Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Muai Untuk DItuai - Untung Berganda Ganda

EmpayarUtama - Sunday, March 29, 2015 : 2 comments

Kita bertuah sebab ada tuan kedai sudi membentang kadar baru mereka. Di bawah ni penerangan tentang harga yang dikenakan melalui fesbuk dia sendiri.

Bagus jika ada inisiatif dari banyak tuan kedai yang sudi bagi pencerahan :)
Jadi, ada beberapa kat sini yang aku nak kongsikan:


1. Bila dia pamer untuk jelaskan GST kat orang ramai, adakah harga asal yang mereka ambil itu telah ditolak SST atau masih termasuk SST?

2. Oke, katalah dah tolak SST (makasihler jika dah tolak SST); harga campur GST jadi satu harga lain. Pastu, dia kenakan servis caj 10% atas harga asal. Kendian servis caj tu dikenakan pulak 6% GST. Patutke? Senang cakap, ok lagi kalau nak minum kopi bayar harga kopi + caj GST. Apehal pulak kena bayar servis caj + caj GST? Serupa kena beli dua barang dalam satu bil walaupun sebenarnya nak beli satu barang jah..... Last-last kena kutuk macam yang kat sini haa.

3. Cakap pasal servis caj; meh baca blog Din Turtle yang tulis tentang Servis Charge - Bukan Wajib Di Bayar


Makanya kita boleh pilih untuk tak nak bayar servis caj tu. Iyalah nak beli satu benda jer tapi kena bayar untuk 2 benda (aku mudahkan ayat jer nih)

4. Lanjutan dari no. 3 pulak, kalau taknak bayar akan jadi kes tak? Kalau sesekali nak bawak keluarga makan kat restoran; bercuti makan angin (dalam Malaysia) dok hotel; harga boleh tahan juga. Katalah RM200 sebelum GST. Servis cajnya 10% dah RM20. GST untuk servis caj saja RM1.20. Ini dah untung atas angin nih (Hotel/restoran RM20; kastam RM1.20). Itu baru satu keluarga, sekali jalan atau sekali makan. Muai kalau kita rakyat tempatan jayakan kempen Cuti-cuti Malaysia bermula 1 April 2015 ni, kan?


Takkan nak 'laminate' kenyataan Pak Menteri dan usung tiap hari? Arkkkkkk keras......


Apa Yang Kita Terlepas Pandang?

EmpayarUtama - Thursday, March 26, 2015 : 4 comments

Lama sungguh tak menulis. Tapi lepas baca tulisan Buasir Otak aku fikir nak berkongsi juga pendapat aku.

Oh sebelum tu maaf sebab setakat ni aku tak cukup tangan dok tolong kengkawan yang terjebak dengan penguatkuasaan GST April nih. Hahahahah tula siang-siang tak mo ready akaun last-last aku jadi mangsa.
Hampagas tul.

Oke; pada fikiran aku, mereka yang 'tidak bersetuju' dengan pelaksanaan GST majoritinya adalah pengguna. Peniaga tak mungkin tak setuju sebab :

1. Cukai Jualan atau Cukai Perkhidmatan (SST) tak jauh sangat bezanya dengan GST. Lagipun GST nih dikongsi oleh semua peringkat peniaga (pembekal, pengilang, pemborong maupun peruncit)

2. Pengilang, pemborong dan peruncit masih boleh senyum sebab melalui GST mereka hanya berkongsi sikit jer kadar GST tu lepas tuntut kembali 100% GST yang dikenakan oleh peniaga di atas mereka (pembekal, pengilang atau pemborong)

3. Mana kita tau para peniaga nih terus ambil harga terkini dan kemudian tambah GST atas harga tersebut. Senang cakap tak beri kesanpun kepada mereka. Lagi best, ada yang awal-awal dah naikkan harga sebelum pelaksanaan GST.

Jadi siapa yang benar-benar terbeban dengan GST? Penggunalah.

Pengguna pula, pada fikiran aku boleh jadi setuju dan boleh jadi tak setuju. Mereka boleh jadi setuju bila semua orang kena GST jika beli barangan yang dikenakan GST. Boleh jadi tak setuju bila:

1. Mereka adalah antara pembayar cukai pendapatan individu. Tak pasal-pasal kena tambah cukai GST.

2. Pengguna kena tanggung 50% dari jumlah keseluruhan GST yang dikenakan. Pusing camanapun akan jadi sekitar 40% hingga 60% GST ditanggung oleh pengguna. Tak percaya? Tengok contoh gambar. Sumber ni dari laman web JKDM - CBP - Pembekalan Berkadar Standard, bukan aku reka tau:


Dari jumlah RM18.72 GST yang dibayar; pembekal cuma perlu bayar RM3.00, pengilang RM3.00, pemborong RM1.50, manakala peruncit RM1.86. Jumlah GST pengguna kena bayar hambek ko RM9.36.

3. Nampak dah macam sistem piramid MLM yang terbaik terbalik di mana pengguna berada di bawah sekali tapi bayaran yang diterima pihak kastam adalah yang tertinggiii.....

Pastu, belah mana yang sampai terlepas pandang? Haaa sekarang nih kita dok sibuk beri penerangan kepada pengguna (lebihkuranglah cam syarikat MLM nak pujuk bakal downliners). Tapi kenapa kita tak sibuk beri penerangan kat level-level atas (peruncit/ pemborong/ pengilang/ pembekal)? Mereka inilah yang sepatutnya diberi perhatian serius agar menyelaraskan harga setelah SST tiada.

Lihat semula gambar pertama tadi. Semua peringkat peniaga sepatutnya kena turunkan harga dulu baru tambah GST. Maksudnya tolakkan SST yang dah sedia ada dalam harga diorang tuuu baru tambah GST. Ini tidak. Dok turun beri penerangan kepada pengguna semata-mata.

Tengok sini pulak :

Hehe bukanke peniaga diarahkan untuk mendaftar? Jika tidak - akan didenda RM20,000. Lepas denda, pun kena daftar juga, tak gitu?

Bukan banyak na pun. Setakat 17 Mac 2015 ada 353,372 syarikat telah berdaftar untuk GST. Takkan tak boleh tapis yang mana satu pembekal, pengilang, pemborong dan peruncit? Banyak ni jah yang perlu diarah untuk melaraskan harga sebelum ditambah GST. Bukti rekod jualan/cukai jualan kan ada dalam laporan tahunan kewangan mereka. Tak pun pihak kastam memang ada simpan data bulanan jualan/cukai jualan mereka. Collaboratelah sikit.

Dan pada pandangan aku, tak apalah nak mula pada 1 April, jalan jer. Tapi yang terlepas pandang nih tetap kena perbetulkan juga.

Kalau ada yang baca belog aku nih dan tak bersetuju dengan apa yang aku tulis, komenlah boleh kita sama-sama belajar. Kalau setuju dengan apa yang aku tulis, komen jugalah dan yang penting 'share' / kongsikan jika bermanfaat. Jumpa lagi, dahhhh


Bermuka Muka

EmpayarUtama - Sunday, November 9, 2014 : 11 comments

Bila terdengar bunyi kucing bergaduh kat luar, teringatlah yang Aku Tak Mampu Menahannya.... Siapa yang belum baca cuba klik cerita yang amat menyayat hati tu.

Kali ni aku nak kongsi pemerhatian dan pengalaman (bermakna ini pandangan peribadi ya) pasal kucing lagi. Suka datang mengeow depan kita mintak makan atau dibelai.

Inilah satu-satunya haiwan yang sangat pandai bermuka-muka hingga kita tak perasan akan kezaliman / kekejamannya.

Dianugerah 'renungan makrifat' (aku yang gelar) hingga cicak di siling hatta burung yang bertenggek di ranting, jika bertentang mata akan jatuh di depannya. Kucing juga sanggup makan anak sendiri biarpun dah beberapa kali melahirkan. Yang teruknya dia pilih yang mana satu untuk dimakan walaupun anak-anak tu dah lebih dua minggu.

Sebelum tu meh kita fikir guna logik akal benda-benda nih:
1. Dalam Al-Qur'an atau lebih tepat lagi - dalam senarai nama-nama binatang dalam Al-Quran; kucing tak pernah disebut.

2. Kisah Muezza/Mu'izza (kucing kesayangan Nabi Muhammad) serta kisah Nabi bangun sewaktu azan hanyalah riwayat yang tak pasti kesahihannya. Siapakah periwayat yang tidur/bangun bersama Nabi, lihat Nabi ingin pakai jubah, lihat Nabi potong lengan jubah hinggalah ikut Nabi kembali ke rumah; seterusnya nampak penghormatan diterima Nabi dari kucingnya selepas solat? Siapa orang pertama yang sebarkan 'kisah' ni?

3. "Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya."

Yang ini dengan ayat-ayatnya sekali kabur. "budaknya" merujuk kepada siapa? "ketika ia sampai di rumah Aisyah" jelas bukan budak suruhan Aisyah. "Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya." - siapa yang beri isyarat? Aisyah tengah solat! Sipencerita tu boleh tunggu sampai Aisyah habis bersolat dan tengok semua yang berlaku hingga Aisyah makan bubur tu! Jika benar sipencerita tunggu - jagalah dulu bubur agar tak dijamah kucing!

Oke dah, dah, dah. Kita berbalik kepada cerita kucing.

Yang paling kejam; itupun kalau korang perasan - kucing buru mangsa walaupun tak lapar. Bila berjaya tangkap tikus, atau apa saja mangsa; akan disiksa sebelum mati. Mangsa akan digigit sikit dan dicuit agar bergerak untuk dimain-mainkan. Jika pergerakan mangsa masih laju, digigitnya lagi supaya lemah. Dicuit lagi suruh bergerak dan begitulah seterusnya hingga tidak
dapat bergerak langsung. Pas tu terpulang sama ada nak dimakan atau ditinggal camtu aja.

Dalam persekitaran kita - burung, kucing, arnab, ikan, anjing, ayam, itik, lembu, kambing, kerbau; mana satu paling suka bergaduh sesama sendiri? Tak de ribut tak de taufan tiba-tiba je bergaduh, dan kalau bergaduh dia punya bising perghhhh... Betul, cubalah perhatikan. Dan sifat bermuka-muka; 'zalim/kejam tak nampak' dan suka bergaduh sesama sendiri ini diwarisi sebilangan kita.

Perkongsian ini tak bermaksud aku benci kucing atau ajak korang semua berdemo kat Dataran Merdeka untuk benci kucing. Takkkkkk. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa dan segala kesalahan kita...