Home » » VE KHAS 2022

VE KHAS 2022

EmpayarUtama - Tuesday, January 11, 2022 : 3 comments

Dalam dok terkial-kial godeh sana godeh sini kat sistem payrol untuk buat closing ujung tahun, ingat-ingat lupa cara buat setahun sekali ni rasanya memang aku lupa teruslah.

Haishhhh agaknya sebab dok fikir sangat mana yang nak didahulukan; tak pun aku memang dah tua sebab tu jadi pelupa huhuhu.

Iyalah dengan stoknya, closing-opening akaun ejasment; tetiba banyak pulak susutnilai aset nak kena buat akibat kesan PKP isshhhh pening pakcik.

Biasa 'smooth' je aku susun kerja. Selesaikan 'closing payrol' dulu sebab senang nak print Borang EA diorang, lagipun semua ni pun nak kena hantar satu salinan ke audit juga nanti.


Tengah dok kelam kabut cenggini, nampak pulak Borang KWSP 17A alammmakkkk lupa nak bagi budak budak yang setuju tambah balik caruman kepada 11% tu isi dan tandatangan.

Haaa terlanjur pegang borang ni, kepada pembaca di luar sana yang juga buat job sama berkaitan KWSP - borang ni dah boleh dimuat turun (download) dari tiga minggu lepas lagi.

Mungkin sebab buat-buat sibuk konon bantu mangsa banjur, sampai terlupa aku nak kongsi yang ini.

Untuk 6 bulan pertama tahun ini bermula 1 Januari 2022, KWSP masih beri pilihan kepada ahli sama ada untuk kekalkan kadar caruman berkanun sedia ada 9% tu atau tambah lagi menjadi 11%.


Ini pula link/ pautan panduan pengguna yang perlu di isi melalui i-Majikan. Tiada lagi penghantaran borang fizikal ke pejabat KWSP untuk pegawainya buatkan untuk kita. Sekarang kena buat sendiri ya : Panduan Pengguna VE KHAS 2022.

Jadi kalau tak berapa familiar dengan sistem i-Majikan; tetap kena buat juga ya. Dalam tu ada diberi 3 pilihan atau cara bagaimana untuk mengisi dan menghantar borang tersebut, macam gambar atas ni.

Kepada yang bekerja sendiri, suri rumah, peniaga pasar, pasar malam, online bisnes, buat affiliate business; atau yang beri maksud memang tiada pendapatan tetap bulanan, disarankan buatlah i-saraan secara sukarela untuk melakukan caruman KWSP.

Setidaknya ada simpanan tunai pada umur 50/ 60 tahun nanti. Kerajaan pun akan bantu menyumbang 15% (kalau majikan hanya 12%-13% je) tambahan atau caruman maksimum KWSP sejumlah RM250 setahun setiap kali anda buat caruman sendiri. Ada kemudahan lain lagi seperti khairat kematian RM2,500 untuk urusan pengebumian.

Dah dulu. Nak sambung kerja. K Bai...




3 Comments

3 comments:

Tulisle apa pun, aku baca ^_~