Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Pasang Lagu Menggunakan Pilihan Skin MP3 Player Di Blog

EmpayarUtama - Friday, February 26, 2016 : No comments

Selamat berhujung minggu. Kali ni aku nak cerita camana letak lagu dalam blog. Bagus untuk yang berminat dan masih tercari-cari walaupun blog sekarang nih agak kurang popular.

Banyak program yang tawarkan lagu mp3 untuk didownload; ambil sumber asal dari YouTube atau SoundCloud. Masalahnya majoriti program ni tak sediakan skin mp3 player untuk diletak
dalam blog. Ada masanya nak download link lagu pun tak boleh; tak padan dengan iklan yang keluar 3-4 kali sebelum kita dapat link tersebut, itupun kalau dapat.

Tak ingat kat mana ntah komen ni...

Bila kita tahu mereka ambil dari YouTube; guna YouTube sajalah untuk masukkan lagu dalam skin mp3 player yang kita pilih/ada. Tukar link tersebut kepada link mp3 (hujung link ada .mp3). Program terbaik adalah ListenVid. Nanti aku tunjuk sekali bagaimana nak guna ListenVid.

Sebelum lupa;
~ Semua program yang aku ambil untuk cerita kali ni adalah percuma tak payah nak register bagai,
~ Segala kod berwarna merah boleh diejas sesuka hati ikut kesesuaian blog,
~ Kalau nak buang Tajuk Lagu, buang keseluruhan kod yang ini:
Tajuk Lagu

~ Nak pilih kaler boleh tengok sini; sini; atau sini, dan
~ Semua kod dah dicuba dan boleh guna selagi program tu masih hidup dan kod MP3 skinnya tak ditukar.

Haaa meh tengok satu persatu:
1. Program tawarkan lagu mp3 dan tersedia skin mp3 player
1. Program yang sediakan skin mp3 player yang sama.

1. a) Antaranya MP3 Juices; MP3 Raid; dan MP3 World
Paparan skin MP3:

Tajuk Lagu
<embed type='application/x-shockwave-flash' src='https://mp3-juices.com/inc/jplayer/mp3player.swf' flashvars="file=http://link lagu.mp3&volume=50" quality="high" allowscriptaccess="always" height="20" width="250">
</embed>

1. b) MP3 Downloads
(Ada butang Stop tetapi tiada butang Download)
Paparan skin MP3:

Tajuk Lagu
<embed src="http://www.mp3-downloads.net/flash/playlistplayer.swf" width="300" height="20" flashvars="height=20&width=300&file=link lagu.mp3&showstop=true&autostart=false&skin=http://www.mp3-downloads.net/flash/controlpanel.swf"></embed>

1. c) Cincopa
(Lebih lengkap dengan fungsi ubah warna - Sebenarnya kena register dulu tapi aku dapat kat mana ntah)
Paparan skin MP3:

Tajuk Lagu
<embed width="300" height="20" src="http://www.cincopa.com/media-platform/runtime/player4/player4.swf" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" flashvars="file=link lagu.mp3&showstop=true&frontcolor=cc0000&lightcolor=000000&autostart=false"></embed>

2. Seek A Song
Paparan skin MP3:

Tajuk Lagu
<embed src='http://www.seekasong.com/mp3player/player.swf' width='280' height='30' allowscriptaccess='always'allowfullscreen='false' flashvars='file=http://link lagu.mp3&skin=http://www.seekasong.com/mp3player/seekasong.swf'></embed>

3. Kiwi6
Paparan skin MP3:

Ini kod lama tapi masih berfungsi. Kod baru guna iframe dan boleh terus paparkan banyak lagu (tracks) tapi perlu melalui link yang disediakan oleh program ini.

Tajuk Lagu
<object type="application/x-shockwave-flash" data="http://kiwi6.com/swf/audio-player.swf?audioUrl=http://link lagu.mp3" id="audioplayer" height="27" width="300" allowscriptaccess="always"> <param name="movie" value="http://kiwi6.com/swf/audio-player.swf?audioUrl=http://link lagu.mp3"/><param name="FlashVars" value=""/> <param name="quality" value="high"/><param name="menu" value="false"/><param name="allowscriptaccess" value="always"/><param name="wmode" value="transparent"/></object>

4. SoundCloud
Sumber asal lagu adalah dari program ini sendiri. Gunakan link lagu yang ada di dalamnya saja. Adalah lebih baik terus ke laman webnya untuk dapatkan link dan kod untuk lagu-lagu.
Paparan skin MP3:

5. MP3 Fusion
Sebenarnya kena register tapi yang ini pun aku tak ingat dapat kat mana...
Paparan skin MP3:

<embed src="http://www.mp3fusion.net/flash/mediaplayer.swf" width="300" height="100" allowscriptaccess="always" flashvars="height=100&width=300&file=link lagu.mp3&screencolor=0xeeeeee&showstop=true&showdownload=false&autostart=false&skin=http://www.mp3fusion.net/flash/controlpanel.swf"></embed>
Tajuk Lagu

2. Program tanpa lagu mp3 tapi sediakan skin mp3 player
Oleh kerana program-program ini tidak sediakan link lagu mp3, ada banyak pilihan skin mp3 player sama ada untuk satu atau lebih lagu.
1. FriendsBilly
Paparan skin MP3:

<embed src="http://www.sheepproductions.com/billy/billy.swf?autoplay=false&f0=http://link lagu.mp3&t0=Tajuk Lagu&total=1" quality="high" wmode="bbbbbb" width="300" height="20" name="" align="middle" type="application/x-shockwave-flash" ></embed>

Ini pula kod untuk lebih dari satu lagu:

<embed src="http://www.sheepproductions.com/billy/billy.swf?autoplay=false&f0=http://link lagu pertama.mp3&t0=Tajuk Lagu Pertama&f1=http://link lagu kedua.mp3&t1=Tajuk Lagu Kedua&f2=http://link lagu seterusnya.mp3&t2=Tajuk Lagu Seterusnya&total=3" quality="high" wmode="bbbbbb" width="300" height="20" name="" align="middle" type="application/x-shockwave-flash" ></embed>

2. MP3 Player
Ada lima jenis skin mp3 player. Kalau berminat; aku cadangkan pergilah ke laman webnya sebab boleh ejas ikut suka...
Paparan skin MP3:

<object type="application/x-shockwave-flash" data="http://flash-mp3-player.net/medias/player_mp3_multi.swf" width="300" height="22"> <param name="movie" value="http://flash-mp3-player.net/medias/player_mp3_multi.swf" /> <param name="bgcolor" value="#ffffff" /> <param name="FlashVars" value="mp3=link lagu pertama.mp3%7Clink lagu kedua.mp3%7Clink lagu seterusnya.mp3&width=300&height=22&volume=50&autoplay=0&loop=1&shuffle=1&showvolume=1&showinfo=1&volumeheight=10&loadingcolor=ffffff&bgcolor1=ffffff&bgcolor2=dddddd&slidercolor1=cc0000&slidercolor2=cc0000&sliderovercolor=bbbbbb&buttoncolor=cc0000&buttonovercolor=bbbbbb&textcolor=666666&showlist=0&playlistcolor=999999&currentmp3color=cc0000&scrollbarcolor=cccccc&scrollbarovercolor=bbbbbb" /> </object>

3. SCM Music Player
Ia terima link mp3, SoundCloud track dan link youtube. Kelemahannya – kedudukan skin mp3 player hanya di bahagian atas dan bawah; serta tak boleh ejas tinggi dan lebar skin.
Paparan skin MP3:

3. Bina sendiri skin mp3 player dalam blog
1. Guna html kod blog
Paparan skin MP3:

Tajuk Lagu

2. WordPress Plugin
Paparan skin MP3:

Errrrr hehe yang ini nak juga ke? Nanti-nantilah bila ada senang baru aku bagi ya
4. Cara dapatkan link mp3 dari YouTube guna ListenVid
1. Buka YouTube dan cari lagu. Ambil link yang di atas sekali. Di sini paparan link youtube ialah https://www.youtube.com/watch?v=ixxVDu1vLUw

2. Buka ListenVid dan paste link tadi untuk tukar kepada link mp3. Tekan butang Convert It!

3. Right click mouse di kotak Download dan klik pada Copy link address. Paste kat mana-mana WordPad atau Notepad. Untuk contoh tadi, link mp3nya ialah http://listenvid.com/index.php?output=yt/ixxVDu1vLUw/256~~256~~Send_Me_An_Angel_-_Scorpions_Instrumental_Cover_auf_Yamaha_Tyros_uuid-56c450cc01c75.mp3
Cukup panjang dah ni. Penat woo buat tutorial yang ini. Harap-harap meriahlah semula dunia blog. Memula ingat nak jadikan 4 cerita tapi aaaahhhhh ada aku kisah.....

Pokok Duit Bukan Ibu Duit

EmpayarUtama - Friday, January 15, 2016 : No comments

Aku ada simpan 4 pasu pokok ni. Tapi bila dengar cerita pasal ia bawak penyakit, susah hati juga.

Pokok Duit atau Pokok Ong (nama saintifiknya zamioculcas zamifolia) tak ada kena mengena dengan individu bernama Zami; calculator ataupun buku scrap sekolah folio.

Ni kata orang Cina - bila banyak
bunganya barulah ‘Ong’. Jadi kalau tanam banyak berpasu-pasu tengokle bunganya. Tapi takde bunga pun cantik juga bila pandai susun, kannn...?

Pokok ni antara yang paling senang ditanam. Antaranya: Ambil daunnya yang dah gugur dan tanam separuh – biarkan separuh terdedah. Dua tiga minggu nanti akan berakar dan bertunas melalui akarnya. Dah tu cuma perlu siram seminggu atau dua minggu sekali je. Tak perlu terdedah sangat kepada panas matahari nanti daunnya tak nampak segar berkilat.

Baru-baru nih keluar cerita ia menjadi punca penyakit leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM). Ini ada 2 link boleh baca untuk penjelasan:

Pokok duit-duit bukan penyebab leukemia

SABTU, 19 DISEMBER 2015 @ 5:13 PM
Pokok duit-duit bukan penyebab leukemia Oleh Haika Khazi

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi kononnya pokok duit-duit atau dikenali sebagai pokok pembawa tuah atau 'Ong' dalam kalangan masyarakat Cina menjadi punca penyakit leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Ghizan Saleh, berkata sehingga kini, beliau tidak pernah mendengar ada kajian saintifik menunjukkan tumbuhan terbabit menjadi punca penyakit kanser.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan tumbuhan itu memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan.

"Setahu saya, setakat ini, tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan pokok duit-duit menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan.

"Berikutan itu, perlu ada kajian saintifik dilakukan pihak berkenaan bagi membuktikan dakwaan berkenaan benar atau tidak," katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik), Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka, ketika diminta mengulas isu terbabit.

Beliau juga mengesahkan banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser.

Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser

Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser
By Editor · On 20/12/2015

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi kononnya pokok duit-duit (zamioculcas zamiifolia) atau dikenali sebagai pokok pembawa tuah atau ‘Ong’ dalam kalangan masyarakat Cina menjadi punca penyakit kanser darah atau leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Ghizan Saleh, berkata sehingga kini, beliau tidak pernah mendengar ada kajian saintifik menunjukkan tumbuhan terbabit menjadi punca penyakit kanser. Bagaimanapun, beliau mengesahkan tumbuhan itu memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan.

“Setahu saya, setakat ini, tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan pokok duit-duit menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan. “Berikutan itu, perlu ada kajian saintifik dilakukan pihak berkenaan bagi membuktikan dakwaan berkenaan benar atau tidak,” katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik), Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka, ketika diminta mengulas isu terbabit.

Beliau juga mengesahkan banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, sehingga kini kementerian belum menerima laporan mengenai kes tersebut.

Dr Lokman berkata, setakat ini belum ada kajian dan bukti saintifik menunjukkan bahawa pokok duit-duit berkenaan adalah penyebab penyakit leukemia.

Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam, USM, Mohammad Abdullah, pula menafikan dakwaan terbabit dan meminta pihak berkenaan membuat aduan rasmi dan mengemukakan bukti kukuh bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan.

“USM kesal dengan penyebaran maklumat seperti ini dan berharap pihak berkenaan tampil membantu. Penyebaran maklumat ini wajar dihentikan segera sehingga kita mempunyai bukti sahih untuk menjelaskan dakwaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jadi maknanya di sini:

1. Tumbuhan ini memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan tapi tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan ia menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan.

2. Setakat ini belum ada kajian dan bukti saintifik menunjukkan bahawa pokok ini adalah penyebab penyakit leukemia.

3. Banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser. Sebab bahan kimia yang digunakan, bukan sebab pokok…

Tak lupa kredit kat google dan juga Inspirasi ALAM.

Camniler, aku cuma boleh kata - Kat rumah pun kita ada simpan spray nyamuk; dapur gas; set pisau; dan macam-macam lagilah yang merbahaya dan mengancam nyawa jika tidak berhati-hati.

Errr entri ni saja nak sedapkan hati... Eheh...

Real Life vs Herbalife Bukan Ada Beza Pun

EmpayarUtama - Tuesday, December 22, 2015 : 4 comments

Perasan tak - ada masa-masanya bila kita rasa marah atau tak puas hati kat seseorang, kita tak luahkan rasa marah kita tu terus pada dia. Sebaliknya kita lepaskan pada orang lain.

Andaian aku saja. Mungkin betul. Kalau tak betul mintak maaflah. Masa itu kita tak terfikirpun apa perasaan orang yang terima ledakan kemarahan kita.

Bila aku tengok orang yang buat salah tak ambik inisiatif untuk betulkan kesilapan apatah lagi nak mintak maaf, maka akulah yang mengalah untuk minta maaf. Dan untuk tidak burukkan lagi keadaan maka aku keluarlah dari perbincangan grup tersebut.

Tapi iyalah kita memang tak mampu nak baca isi hati orang lain. Screenshot yang aku terima selepas tu - aku cuba jadikan pedoman dan simpan dalam belog ini untuk rujukan para pembaca selepas aku nanti.

Aku tak pasti pernah berkongsi atau tidak tentang 'peluang kedua' yang dianugerahi Allah. Hakikatnya dah 2 kali nak tinggalkan dunia tapi kuasa Allah mengatasi segalanya.

Aku cuma ulas sikit jah di ruang komen Wajah Dan Nostalgia; dan ada sikit dalam Memori Abah Bahagian Satu. Aku takutlah nak berkongsi benda-benda yang aku sendiri tak pasti. Cerita sikit-sikit bolehlah.....

Peluang kedua aku terima waktu kecik lagi. Darjah dua ke tiga entah aku dah lupa. Tak tau apa-apa pun. Kes pertama mangsa denggi berdarah negeri Johor. Disebabkan tak ada ubat untuk penyakit ini aku dibiarkan saja di wad terasing dari pesakit lain. Jika bernasib baik, aku hidup (dan mungkin ada kesan sampingan yang tak terduga) dan jika tak bernasib baik; ianya adalah jawapan kepada screenshot di atas: 'real life pun dah left dah...'

Peluang kedua yang kedua aku terima – kira peluang ketigalah kannnnn? Sewaktu tingkatan 3 bila aku dicutikan dari sekolah selama 6 bulan. Terlantar tak ingat apa-apa, tak mampu buat apa-apa. Ramai kengkawan yang melawat bercerita selepas itu yang aku sewaktu sakit suka bercakap tentang kematian... Dan aku sudah dibacakan yaasin untuk permudahkan urusan Allah samaada untuk aku 'left from real life' atau tidak.

Aku tak ambik hati bila orang buat kenyataan macam kat screenshot tu; Cuma apa yang aku boleh pesan ialah jagalah pertuturan, budibahasa, setinggi mana pun darjat, pendidikan, harta; kita jagalah tingkahlaku sebab kita tak tahu bila kita akan 'left from real life' tu.

Macam biasala. Tajuk takde kena mengenapun dengan isi kandungan. Dan sekarang aku di sini untuk berkongsi cerita ini...