Dua berita sensasi hari ini - Wujud varian baru yang lebih menakutkan iaitu varian 'Omicron' dan paling sensasi pastilah kekalahan 0-2 JDT kepada KL City.
Ok itu selingan saja. Hari ini saya nak cerita tentang PG Mall. Nama PGMall mungkin agak asing terutama kepada mereka yang tak pernah berurusan untuk berbelanja secara online. Kita biasa dengar Shopee, Lazada,
Zalora, serta beberapa nama lain yang membuat perniagaan e-dagang, tetapi nama PGMall mungkin agak janggal dan kurang dikenali.
Sebenarnya PGMall berada di kedudukan ketiga teratas online shopping. Berbanding Lazada, prestasi PGMall amat membanggakan.Teruskan bacaan kenapa saya kata begini.
Tinjauan iPrice Group menunjukkan suku tahun ke 3 (Julai - September 2021) di Malaysia; Shopee mendominasi 71 % daripada keseluruhan trafik web online shopping, diikuti Lazada dengan 18 %, dan PGMall dengan 9 %.
Sumber asal : theborneopost @ 28.11.2021
Trafik PG Mall agak besar iaitu hampir 7 juta pengunjung sebulan. Ini merupakan separuh atau 50 % pengunjung berbanding Lazada yang bermula 5 tahun lebih awal. Kemungkinan pasaran PGMall akan memintas Lazada dalam masa terdekat.
Ini disebabkan PGMall masih tersedia dengan hanya sekitar 270 Official Store dan peningkatan lebih banyak store akan membantu kepelbagaian pilihan produk di PGMall. Jika Lazada punyai lebih 25,000 Store; berapa Store di dalam Shopee? Jurang store mempengaruhi minat pengguna untuk melayari laman-laman e-dagang ini.
Fakta menunjukkan PGMall jauh ketinggalan 8.25 kali jumlah pengunjung bulanan berbanding Shopee. Shopee hanya beroperasi 2 tahun lebih awal dari PGMall dan dalam tempoh 6 tahun berjaya menarik purata lebih dari 57.5 juta pengunjung setiap bulan. Saya percaya PGMall punyai pasukan terbaik mengatur strategi dalam mengejar pasaran.
Tahun Beroperasi
2012
2015
2017
|
Latarbelakang Pemilik
Ali Baba Group - China
Sea Group - Singapura
PG Mall Sdn. Bhd (Malaysia)
|
Nota: PGMall disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd (Malaysia)
Usaha melakukan jaringan kerjasama antara PGMall dan JD Worldwide telah menggalakkan penjual tempatan menawarkan jenama tempatan yang unik ke dalam pasaran China. Strategi ini menjadikan platform PGMall sebagai salah satu perniagaan dalam talian domestik yang paling menonjol di Malaysia.
Saya akan sambung dengan promosi PGMall dilain cerita. Dah baca, kan?
Marilah kita sama sama sokong PGMall.
pernah membeli barang di PG Mall beberapa kali. Cuma kurang puas hati sbb update ttg status pergerakan barang tu lambat dipaparkan di apps. Pas tu penjual pun slow pos barang. sbb tu sy selesa dgn shopee n lazada.
ReplyDeleteSetuju. Beberapa barangan yang saya nak ada dipaparkan tetapi dengan status 'sold out' pula. Bila buat semakan, penjual cuma tempel saja tak jual pun barangan tersebut. Saya cuba beri sokongan lagi hingga hujung tahun tengoklah macammana...
Delete