Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Selamat Menyambung Pelajaran Aiman

EmpayarUtama - Sunday, September 6, 2020 : No comments

Anak bujang aku telah ditawarkan menyambung pelajaran tapi agak jauh, kat Terengganu sana.

Aku ok je cuma disebabkan COVID ni belum nampak penghujungnya maka dia kena masuk kelas online. Jadi, suasana hidup dalam kampus mungkin dia tak dapat rasa.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Ianya bermula sebagai Pusat Perikanan dan Sains Kelautan Universiti Pertanian Malaysia yang menyediakan kemudahan kepada pelajar dan pensyarah dari program Perikanan dan Sains Marin untuk menjalankan sesi praktikal dan juga penyelidikan; bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.


Ia dinamakan Universiti Malaysia Terengganu pada 1 Februari 2007 (sumber seterusnya boleh rujuk wiki)


Majoriti (bukan semua tau) IPTA sekarang hanya beri keutamaan kepada pelajar baru untuk 6 bulan (semester pertama) pertama saja. Selepas itu kena duduk luar kampus.

Maksudnya aku kena standby cari kenderaan untuk kemudahan dia pada semester kedua (Mac 2021) nanti. Kebetulan lesen memandu kereta motor semua dia dah ada.

Cuma mungkin belanja keperluan dia kena lebih sikit tahun depan sebab segala pakaian dan peralatan dia masa matriks dulu kalau boleh disimpan, kira ok lagilah. Kalau tak, kena beli lainlah jawabnya.

Macammana pun, tahniah Aiman berjaya meneruskan pelajaran. Semoga berjaya dengan cemerlang ya :)


Malaysia Prihatin

EmpayarUtama - Thursday, August 13, 2020 : No comments

Iya betul ada buat kesilapan. Alasan mudah - Bendera dipasang oleh pekerja warga asing. Tapi bila kesilapan itu hingga boleh dilihat dan diviralkan, nampak sangat pengurusan tak ambil peduli.

Teringat waktu sekolah rendah dulu, semua pelajar dapat giliran pasang bendera. Benderanya besar, kita budak
kecik tapi cikgu ajar camana letak kat bahu jangan sampai bendera tu cecah tanah. Cikgu juga ajar bagaimana cara ikat sebelum naikkan bendera.

Paling gemuruh bila kena pilih naikkan bendera waktu perhimpunan. Rasa bengang semacam je bila lagu dah habis, bendera baru tiga suku tiang; atau bendera dah habis naik, nyanyian belum habis. Huhuhuhu rasa panas jah muka...

Harapan aku lepas ni tak ada lagilah cerita pasang bendera terbalik. Selamat menyambut Kemerdekaan ke 63, Hari Kebangsaan ke 62, dan ulang tahun ke 57 penubuhan Malaysia.

._._.




Cuba Masak Sendiri

EmpayarUtama - Sunday, July 5, 2020 : No comments

Semalam cadangnya nak bawa budak budak makan kat luar. Ada satu restoran Kari Kepala Ikan di Sentosa memang sedap. Tapi tukar rancangan nak cuba masak sendiri tengok jadi tak macam masakan restoran tu.

Kepala Ikan Merah beli kat Giant RM11.00. Bendi 5 biji, terung sebiji nanti potong lapan, daun kari beli kat
kedai Acheh tak sampai lima ringgit. Serbuk Kari memang ada stok.

Udang 24 ekor RM17.00. Daun kari bagi 2 – separuh untuk kepala ikan tadi. Yang lain - lada merah, telur, majerin Daisy memang ada stok kat rumah. Tepung jagung je beli ntah lupa berapa ringgit ntah peket kecik.

Restoran tu sajikan otak-otak ikan tapi aku tukar kepada telur ikan. Ada jual kat Maslee Larkin dalam RM7.50 (lebih 400 gram) dapat 3 keping. Telur untuk telur dadar dan serbuk kunyit untuk menggoreng telur ikan memang ada kat rumah.

Dan inilah hasilnya untuk hidangan 9 orang ahli keluarga. Budak budak cakap sama rasanya dengan kat restoran tu. Kos semua sekali (kalau stok barang mentah lain memang tak ada, beli semua) tak cecah RM50:

Kari Kepala Ikan
Udang Goreng Butter
Telur Ikan
6 biji Telur Dadar

Untuk lauk set makanan ni aku jimat lebih 3/4 dari harga makan di restoran. Berbaloi tau. Cubalah...