Rasa bersalah nak kongsi cerita ni bulan lepas kerana minggu pertama Januari masih banyak tempat dilanda bencana banjir. Bulan ini sesuailah dan mungkin boleh jadi panduan untuk yang merancang sempena cuti-cuti akan datang.
Percutian bulan Disember lalu bertumpu di Desaru, Kota Tinggi. Antara tempat yang rugi kalau tak pergi ialah Pantai Batu Layar, sekitar 15km dari Bulatan 'I Love Desaru' macam gambar sebelah ni.
Hari pertama 17 Disember tu singgahle belah petang dengan niat nak buat barbeque di situ :) Agak lewat sikit perancangannya. Nasib baik cuaca tak seteruk tempat lain walaupun hujan lebat sekejap-sekejap.
Pantai Batu Layar merupakan antara pantai awam di Malaysia. Ada kawasan berpagar kononnya milik tuan tanah seberang jalan, yang ini aku tak pasti. Yang pastinya, ini antara tempat menarik untuk tujuan selfie, mandi manda, perkelahan dan perkhemahan.
Sebelum PKP ada beberapa 'chalet pelangi' di hujung jalan Batu Layar ni, sekarang tinggal runtuhan. Kawasan persekitaran sepanjang pantai tetap bersih, don't worry semua.
Dua hari berturut kami berulang ke Batu Layar dari tempat penginapan. Hari pertama terlebih berbaloi sebab stok makanan untuk hari kedua pun habis ahahahahampagastullah.
Gambar-gambar aku masukkan dalam slide, kalau nak tengok lama-lama boleh tekan 'pause' ya :
|
Oh sebelum lupa, plastik sampah ni masuk kategori barang mesti jika hendak berjalan ke mana-mana. Banyak kegunaannya selain dari mengumpul sampah. Aku juga gunakan sebagai tempat mengumpul baju kotor/basah sebelum di hantar ke dobi.
Dengan keluarga agak besar, plastik sampah yang disediakan pihak hotel pun tak mencukupi. Lebih baik sediakan dulu, beli yang saiz M dah ok.
Destinasi seterusnya...
cantik juga tempat ni. tak pernah sampai lagi ke sini. tentang plastik sampah tu mmg kena ada dlm keta sbb senang bila2 masa leh guna
ReplyDeleteIni tempat feveret di Desaru. Kalau hari cuti, kiri kanan jalan berlapis kenderaan park.
Delete