Home » » Kira Stok

Kira Stok

EmpayarUtama - Friday, December 24, 2021 : 8 comments

Dua tempat aku bekerja buat closing tahunan setiap 30 November, manakala 3 tempat lagi ialah setiap 31 Disember.

Ujung-ujung bulan ni sampailah ujung bulan depan aku akan nampak macam terlebih sibuk.

Itu pun dah bagi masa dekat sebulan untuk stor buat semakan sebelum matchkan dengan repot yang ada. Lain tempat kerja, lain kerenahnya.

Benda nampak remeh - kira stok - buat repot - beri figure - matching - key in dalam sistem. Siap dah sebahagian dari laporan akaun untuk diaudit, kan...
Tapi sebenarnya bahagian aku yang rumit. Bila dapat figure; kena asingkan ikut tarikh sebab memang ada perubahan harga dari pembekal sepanjang tahun. Pastu baru boleh compile jadi satu figure sebelum masukkan dalam laporan bulanan.

Tu belum kira tetiba boss buat produk baru tengah tahun.

Kena stok kertas; lagilah... Macam macam saiz macam macam berat macam macam harga para pembekal jual. Yang dah bertukar warna tapi belum pakai, nak kena bagi kadar susutnilainya pulak.

Bila selesai je bahagian tu, masuk pula part penyediaan EA Form pekerja. Nasib baiklah sekarang ni dah ada sistem yang mudahkan kerja penyediaan gaji/payroll. Tapi iyalah. Benda ni buat setahun sekali.

Tak sama dengan yang kena buat tiap hujung bulan tu.

Bila sampai masa, lupa caranya camana nak buat closing, back up tahunan, dan nak cipta folder baru untuk tahun akan datang.

Aku pesan kat staf yang buat tu; kalau tak pasti JANGAN KONGSI - call mereka untuk assist/guidance. Kita dah bayar mereka yuran tahunan untuk assist & maintenance; mereka kena bantu.

Jadi, kalau aku tetiba sunyi terutama ujung dan awal tahun (sesuai sangat dengan tagline "Cerita Yang Jarang Jarang Terkini"), maknanya aku tengah pening heeeeeeeeee...




8 Comments

8 comments:

  1. Semoga dipermudahkan melaksanakan tugasan sehariannya

    ReplyDelete
  2. antara kerja yang paling tidak suka saya buat stock audit..

    alhamdulillah..ia sebagai kenangan terindah sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tuan. Tapi kawan panggil minta tolong, berat rasa nak tolak...

      Delete
  3. Hujung tahun biasanya ada stock take kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap hujung tahun kewangan kena buat. Ini akan jadi opening untuk next financial year.

      Delete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~