Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Jom Tengok Filem BoBoiBoy Movie 2

EmpayarUtama - Tuesday, August 13, 2019 : 3 comments

Sejak keluar trailer kat youtube, hero 2 orang tu sibuk betul ajak tengok cerita ni.

So, semalam bawakle si abang dengan kakak dia gi beli tiket di Tebrau City.

Dengar kutipan pun bagus, dah cecah RM 9.9 juta hanya dalam 5 hari setakat semalam.


Haaa tayangan semalam (12.8) pun habis. Nasib baik tayangan untuk hari ni banyak lagi. Tiket tu semalam le belinya...


Sempat lagi nak bergambar dalam mall tu sebelum balik...


...sebelum masuk panggung petang tadi...


...sesi bergambar lagi selepas tayangan...


Boleh terjumpa pulak dinosaur hidup sebelum keluar mall...

Untuk movie ni, aku bagi rating 9.5/10, terbaikkkkk. Ni masih dalam minggu cuti sekolah, bawak bawak ler anak-anak sambil sokong produksi kita, ya :)


Selamat Hari Raya Aidil Adha

EmpayarUtama - Sunday, August 11, 2019 : No comments

Selamat Hari Raya Korban buat semua umat Islam, yang menyambut atau tak.

Tahun ni sama je cam tahun tahun sebelum ni tak ke mana. Berkumpul di rumah seisi keluarga sambil menjamu apa ajalah juadah yang serba ada hehe.
Juadah ikut selera ala-ala bugis. Ada ketupat, lemang, burasak, lepat-lepat, rendang daging, serunding dan kuah kacang.

Yang tak ada lepat-loi dan asam pedas ikan parang.
2 benda nih macam barang 'mesti ada' pagi Raya Idilfitri.


Sesi bergambar...


Haaaa jemput makan tengok, aku belanja gambar :)


Kepada sukarelawan - selamat maju jaya semoga selamat pergi dan kembali dan diberkati, Insya Allah.




Japan Educational Program

EmpayarUtama - Sunday, July 28, 2019 : No comments

Hehe program ni dah lepas minggu pertama lagi tapi aku mintak gambar-gambar sepanjang kat Jepun berjanggut si Alya nak bagi.

Aku pun tak pasti berapa sekolah yang terlibat. Anjuran PPD, tiap tahun buat lawatan sambil belajar ke destinasi berbeza. Terkejut juga bila dapat panggilan dari cikgu masa awal bulan lima minta buat paspot. Tapi si
Alya ni memang dari bulan April lagi dok cerita pasal trip ke Jepun, merengek merayu bagai nak pergi macamle dia terpilih huhuhu.

Jadual perjalanan aku tak terima jadi susah nak bercerita. Cuma terima wazap dari JTB (Japan Travel Bureau) tentang keluarga angkat di Kanagawa, Inami, Jepun. Gambar Meet The New Japan pun dari wazap dia (macam gambar tahun 2013) Jadi kita tengok gambar jelah ya hehe.


Berkumpul di perkarangan Sek Keb Mohd Khalid sebelum bergerak ke KLIA2.

Inilah keluarga angkat di sana - Kimura Family. 3 pelajar jadi anak angkat mereka.
























Dekat seratus gambar si Alya bagi tapi aku pilih yang kat atas jelah. Apa-apa pun terima kasih kepada keluarga Kimura, pihak JTB, cikgu-cikgu yang mengurus dan menjaga anak-anak di sana, Pejabat Pendidikan Daerah, serta kawan-kawan baru Alya.