Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

VE KHAS 2022

EmpayarUtama - Tuesday, January 11, 2022 : 4 comments

Dalam dok terkial-kial godeh sana godeh sini kat sistem payrol untuk buat closing ujung tahun, ingat-ingat lupa cara buat setahun sekali ni rasanya memang aku lupa teruslah.

Haishhhh agaknya sebab dok fikir sangat mana yang nak didahulukan; tak pun aku memang dah tua sebab tu jadi pelupa huhuhu.

Iyalah dengan stoknya, closing-opening akaun ejasment; tetiba banyak pulak susutnilai aset nak kena buat akibat kesan PKP isshhhh pening pakcik.

Biasa 'smooth' je aku susun kerja. Selesaikan 'closing payrol' dulu sebab senang nak print Borang EA diorang, lagipun semua ni pun nak kena hantar satu salinan ke audit juga nanti.


Tengah dok kelam kabut cenggini, nampak pulak Borang KWSP 17A alammmakkkk lupa nak bagi budak budak yang setuju tambah balik caruman kepada 11% tu isi dan tandatangan.

Haaa terlanjur pegang borang ni, kepada pembaca di luar sana yang juga buat job sama berkaitan KWSP - borang ni dah boleh dimuat turun (download) dari tiga minggu lepas lagi.

Mungkin sebab buat-buat sibuk konon bantu mangsa banjur, sampai terlupa aku nak kongsi yang ini.

Untuk 6 bulan pertama tahun ini bermula 1 Januari 2022, KWSP masih beri pilihan kepada ahli sama ada untuk kekalkan kadar caruman berkanun sedia ada 9% tu atau tambah lagi menjadi 11%.


Ini pula link/ pautan panduan pengguna yang perlu di isi melalui i-Majikan. Tiada lagi penghantaran borang fizikal ke pejabat KWSP untuk pegawainya buatkan untuk kita. Sekarang kena buat sendiri ya : Panduan Pengguna VE KHAS 2022.

Jadi kalau tak berapa familiar dengan sistem i-Majikan; tetap kena buat juga ya. Dalam tu ada diberi 3 pilihan atau cara bagaimana untuk mengisi dan menghantar borang tersebut, macam gambar atas ni.

Kepada yang bekerja sendiri, suri rumah, peniaga pasar, pasar malam, online bisnes, buat affiliate business; atau yang beri maksud memang tiada pendapatan tetap bulanan, disarankan buatlah i-saraan secara sukarela untuk melakukan caruman KWSP.

Setidaknya ada simpanan tunai pada umur 50/ 60 tahun nanti. Kerajaan pun akan bantu menyumbang 15% (kalau majikan hanya 12%-13% je) tambahan atau caruman maksimum KWSP sejumlah RM250 setahun setiap kali anda buat caruman sendiri. Ada kemudahan lain lagi seperti khairat kematian RM2,500 untuk urusan pengebumian.

Dah dulu. Nak sambung kerja. K Bai...


Semoga Segalanya Dipermudahkan

EmpayarUtama - Saturday, January 1, 2022 : 5 comments

Sempena 1.1.2022 EmpayarUtama mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi membaca cerita-cerita di sini.

Aku berharap blog ini akan masih ada untuk berkongsi kritikan peribadi selagi mampu menulis dan bercerita.

Buat rakan-rakan maya yang masih rajin berblog; sama-samalah kita harap agar dunia blog ini tetap wujud walau saingan sosial media lain tak terkejar oleh kita.


Aku juga harap kehadiran tahun 2022 membuka lembaran baru yang lebih baik buat semua yang sebelum ini berada di dalam kesamaran.

Jika ada yang terasa, tersinggung dengan tulisan dan cerita-cerita aku sebelum, sedang dan akan datang nanti; aku mohon maaf awal-awal.

Kadang kadang kita kena anggap dan terima kritikan sebagai motivasi bukan untuk menjatuhkan atau kondem sesuatu perkara itu; walaupun ada yang tepat, ada yang sipi sipi. Kena bersikap terbukalah, kan.

Sokongan dan kehadiran rakan-rakan maya ke blog ini amat aku hargai.

Dan aku sangat teruja kerana dalam tempoh 3 bulan terakhir ini, blog ni naik ke tahap yang amat mengejutkan aku.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang bersama-sama menceriakan blog ini. Nanti senang, selagi mampu aku akan bercerita banyak lagi.

Dah dulu. K Bai...


Kira Stok

EmpayarUtama - Friday, December 24, 2021 : 8 comments

Dua tempat aku bekerja buat closing tahunan setiap 30 November, manakala 3 tempat lagi ialah setiap 31 Disember.

Ujung-ujung bulan ni sampailah ujung bulan depan aku akan nampak macam terlebih sibuk.

Itu pun dah bagi masa dekat sebulan untuk stor buat semakan sebelum matchkan dengan repot yang ada. Lain tempat kerja, lain kerenahnya.

Benda nampak remeh - kira stok - buat repot - beri figure - matching - key in dalam sistem. Siap dah sebahagian dari laporan akaun untuk diaudit, kan...
Tapi sebenarnya bahagian aku yang rumit. Bila dapat figure; kena asingkan ikut tarikh sebab memang ada perubahan harga dari pembekal sepanjang tahun. Pastu baru boleh compile jadi satu figure sebelum masukkan dalam laporan bulanan.

Tu belum kira tetiba boss buat produk baru tengah tahun.

Kena stok kertas; lagilah... Macam macam saiz macam macam berat macam macam harga para pembekal jual. Yang dah bertukar warna tapi belum pakai, nak kena bagi kadar susutnilainya pulak.

Bila selesai je bahagian tu, masuk pula part penyediaan EA Form pekerja. Nasib baiklah sekarang ni dah ada sistem yang mudahkan kerja penyediaan gaji/payroll. Tapi iyalah. Benda ni buat setahun sekali.

Tak sama dengan yang kena buat tiap hujung bulan tu.

Bila sampai masa, lupa caranya camana nak buat closing, back up tahunan, dan nak cipta folder baru untuk tahun akan datang.

Aku pesan kat staf yang buat tu; kalau tak pasti JANGAN KONGSI - call mereka untuk assist/guidance. Kita dah bayar mereka yuran tahunan untuk assist & maintenance; mereka kena bantu.

Jadi, kalau aku tetiba sunyi terutama ujung dan awal tahun (sesuai sangat dengan tagline "Cerita Yang Jarang Jarang Terkini"), maknanya aku tengah pening heeeeeeeeee...