Cuti sekolah dah mula. Nak berjalan pun dah boleh. Ahli keluarga yang layak vaksin pun dah lengkap tempoh vaksin (tamat 2 minggu selepas vaksin kedua). Diorang dah rancang nak ke Batu Layar Kota Tinggi.
Ada yang dah siap pack baju tuuuu. Pastu dengar pulak ‘bestkan kalau dapat BBQ kat situ…’; alammmmaaaaakkkk ai. Aku ni jenis bila dengar sesuatu yang boleh libatkan diri
sendiri, rasa susah hati rasa bersalah pun ada kalau tak campur.
Jadi aku pergilah belakang rumah ambik belen zink lama; terjumpa pulak tin ‘Royal Canin’ bekas makan si Shy-Shy. Macam boleh kot buat mini dapur BBQ. Inilah bahan bahannya:
Marker, pembaris, tukul, cutter, playar, dawai, jaring (bekas serkup anak pokok kari), zink, dan aku lupa pakai glove walaupun stok banyak. Ini semua memang ada kat rumah. Jadi aku tak keluar belanja pun.
Tin biskut aku belah dua jadi macam ni. Panjang 52cm (26cmx2), lebar 11.5cm, tinggi 9cm. Pastu tinggalkan je sebab nak potong zink pulak.
|
|
|
|
Aku buat dapur zink tu agak besar bersebab. Tin biskut tu aku dah ukur ngam ngam muat masuk disusun dalam zink. Tin tu jadi bekas untuk jaring; aluminium foil dan masih ada ruang untuk letak arang dalam sekilo lebih dalam tu. Senang nak bawa berjalan :)
Ringkas je, kan? Dah boleh gerak ke Batu Layar dah ni ahahahahahahahah.
Oh, lupa. Aku mula kumpul bahan bahan pukul 9.30 pagi. Banyak kali berhenti sebab tengahari jemput wife balik kerja, pastu bawak bebudak cari baju/seluar mandi, terberhenti pula tengah jalan order dan tunggu Roti John spesel 2 set, pergi Maslee beli air kotak berkotak, kopek ubi nak rebus untuk makan malam depan tv nanti, dan proses bersambung hingga masuk beg plastik DIY atas tu dalam pukul 10 malam.
Dan aku memang lupa pakai glove. Nasib baik tak luka main zink... :(
orang rajin memang ada hasilnya
ReplyDeleteRasa bersalah kalau tak penuhi permintaan diorang huhuhu
Deletebagusnya boleh DIY...
ReplyDeletekalau saya selalunya dalam otak mcm2 nak buat guna ini guna itu..tapi tinggal kat dalam otak jelah..nak realisasikan macam hermmmmmmm
Boleh buat slow slow janji ada barang barangnya. Kalau takde, beli pun murah
DeleteMujur x Luka. Ngeri kalau Luka kena zink.. apapun terbaik kreatif buat sendiri
ReplyDeleteLuka kena zink ni kita tak perasan. Tau tau rasa pedih je...
Delete