Home » , » Review Blog Rakan Maya

Review Blog Rakan Maya

EmpayarUtama - Sunday, January 23, 2022 : 16 comments

Ini bukan segmen blog review tau tapi aku suka ulas sikit-sikit blog rakan maya macam yang pernah aku buat dulu-dulu.

Aku cuma nak kongsi beberapa segmen yang aku singgah dan cerita ni harapnya jadi inspirasi kepada yang lain untuk kembali bersegmen bagi memeriahkan kembali dunia blogging.

Semua ni para otai belaka.
Yang pertama, Elly Matin dari Blusher Merah yang memulakan Entri pertama tahun 2022 + GIVEAWAY dengan membuat "GIVEAWAY ELLY MATIN".


Sesiapa yang berminat menyertai, buatlah satu posting bertajuk "GIVEAWAY ELLY MATIN" dan nyatakan target tahun ini. Kemudian hantar link posting tersebut ke entri pos Umi tu dalam ruang komen.

Walaupun archive blog tunjuk beliau mulakan entri pertama di blog barunya pada 5.10.2019 (belum 2 tahun setengah), tapi ikut gaya penulisannya, Elly ni memang dah lama berblog, dan memang dia akui sudah berblog sejak 2012 lagi.


Yang kedua mari jengah Ika dari JJM Jari Jemari Menari.

Follow blog JJM Jari Jemari Menari dan Instagram (WAJIB) serta buat satu entri bertajuk "JJM Bloglist Year 2022". Seterusnya hantar link pos tersebut ke entri pos segmen Ika.

Dia suka buat review buku dan aku simpulkan banyak koleksi buku dia. Dekat separuh dari entri pasal buku, belum campur lagi review wayang dan selebihnya segmen, giveaway dan hadiah.

Aku lama dah follow blog dia sebab banyak bahan bacaan darinya. Pernah masa tu berebut nak kejar followers ke seribu tapi kena potong, terbabas jugak 4-5 angka - tak dapatle. Aku ada komen di blognya yang aku tak ada insta, jadi agak rugi tak dapat join. Tapi aku cuba promotkan segmen dalam cerita ini.

Yang ketiga ialah CARIAN BLOGLIST SECRET WHISPER 2022 oleh Najwa menerusi blognya SECRET WHISPER.

Buatlah satu entri pos bertajuk ‘Carian Bloglist Secret Whisper 2022‘ sambil letak banner yang disediakan. Pastu maklumkan saja kepada tuan blog yang anda sudah buat entri pos tu dalam ruang komen. Nak linkkan ke tak nak linkkan, itu pilihan.

Najwa ni power dalam wordpress tapi menyepi hinggalah dekat-dekat nak pertengahan 2010; mungkin tahun-tahun sebelumnya dia agak pressure dengan paper software engineeringnya.



Meh ramai-ramai join, tahun ni dia nak buat bloglist baru. Syarat-syaratnya stended ikut skema blogger orang lama : Jadi follower, tukar link, buat satu entri pos dengan tajuk tadi dan backlinkkan semula, ada due date hingga hujung bulan ni, dan kalau rajin berilah komen di mana-mana entri pos beliau.

Nampak dia berblog dari Julai 2012 tapi sebab akupun baru je follow blog dia jadi susah sikit nak beri ulasan.


Dan akhir sekali, yang ini memang rare. Sempoi je dan aku tetap kategorikan sebagai segmen walaupun Abe Kie melontar Cabaran kepada pengunjung blognya untuk jadi pengomen tegar dengan beri komen sepanjang tahun 2022 ini.

ABAM KIE merajuk sebab tahun lepas ada dua hadiah tak dituntut; makanya tahun ini dia cuma sediakan 5 hadiah wang tunai. Cabaran bermula dari 21 Januari 2022 hingga 20 Disember 2022.

Cikgu, takpe ya saya pinjam banner...

Aku baca juga entri posnya yang mana bermula lewat 2012, mula pos entri-entri berbentuk kekeluargaan dan nasihat, sesuai dengan profession beliau sebagai guru.


Haishhh macam terpanjang sangat pulak lah cerita aku kali ni. Tapi camanapun, mari kita singgah dan meriahkan blog-blog yang aku dah ceritakan tadi ya. Dah dulu, bai.




16 Comments

16 comments:

  1. Replies
    1. Makasih, buat ringkasan 5 segmen, terpanjang jadi cerpen pula

      Delete
  2. Hehe ringkasan segmen diadakan ketika ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih NA rajin datang beri komen. Asalnya nak buat 5 entri cerita tapi nanti ceritanya sama...

      Delete
  3. Taahniah kepada rakan2 blogger yang tersenarai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih Wak, saya cari blogger baru tapi tak jumpa. Sekarang ramai main insta, tiktok...

      Delete
  4. bengang kan kalo kita penat2 anjurkan contest pastu pemenang taknak amek hadiah.. huhuhu #pyanhabib

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sbb sudi bagi ulasan blog abe kie. Abe kie menulis sbb nak isi masa lapang je sambil kenal kwn2 blogger seluruh negara.

    ReplyDelete
  6. Kadang join juga segmen blogger kalau sempat

    ReplyDelete
  7. Alolo comel pula abam kite merajuk. Nanti join GA mama pula tau

    ReplyDelete
  8. teruskan usaha tuan mereview banyak lagi blog...

    dapat juga saya saya mnengenli geng blogger ini

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~