke sesi petang. Semalam dah tipon cikgu dia - macam dengar tak dengar je; hambik ko rupanya kena sesi petang. Kenalah ke sekolah agama pulak tukar kelas dia ke belah pagi. Semput tul.

Balik rumah, nampak ada satu kertas Pos Laju kat pagar alammmakkk bila pulak aku order barang ni? Tak de nama pengirim - Si Alya pulak sibuk nak ikut. Cabutle ke bangunan Pos Laju kat Larkin Industri. Sekali tu kan.......


Tak sempat aku nak snap parcel buat kenangan; laju je Alya bukak bungkusan tu... Adei... Aku cuma boleh jeling-jeling manja jelah sebab tangan dok pegang stering. Dalam hati aku terharu sangat terima hadiah dari Remyhazza sebab seumur hidup aku tak pernah dapat peten camni. Siap ada kad lagi:



Memang cantik hadiah ni siap stand:

Tapi bila fikirkan semula kat rumah ada hero dan ramai heroin; aku buat keputusan gantung kat dinding. Remy, terima kasih atas hadiah dan ingatan tu harap terus berblogging dan berjaya dalam apa jua yang kamu cita-citakan. Aku juga harap sangat agar entri ni jadi pemberi semangat buat kita semua. Tahun ni nampak macam lebih mencabar berbanding tahun sudah.

Selamat berblogging dan selamat bertahun baru ^_^



Yang Ini Aku Nak Kongsi: Best Tau

EmpayarUtama - Saturday, December 31, 2011 : 38 comments

Sementara tunggu masa nak angkat baju yang belum kering sangat kat ampai, aku menggugel cari skrip Novel yang boleh tukar tukar header bila 'refresh page'. Jenuh juga cari tak jumpa sampai hujan turun balik basah lencun semua baju. Ada tutorial dari seberang sana tapi bila cuba tak menjadi pun.

Last last jumpa jugak omputeh punya; tu yang kalau sesapa refresh belog aku ni atau tekan page entri yang dulu-dulu (hehe tengok ke entri-entri lama aku...?) - header betuka tuka. Best tak? Cakapla best. Tapi gamba tak berapa kemas sebab aku cuma nak test je. Camana pun benda ni bagus untuk mereka yang gila kumpul header atau yang kejap-kejap sakit perut nak tukar header, kejap kejap sakit perut nak tukar header. Nak tukar header pun sakit perut?

Haaaa meh sini adik EmpayarUtama nak bagi satu skrip drama buat tambah duit kocek tahun 2012 ni. Kerjanya tak rumit cuma pastikan gambar yang nak dijadikan header tu mesti dalam format yang sama tak mo rojak cam belog aku aaaa... Bila save dalam .gif - semua dalam .gif; kalau .jpg - semua save dalam .jpg camtulah boleh faham yea :) Saiz gamba pun kalau boleh bagi sama sebab ada kod html belog yang dah tetapkan saiz takut kelakar pulak jadinya bila page belog direfresh nanti. Tak pasal-pasal belog seram jadi belog kelakar seram pulak wiiiiiii. Erkkkk terikut-ikut dah, perkataan wiiiiiii ni popular kat satu websait feveret aku (Tapi cam dah tuka link ke sini jah...).

<script type="text/javascript">
var banner= new Array()
banner[0]="Image01URL"
banner[1]="Image02URL"
banner[2]="Image03URL"
banner[3]="Image04URL"
banner[4]="Image05URL"
var random=Math.floor(5*Math.random());
document.write("<style>");
document.write("body {");
document.write(' background:url("' + banner[random] + '") no-repeat top left;');
document.write(" }");
document.write("</style>");
</script>

No 5 kaler merah tu untuk tunjuk ada lima gamba. Kalau nak tambah atau kurangkan ikut sukalah tapi kena tambah atau buang juga baris yang ini:
banner[?]="Image(0?+1)URL"

Kat mana nak letak kod ni? Pergi ke Design --> Page Elements --> Add A Gadget --> HTML/JavaScript pastu tempek je dan tengokle jadi ke tak. Pastikan header asal buang dulu (simpanle dalam kocek nanti boleh pakai semula kalau dah boring guna kod atas tu; takpun jadikan 1st header). Jangan lupa pastikan juga lebar dan tinggi #header di skin (template) belog sama ukuran dengan header-header baru ya.

Satu lagi aku pun gatal tangan juga tambah signature hek...elehhhh cam bagus je kan hahahah. Banyak dah tutorial yang ini kalau korang rajin gugel kalau malas gi KAT SINI.

Selamat menyain cek dan selamat berheader-header ^_^