Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Selamat Menyambung Pelajaran Airina

EmpayarUtama - Monday, August 27, 2018 : No comments

Selepas setahun di Pusat Matrikulasi Negeri Sembilan; si kakak gigih daftar UPU online untuk sambung belajar.

Dulu-dulu, Purata Gred Keseluruhan sepanjang tempoh pembelajaran jadi penentu berjaya atau tidak untuk teruskan pengajian. Sekarang pemarkahan tiap semester akan dilihat, tak de purata- putara markah lagi dah.

Akhirnya kakak terpilih ke UiTM Puncak Alam. Bila buat carian Google Maps; perghhh kena bermalam juga lagi satu malam sebelum pendaftaran keesokan harinya.

Macam biasa, Melakalah destinasi transit kami sambil beli beberapa lagi peralatan keperluan sikakak. Banyak gambar kenangan di Melaka tapi nantilah aku kongsi kat lain posting.



Pertama kali berurusan untuk daftar dengan ramainya ahli keluarga para pelajar yang hadir - tak menyempat nak snap gambar buat kenangan. Kena pula kolej kediaman memang jauh dari dewan daftar - kena berangkut barangan dengan bas yang disediakan. Jadi, gambar yang ada dikirim oleh kakak jelah kat sini...




Selamat menyambung pelajaran ya kakak. Semoga bermanfaat segala ilmu yang dipelajari...

Teknik Cuci Kereta Yang Betul

EmpayarUtama - Friday, February 2, 2018 : No comments

Hero dua orang ni pantang jumpa air.

Minggu lepas aku dah siap cuci kereta sambil teman diorang mandi kat kolam mainan depan rumah.

Sementara tunggu kering boleh ke diorang nak ambik alih cuci pulak. Layankan ajelah...
Sambil duduk duduk tu aku tangkap beberapa keping untuk kenangan:


Pandai pulak si Asyraaf susun kerusi nak capai tingkap...


Tak tahan sejuk, Aisy pula buka baju...




Abangnya saja yang dah pandai bukak youtube...


Jimat Ruang Entri Menggunakan JavaScript

EmpayarUtama - Tuesday, January 23, 2018 : No comments

Kali ini aku cuba kongsi pemasangan slide dalam entri dengan guna hanya satu simple javascript sahaja; tidak seperti kebiasaan dimana kita guna satu jQuery script dan satu javascript untuk buat slide.

Oleh kerana ianya basic, hanya slide bergambar yang dapat kita tunjukkan. Tapi memang tidak rumit.

Apa yang perlu hanya tukar masa slide (lihat kod (timeOut) warna hijau); saiz imej ikur kesesuaian sendiri (lihat kod warna merah); serta bilangan imej yang ingin dipos (lihat kod warna biru yang ditebalkan).

Untuk mencuba, ambik kod kat bawah :

<div style="text-align: center;">
<script type="text/javascript">
var image1=new Image()
image1.src="imej pertama"
var image2=new Image()
image2.src="imej kedua"
var image3=new Image()
image3.src="imej ketiga"
//</script>

<img height="350" name="slide" src="imej pertama" width="350" />

<script>
var step=1
function slideit(){
if (!document.images)
return
document.images.slide.src=eval("image"+step+".src")
if (step<3)
step++
else
step=1
setTimeout("slideit()",1500)
}
slideit()
</script>

</div>

Contoh slide (24 gambar) :


Haaa cubalah...